Aku diasak dengan pelbagai reaksi dan usikan semasa aku ‘pukui canang’, aku nak sambung belajar. Reaksi kawan-kawan. Ada yang bagi semangat. Alhamdulillah. Aku terima dengan hati yang cukup bersemangat juga. Aku tahu kemampuan aku. Daya tahan aku. Kekentalan jiwa aku. Aku tahu sangat had dan takatnya.
Bila ke Ofis. ada juga yang mengusik,..dah duduk sana kau ‘kebujangan kembali’ la kan.. Aku tahu apa maksud dorang tu. Dapat tangkap la. Selalunya camtu la. Sang suami, bila berjauhan sikiiiiit jer. Dan , lama sikiiiit jer dari famili, biasalah kan. Akan terasa jugak la, bonjol bonjol tanduk setan kat kepala. Tak banyak sikit, pasti tercuit di hati.
Bila berdepan dengan asakan macam ni, aku tak reti nak balas apa. Jika bab berhujah, gila bangang aku. Bab bertikam lidah, Fail…Nak jugak aku balas. Bukan nak tunjuk perangai malaikat. Aku tahu aku jugak buas dulu…dulu la..dulu. Tapi bila sekarang ni..ada rasa ka lagi. Nak nak kelmarin. Apa yg terjadi kat adik. Buat aku sungguh tertekann…
Bila dah nak pergi belajar ni rasa gundah ja hati...Harap2 org sebelah aku pun tak demam sama…Adik, kelmarin asma dia datang lagi. Sehari sebelum tu, kami ronda-ronda sg.Perak. Gila suka dorang. Aku layan ja…. Balik. Malam kelmarin. Bergegas jugak kami ke hospital. Macam selalu, Cuma kelmarin agak awal. Selalu-selalu dulu jam 2 atau 3 pagi..kekadang berkain pelikat ja aku bawak dia pegi bhgn kecemasan hospital Taiping.
Bila ke Ofis. ada juga yang mengusik,..dah duduk sana kau ‘kebujangan kembali’ la kan.. Aku tahu apa maksud dorang tu. Dapat tangkap la. Selalunya camtu la. Sang suami, bila berjauhan sikiiiiit jer. Dan , lama sikiiiit jer dari famili, biasalah kan. Akan terasa jugak la, bonjol bonjol tanduk setan kat kepala. Tak banyak sikit, pasti tercuit di hati.
Bila berdepan dengan asakan macam ni, aku tak reti nak balas apa. Jika bab berhujah, gila bangang aku. Bab bertikam lidah, Fail…Nak jugak aku balas. Bukan nak tunjuk perangai malaikat. Aku tahu aku jugak buas dulu…dulu la..dulu. Tapi bila sekarang ni..ada rasa ka lagi. Nak nak kelmarin. Apa yg terjadi kat adik. Buat aku sungguh tertekann…
Bila dah nak pergi belajar ni rasa gundah ja hati...Harap2 org sebelah aku pun tak demam sama…Adik, kelmarin asma dia datang lagi. Sehari sebelum tu, kami ronda-ronda sg.Perak. Gila suka dorang. Aku layan ja…. Balik. Malam kelmarin. Bergegas jugak kami ke hospital. Macam selalu, Cuma kelmarin agak awal. Selalu-selalu dulu jam 2 atau 3 pagi..kekadang berkain pelikat ja aku bawak dia pegi bhgn kecemasan hospital Taiping.
bahagian kecemasan Hospital taiping. dah berwajah baru dah. Untuk sesiapa anak taiping yang dah beberapa puluh tahun tak balik kampung. sila la tenung gambar pintu masuk Unit kecemasan. dah tak macam dulu dah.....
Nurse sedang memasang natang corong sedut dimulut adik. Aku tengok muka dia..alahai. Mata dia, kuyuuuu.. ja. Aku tahu dia tengah berlumba acara pecut 100 meter dengan nafas dia. Sapa dulu sampai ke garisan penamat....
kakak tetap peneman adik yang setia. Aku pernah tanya kakak...kalau kakak anak tunggal. Takdak adik beradik lain. Hanya kakak sorang ja anak baba. Boleh tak ?. Segera jawapan dia tak boleh. memang dia nak berkawan. dan, pada dia, adik dia nan sorang tu lah kawan dia dari pagi, sampai la pagi esok. Bersambung esok , esok, esok.....
Bila aku renung gambar ni....dan aku pulak nanti akan berjauhan dengan dorang. Adakah aku boleh rasa seronok?...Atau aku boleh berseronok-seronok ke'bujangan' aku di sana?...Wahai sahabat...cakap boleh, tapi jangan sebarang cakap. Jentik boleh, tapi jangan sebarang jentik...
Hidup aku sendiri gundah...gelabah...tensen...kucar-kacir...Apakah bodohnya aku, jika aku nak tambahkan lagi segala macam kegundahgulanaan...ini?.
25 comments:
Cikgooden,
hang kena tepuk dada tanya iman cikgooden oooi..
nasihat aku, selalu jengok orang rumah.
jangan dok berfoya foya tak tentu pasal ngan anak anak dara muda (geng student)yang sesungguhnya ada kebarangkalian akan cuba memikat lelaki tua (kununnya matured) yang dok sambung belajark macam hang.
wei..lain la kalau bini hang redhoooooo sesangat dan hang pun tak kena pelangkung ngan sesapa..
btw..awat keluarga hang tak dibawa sekali ka?
cikgu..
pandai2lah bawa diri.. bekas student saya dulu pun ramai juga seperti cikgu.. kan saya banyak ajar cikgu2 juga.. baik guru besar penolong kanan.. semualah..
yang penting niat.. ikhlas sebab utk majukan diri.. dan sentiasa ingat pengorbanan keluarga utk cikgu.. usikan2 tu abaikan jelah usah dilayan.. insyallah.. saya percaya cikgu mampu hadapi semua tu
tak de apa apalah . di mana anda berada, cabaran tetap ada.
3 4 ayat terakhir tu..napa..takut pd kelemahan diri..?
kekuatan dalaman juga bpunca dari sekeliling..moga cikgu jua org sebelah n anak2..semakin kuat dan tabah ..
tahniah dah bwajah baru umah ni..nak tggl umah kena cat baru ek..
lebih matured..hehee
nak sambung belajar?
pukui canang?
saya rasa sambung belajar is subjektif, sapa rasa dia mampu, teruskanlah niat murni itu, moga ada kebaikan kelak utk diri dan masarakat dan dunia blogging, ek.
pukui canang, eh..tak kot. ini blog cikgu, takkan tak leh nak habaq apa2 kat sini kan..abis tu, takkan nak masuk berita nasional plaks, ek :)
pepandaila jaga sindri cikguu..jgn jadi sesetengah org tu...(kisah benar ye...beringat tuh..) menyalahkan gi bajar ni sbgai sebab rumahtangga porak puranda..
kener bijak mengatur masa k...dan yg ditinggal tu semua adalah antara ujian2 berat masa blajar..pertimbangan dari diri sendiri. Kejayaan buat org yang bebetul ikhlas nak menambah ilmu...titipkan keluarga yang ditinggalkan kepada Allah..moga Allah pelihara diorg tuh.Yang penting, cikgu keluar untuk tujuan yang murni..tidak yang lain.
yang penting niat cikguuu.... bole laa jumpa kat KL nanti hahahhahah....
cari kawan yg baik. insyaallah kita akan berjangkit baik.
ok.
aku baik.
hahaha...
Kuatkan semangat okeh,satu malaya sokong cikgu.
Saya tak nak komen apa-apa. Cuma....
Saya sebak saat melihat kanak-kanak yang terpaksa bersahabat dengan 'in-haler' ni......
Saya juga ada cerita tentang alat ini...lain kalilah kabo..
Moga adik tabah...
Emmm ... susah juga nak cakap ni bro tapi kat sini gua ada, kalau ada masa kita jamming gendang k ...
Sabor je laa.... tu kan cabaran hidup!.... asal saja kou jangan 'tumbuh tanduk' dah leee!
salam....
wah saper yang kata mcm tue...meh aku nak pelangkung..nak majukan diri jerk kan..xkan nak beristeri lagi....pe pun..selamat berjuang untuk majukan diri yerk....xkan berjaung utk beristeri lagik....heheheheh
moga adik cepat sembuh....jangan makan oren, jangan minum ayor ais....jangan makan eskrim....sekali sekala tak pe...
aku tau hang takkan berseronok2 bila berjauhan... hang kan suami dan bapa yg baik...
jgn ada yg gatai nak ngorat cikgooden!! dia takkan layan... betui ka cikgoo... :P
salam..semoga dipermudahkan..InsyaAllah kalau nawaitu betul semuanya akan beres
cian la adik tu...cian sangat...
cikgu,
kuat kan semangat, chaiyok2...
joh dari family?...erm...no komen...cikgu lagi bijak menilai dari amba, sebab cikgu kan pendidik banga...hik..hik...
Hui yo.. best tu, sambung belajar semula.. semoga suksesssss!
Anak saya yg no. 1, tu, 11, pun pengidap asma, so saya tau sangat kalu dia berlumba nak bernapas. Puas dah, but sekarang dah kurang. I think, makin dia membesar, sakit tu berkurang, kot. Tapi, kami sentiasa keep the inhaler untuk tujuan emergency jugak.
salam.
cian adik ya. semoga kesihatannya bertambah baik. Berjauhan kerana berjuang untuk hidup, tak salah kan. Yang penting, kita ada prinsip. Bukankah Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui??Insyallah...everything would be fine soon. Doa dan tawakkal jer..Amin..
hmmm
entahlah cikgu.
kdg2 saya hepi duk jauh2 dari keluarga.
tapi tak sanggup sebenarnya!
:(
kak hida:
tq atas nasihat tu..nak bawak keluarga camna, depa pun kerja jugak...
iina:
ya la....usikan2 tu kdg2 ada terlintas jugak..sikit2 he he he...
Hamirdin:
betul la...kat mana ada cabaran..TQ
Azza:
ya..kdg kdg aku tak kuat sangat...
maksu:
pukui canang?..maksud aku,,,kat opis la...kat skolah..semua pakat dok kalut tanya sebuk..depa la dok usik2 aku tu...
Acik:
tak la sampai tahap tu kut aku nih...sapa la aku nak buat gila macam tu kan..TQ acik.
ZulDeanz:
orait...line kliaa..buleh jumpak. Bincang2 pasai katun. Ada peluang, jolok2 skittt.he he he.
TasikMerah:
Betui..hang kawan yg baik.<--(jgn kembang pulak, ikhlas nih.)
Julietchun:
okey...sokong!(mcm nak bertanding pilihanraya..)
CkLah:
Aku lagi sebak. Kanak-kanak itu..mmg dekat dengan aku..Nak wat camna,,redhhooo ja la...
SF(Khar):
Ya la Bro, nanti kalu kepala aku dah gila jammed...aku pi tempat hang, kita jamming gendang.
Shifu:
Aku selalu meraba-raba kepala..kekadang terasa ada bonjol2 tanduk, cuma tak berapa nak tajam ja...ha ha ha.
angah:
hang mmg garang sejak2 ada anak haih...pa pa hal pun..TQ kerna menjadi sahabat aku.
Nen:
Ya...kena pantang macam2...tapi kan..kekadang, dia bedal semacam ja..
kutaksempurna:
ada ka yg nak ngorat aku?..ha ha ha.lawak haih.
arsaili:
TQ...
Lilda Yong:
ya la ..Yong..adik okey dah..pa pahal pun walau lewat sikit. cikgu ucap selamat betunang lei ke mu. Moga sapai anak cucu. kenuri jgn lupa haba..
umi ameer:
sebenaqnya..dua dua anak aku asma. Cuma adik agak berat sikit. Boleh la share share cerita dan petua...
salam kenal...
White Tulip:
ya la..syian ba kan adik tou..sye sye kali kapus dia dtg, susah jugak syia ba...
Pa pa hal pun..TQ sebab kou sudi ba kan, jadi sya punya kawan..
onelove:
kekadang seronok duduk sorang2 kan..
kata mulut saja tu. Realitinya, kita masih perlukan teman dan tak sanggup utk berseorangan...
jaga lah apa yg ada kan..rock rock jugak kan...haih.
Saya harap Cikgooden tabahkan hati dan kuatkan semangat demi mengejar cita2.
Sejak saya semakin berumur ni saya tak sanggup tinggalkan keluarga terutama anak2 lama2. Mungkin paradigma dah berubah.
wehh..
nak jd kwn yg baik gak la..ehekss..
Rasanya tanduk dah sememangnya ada. Kalu sarung tanduk dibuka, kompom terpampang tanduknya yang berkilat-kilau.. hehehhe
Ada sesetangah statement:
Bukan aku takut bini, tapi bini tak takut aku! Hahahha
Bagaimana kalu ketika menyelam, terminum air? Jawab, jangan tak jawab Oden oiii..!
Post a Comment