Jom...

Friday, July 31, 2009

suko sama suko...

*
Kawan aku...budak nogori ada bercerita. Kisah pesan bapaknya kepada dia. Antara pesanan bapaknya, yang dia masih ingat...

Jang,

Jangan ko mencuri..melainkan ko terpakso...

Jangan ko tinggal sembahyang..melainkan ko lupo...

Jangan ko kaco bini orang...Melainkan suko sama suko..


he he...



*

Friday, July 24, 2009

Bila dah Kongsi jangan Buat macam harta Pak Sendiri

*
Pagi semalam janji nak jumpa dengan kawan aku nan sorang ini. Beliau sekarang ini bertapa di eprd, Putrajaya. Kena posting di situ. Bila dah masuk gua eprd, berkepul-kepul la hang..ha ha ha. tapi, dalam kepul-kepul pun, bila ada kawan mintak tolong, ringan tulang hang menolong. Terima kasih la sahabat. Bangga aku bila dapat menjadi salah seorang daripada kawan-kawan hang...

Bertolak dari sg. Tangkas, menuju Putrajaya, mengikut jalan belakang menerusi pintu1...

Dalam perjalanan, nak dijadikan cerita, ada tiga bijik motosikal kecik. Sekecik otak tuan dia. Gila bangang main cilok-cilok, potong kiri kanan. Ingat US ka main potong kiri. Dorang Potong aku. Bila dah sekali di depan, aku tengok ada satu motor tu, jadi hilang kawalan sikit. Aku syak jalan licin. Berminyak.

Motor tu tadi jadi gelong kiri kanan terhoyong hayang. Terlenggok-lenggok macam orang menari tarian caca. Dalam hati, aku berkata. Mapoh dah budak ni!...Tu la... tadi ek, sangat.

Tiba-tiba dia terbabas ke jalan sebelah. Di hadapannya kelihatan sebuah kereta, laju mendatangi daripada arah hadapan. Kereta tu cuba mengelak motor ni...

Tiba-tiba kereta ni pun jadi hilang kawalan. Terlenggok kiri-kanan. Juga seperti tarian caca. Hampir-hampir ke arah pocopoco.

Semua berlaku depan mata aku. Kereta tadi yang masih dalam keadaan kelenggokkan itu menuju tepat ke arah aku. Apa gila aku nak join dia lenggok sama?...nak mampus?...

Aku elak ke kiri. Sikit. Itu yang aku sempat la. Kerata tadi juga mengelak ke kiri. Jika tak dah tentu dia sapu aku. Bila kena sapu, bermakna aku accident la...

Nasib baik dia cepat. Cepat melenggok ke kiri.

Akhirnya dia sendiri hilang kawalan. Melalui cermin pandang belakang aku nampak kereta dia melintang longkang besar di tepi jalan. Kesian dia. Tak memasal pagi itu tercium tembok longkang. Aku pulak tak pasal-pasal jantung jadi deguh deguh...ketar lutut dan pinggang.


Aku tengok ada beberapa pemuda di situ cuba menolong Brader ini. Aku patah balik. Berpusing untuk melihat keadaannya. Sempat aku snap. Handphone masih di tangan. Kebetulan aku dapat panggilan seorang sahabat ketika itu.

Kemudian, kami ramai-ramai tarik kereta itu. Bila selesai, sempat aku berbual-bual debar dengan brader ni. Mana tak debar, kami hampir-hampir bertembung gara gara nak selamat motosikal.

mamat motor?..Entah hilang lesap ke mana ntah. Tak berperipekerti nak patah balik mintak maaf ke apa ke.

Bila sudah selesai semua. Selepas bersalam lebih kurang dengan brader ni.(tangan dia sejuk..ha ha ha) aku belah ke Putrajaya. Kelajuan dah mula menurun. Slowwwwwwwww ja aku bawak. Lutut ketar. ha ha ha


*
Berhatilah di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Nasihat ni aku dapat daripada seorang kawan aku...dia selalu mesej aku menulis ayat2 nasehat ni. Aku balas. Juga dalam nada nasehat..."jangan la bermesej kalu drive"..he he he...

*

Sunday, July 19, 2009

Stadium MU stadium MU, Stadium ku Stadium ku jua...

*
Semester ni aku cukup rasa lapang hati. Kelas hanya hari jumaat dan sabtu. Bermakna, masa aku lebih panjang di rumah berbanding di Bangi. Wu la la….kata hati aku. Minggu ni pulak, kelas sabtu di injak ke pagi. Kelas petang dibatalkan di saat akhir. Aku frustttttt…(sila jgn percaya..ha ha ha).

Bermakna petang sabtu aku dah boleh bertolak ke rumah. Dengan jiwa berbunga-bunga aku mencapai beg..meluru laju ke stesen komuter UKM. Dalam perjalanan, berselisih ja dengan orang ramai yang berbaju merah, tertera tulisan AIG…berjenama nike. MU fanatik fan. Hati mula berbisik. Tiada kelibat orang yang memakai baju Harimau Malaya?...

Dek terlalu sibuk memikirkan banyak perkara, aku terlepas pandang tentang kehadiran pasukan MU ke Malaysia. Sedar tak sedar pun masa petang tu sahaja. Masa aku dalam perjalanan balik ke Tepeng. Maknanya, aku terlepas menonton perlawanan ini. Kalau tidak, boleh lah aku pergi stadium. Dekat ja tu…

Nak bagitahu, jika aku pergi stadium pun bukan sebab aku minat sangat dengan pasukan Manchester United, Cuma aku nak tengok dia kena titik. Dan sah, dia kena titik 2 biji. Tahniah Amri Yahya…lu memang best bro…

Aku tak dapat sama sama mereka meraikan gol tu di stadium Bukit Jalil. Aku ada alasan lain untuk tidak pergi ke stadium tu. Aku rasa stadium aku di Tepeng lagi best!..he he he….infrastrukturnya lagi sedap-sedap menggamit aku pulang, berbanding gamitan pasukan MU itu…..Dan rerumput di stadium Bukit Jalil itu.....


Friday, July 17, 2009

botak

Dalam pemerhatian aku...ramai kawan-kawan aku yang masa mula-mula belajar, rambut cukup best. Tapi bila dah lama sikit, dah nak mula nampak sikit sikit macam padang bola...lapanggggggggg jae.

kata pensyarah aku, semasa cuba berlawak bodo...


Kepala lelaki..

Jika botak depan : Dia fikir
Jika botak belakang : Dia pandai...

Jika botak depan dan belakang : Dia pikir dia pandai..


ha ha ha....aku dah start biul dah la...kalu lagu ni...

*

Wednesday, July 8, 2009

mula serabut dah...

Dah balik daerah kedua aku...daerah senak dan serabut...Awal datang, cadangnya nak selesaikan banyak perkara. Alhamdulillah. Semua Okey. Bermula dari selesaikan janji pada kawan-kawan. Janji membawa dua tiga bijik durian, secukup rasa..Juga janji aku pada kak hida aku...kak pah juga .......aku berikan tempoyak..he he he..

Bila pulang, bilik cukup berdebu. Maklumla, dua bulan setengah aku tinggal. Bermaharajalela betul, sawang. Jenuh menyapu. Terpaksa aku transform menjadi Auto rajin...

Sudahnya aku, setat keta..merayau. Setelkan kerja di Fakulti..pergi Putrajaya, setelkan hantaq result..pastu merayau cari kawan-kawan. Kawan Bloger...Kawan Forum...Kawan kepada kawan...Dan terjumpak kawan lama secara tak sengaja..tu la kawan kawan...Seronok, Hepi, Terkujat. Bercampur-campur. Berbaur-baur. Semua digaul sekali ruppp....

Thursday, July 2, 2009

terlebih X-plore...

*

Dua beradik ni dah mula berjinak-jinak dengan komputer. Separuh nyawa laptop mama dan baba di henyak mereka. Asal tinggal ja, terus melekat...



Ada sekali aku Check, Apa dorang dah buat. Nampak suka sangat. Rupanya dorang menerai Cyber link Youcam...snap gambar sendiri...Ntah macam mana, terlebih x-Plore agaknya, aku jumpa Clip ni..


video


Hai...macam-macam...Nak kena pantau kerja dorang ni. Nak kena tengok-tengok jugak apa yang dorang dah buat. Jgn buat perkara yang mengarut-Carut je dah....Dah mula takut,aku.