Jom...

Sunday, July 19, 2009

Stadium MU stadium MU, Stadium ku Stadium ku jua...

*
Semester ni aku cukup rasa lapang hati. Kelas hanya hari jumaat dan sabtu. Bermakna, masa aku lebih panjang di rumah berbanding di Bangi. Wu la la….kata hati aku. Minggu ni pulak, kelas sabtu di injak ke pagi. Kelas petang dibatalkan di saat akhir. Aku frustttttt…(sila jgn percaya..ha ha ha).

Bermakna petang sabtu aku dah boleh bertolak ke rumah. Dengan jiwa berbunga-bunga aku mencapai beg..meluru laju ke stesen komuter UKM. Dalam perjalanan, berselisih ja dengan orang ramai yang berbaju merah, tertera tulisan AIG…berjenama nike. MU fanatik fan. Hati mula berbisik. Tiada kelibat orang yang memakai baju Harimau Malaya?...

Dek terlalu sibuk memikirkan banyak perkara, aku terlepas pandang tentang kehadiran pasukan MU ke Malaysia. Sedar tak sedar pun masa petang tu sahaja. Masa aku dalam perjalanan balik ke Tepeng. Maknanya, aku terlepas menonton perlawanan ini. Kalau tidak, boleh lah aku pergi stadium. Dekat ja tu…

Nak bagitahu, jika aku pergi stadium pun bukan sebab aku minat sangat dengan pasukan Manchester United, Cuma aku nak tengok dia kena titik. Dan sah, dia kena titik 2 biji. Tahniah Amri Yahya…lu memang best bro…

Aku tak dapat sama sama mereka meraikan gol tu di stadium Bukit Jalil. Aku ada alasan lain untuk tidak pergi ke stadium tu. Aku rasa stadium aku di Tepeng lagi best!..he he he….infrastrukturnya lagi sedap-sedap menggamit aku pulang, berbanding gamitan pasukan MU itu…..Dan rerumput di stadium Bukit Jalil itu.....


19 comments:

ASH said...

Cikgooden,
sila baca entry terkini aku..mesti hang JELEIHHH..
hi hi hi

ibundo said...

engkau tak pegi engkau cakaplah stadium tepeng lagi best hehe...

Nizam.Ariff said...

Hang pi mai pi mai Perak bangi, tak penat badan ka?

Nl said...

sama.......

Brahim Nyior said...

Man U memang best. hehehe

Unknown said...

ooo ko balik tepeng nak main bola eii... sebelum ko main bola tu, ko jawab teka-teki ni dulu...

apa beza antara lampu stadium bukit jalil dengan lampu bilik tidur...

Mak Su said...

cikgooden, apsal suami saya tak pernah bawak saya ke muzium tepeng tu, asik-asik ajak pekena ais kacang kat bawah tangga supermarket jer.

Cikgooden said...

ASHLEY:
Waaaa...tak jeleihhh punnnn.kihkih.

KAKPAH:
Betui..tepengnyer lagi besttt..he he he.

NIZAM:
Penat la jugak..nat buat macam mana...

NAQEEB:
iya?....baguh.

BRAHIMNYIOR:
sudah...tak kuasa aku nak cakap dia best..ha ha ha

SHIFU:
he he he...nak jawapan panjang ke jawapan pendek?..

MAKSU:
tak tahu pulak pasai apa maksu?...ais kacang bobocaca bawah tangga mmg sedap...ada lagi ka?..

ladylikeme said...

seronok lah hang cikgu.yerk

ckLah @xiiinam said...

....macam pereeeehh je Yob!!!







*frust dalam loghat deme....

iina said...

2 bulan lepas baru jek pergi stadium MU kat manchester.. nak gmabr ke.. leh superimpose jek ;) ahaks

Cikgooden said...

ANGAH:
seronok la..balik tgk stadium seniri..hik hik...


cKlAH:

tak la perehhhhhhh..sgt.

iiNA:
nak perangat aku lagi kaaa?..he he he

KTS said...

errr.. kat stadium tepeng tu sape lawan sape??

:)

tasekM said...

dok ada di tepeng lah ni....




.

Safiya said...

2 LA BEZANYA KAKI BOLA DENGAN KAKI BANGKU..... HUJAN RIBUT TAUFAN TAIPING TETAP DI HATI.... BAGUIH LAA... SEJUK IBU HANG MENGANDUNGKAN HANG.

"Orang Jelai" said...

Rerumput kat stadium tepeng tu..depa dah mesin ka?...bukan apa kalau dah mesin...senang lar player bangi nak jaringkan gol...hehhehehheh..jangan marah arr ding..nanti minum kat kedai Pak Abu..

UnGu VioLet said...

takpe2.. jgn bimbang.. jom dtg UK ni..

AieSha said...

MU kena bagi gol sket kat Malaysia. Depa takut kena bom.

Cikgooden said...

KTS:
he he he....tak leh habaq aaaa...keputusan seri.

PAM:
Ya dok tepeng....sempat main separuh masa ja..separuh lagi aku dah bertolak ke bangi semula...ha ha ha.

SAFIYA:
aku jadi seram sejuk....

ORANG JELAI:
sebab dah mesin lae aku kelik, harong woooo..baghu sedad nak main buat aksi tunggeng buyong..ha ha ha..paseipa kedai pak Abe derek katop?..pi menikah di siam gak pa?..ha ha ha

UNGU VIOLET:
he he he...hang tunggu aku kat sana, ok?....

AIE:
Cis....tak mampu senonya, brader..ha ha ha...