Jom...

Friday, July 24, 2009

Bila dah Kongsi jangan Buat macam harta Pak Sendiri

*
Pagi semalam janji nak jumpa dengan kawan aku nan sorang ini. Beliau sekarang ini bertapa di eprd, Putrajaya. Kena posting di situ. Bila dah masuk gua eprd, berkepul-kepul la hang..ha ha ha. tapi, dalam kepul-kepul pun, bila ada kawan mintak tolong, ringan tulang hang menolong. Terima kasih la sahabat. Bangga aku bila dapat menjadi salah seorang daripada kawan-kawan hang...

Bertolak dari sg. Tangkas, menuju Putrajaya, mengikut jalan belakang menerusi pintu1...

Dalam perjalanan, nak dijadikan cerita, ada tiga bijik motosikal kecik. Sekecik otak tuan dia. Gila bangang main cilok-cilok, potong kiri kanan. Ingat US ka main potong kiri. Dorang Potong aku. Bila dah sekali di depan, aku tengok ada satu motor tu, jadi hilang kawalan sikit. Aku syak jalan licin. Berminyak.

Motor tu tadi jadi gelong kiri kanan terhoyong hayang. Terlenggok-lenggok macam orang menari tarian caca. Dalam hati, aku berkata. Mapoh dah budak ni!...Tu la... tadi ek, sangat.

Tiba-tiba dia terbabas ke jalan sebelah. Di hadapannya kelihatan sebuah kereta, laju mendatangi daripada arah hadapan. Kereta tu cuba mengelak motor ni...

Tiba-tiba kereta ni pun jadi hilang kawalan. Terlenggok kiri-kanan. Juga seperti tarian caca. Hampir-hampir ke arah pocopoco.

Semua berlaku depan mata aku. Kereta tadi yang masih dalam keadaan kelenggokkan itu menuju tepat ke arah aku. Apa gila aku nak join dia lenggok sama?...nak mampus?...

Aku elak ke kiri. Sikit. Itu yang aku sempat la. Kerata tadi juga mengelak ke kiri. Jika tak dah tentu dia sapu aku. Bila kena sapu, bermakna aku accident la...

Nasib baik dia cepat. Cepat melenggok ke kiri.

Akhirnya dia sendiri hilang kawalan. Melalui cermin pandang belakang aku nampak kereta dia melintang longkang besar di tepi jalan. Kesian dia. Tak memasal pagi itu tercium tembok longkang. Aku pulak tak pasal-pasal jantung jadi deguh deguh...ketar lutut dan pinggang.


Aku tengok ada beberapa pemuda di situ cuba menolong Brader ini. Aku patah balik. Berpusing untuk melihat keadaannya. Sempat aku snap. Handphone masih di tangan. Kebetulan aku dapat panggilan seorang sahabat ketika itu.

Kemudian, kami ramai-ramai tarik kereta itu. Bila selesai, sempat aku berbual-bual debar dengan brader ni. Mana tak debar, kami hampir-hampir bertembung gara gara nak selamat motosikal.

mamat motor?..Entah hilang lesap ke mana ntah. Tak berperipekerti nak patah balik mintak maaf ke apa ke.

Bila sudah selesai semua. Selepas bersalam lebih kurang dengan brader ni.(tangan dia sejuk..ha ha ha) aku belah ke Putrajaya. Kelajuan dah mula menurun. Slowwwwwwwww ja aku bawak. Lutut ketar. ha ha ha


*
Berhatilah di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Nasihat ni aku dapat daripada seorang kawan aku...dia selalu mesej aku menulis ayat2 nasehat ni. Aku balas. Juga dalam nada nasehat..."jangan la bermesej kalu drive"..he he he...

*

13 comments:

ladylikeme said...

uiks...

alhamdulillah...hang xaccident...

kalau ya..aku bleh pi melawat...
huhuhu

lupekanje said...

err...Alhamdulillah tak jadik apa2 kat ckgu..dan Alhamdulillah, keter itu bukan keter acik, sbb acik mang dah insap...since saman speed trap pun lom bayo.

...dan yg pasti penunggang motosikal itu bukan anak dara acik..sbb dia tgh demam sgt skrg..pasti tidak akan merempit..

ASH said...

Cikgooden,
alhamdulillah hang terselamat walaupun getag lutuit..

Water Lily said...

Malang sungguh..encik Abdul Razak aku ni jenih tak makan nasihat..rempit ja keja dia.

Cikgu, moh esok g Shah Alam..frinjan..kang hang kata kak tak ajak pulak. Nanti aku sms Tasik. Nanti si PAM merajuk dua tahun plak. ala..Nizam lagi hahahaha!

ibundo said...

alhamdulillah tak pape. Budak2 motor ni yang bwk motor tak hengat donia, kalau dia sendiri nak terbongkang gasak dia a. yang libatkan orang ni yang nak kena balun.

iina said...

bahaya sungguh.. hati2 di jln raya.. jgn asyik berangan2 jek.. mkn buah berangan takpe lagik ;)

Cikgooden said...

ANGAH:
hang nak melawat aku jgn tunggu eksiden la...mai la waktu sehat...

ACIK:
tu la..mamat motor tu pun aku syak..ketar jugak lutut dia...

moga anak acik cepat semboh.

ASHLEY:
tu la....ketaq woooo..

KAKLILY:
aisey tak dapat la nak pi..kena balik sok pagi....malamnya aku dah berada di tepeng, mungkin berada dalam situasi keawang-awangan..he he

KAKPAH:
tu kan..kalu aku ngan brader tu bertembung kira macam mana tu?..kena free la..

IINA:
tak berangan haih.....:)

KTS said...

kih kih kih...
tarian poco poco + caca

jadi la tarian poca-poca..

.
.
.

hati2 ..

sempat lagi snap gambar.. sah blogger... hikkksss

tasekM said...

balik tepeng lagi...? nk balas dendam la tu. hahaha...

:p

den, nasib baik hang ok. kalau dak mesti aku rindu kat hang. muahahaha...



.

Cikgooden said...

KTS:
poca-poca....menarik...aku nak try cari step dia..ha ha ha

PAM:
aku balik tepeng selalu...
kalu eksiden ja rindu..kalu tak?..harammm...ha ha ha.

Yunus Badawi said...

Alhamdulillah hang selamat. Kalau aku jadi drebar kereta tu aku langgar aje budak2 motor tu. Kalau pergi balai, tak salah. Ini pasal elak budak motor tu kereta dah rosak. Nasib tak terlanggar hang yg juga tak bersalah.

Nizam.Ariff said...

Bro, kereta menari pocopoco kalau lalu atas garisan belang kuning yang banyak kat putrajaya tu...

hehehe

Yana Ismail said...

mesti tersangt bdebar kan?alaahai..berhati2la di jalanraya...;)