Jom...

Wednesday, August 24, 2011

::entri last sebelum raya::

kenapa ujung ujung ramadhan, kita jadi serupa tidak alim dah?

Cakap dah mula merapu. Dah mula mengata, mengumpat. Hal baju raya. Hal kueh raya. Banding membanding. Kutuk mengutuk.

Walhal, semasa awal ramadhan kita bertekad dan pasang hajat nak berubah. Nak buang perangai huduh. Azam cukup tinggi.

Kenapa di hujung hujung ramadhan, azamnya semakin berkurang. Sama seperti berkurangnya jemaah teraweh. Berkurangnya saf di surau atau masjid.

Kenyataan diatas aku tujukan khas kepada diri sendiri. Tiada kena mengena dengan korang.

Nampaknya, perangai huduh aku tak dapat diubah sempena ramadhan tahun ini..

Harapkan dapat berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan...

selamat hari raya aidil fitri..
minal aidil wal fa izin

Salam.

Monday, August 22, 2011

::SMS dari langit:::


"Baba pergi mana ni kenapa tak bagi tahu.dah nak dekat buka puasa dah.balik cepat tau jangan lambat nanti allah marah nanti.nak allah marah kalau tak nak balik cepat
"


pergh....Ini sms aku dapat kelmarin. Datangnya daripada Hp bini. Tapi yang menulis itu, aku tidak pasti samada bini aku, anak yang sulung atau anak yang bongsu...

Yang pasti bukan bini sebab dia tak pernah bahasakan aku sebagai baba...Pastinya datang dari anak-anak aku. Tapi aku tak tahu yang mana satu. Suspen woo kena warning macam tu...hahahaha.

Puas aku siasat tanya...seorang pun tak mengaku...sampai sudah aku tak tahu siapa yang tulis dan send sms tu..aku syak, jika tidak yang sulong pasti yang bongsu. Dan begitulah sebaliknya sebab anak aku hanya ada dua orang. Seorang sulung dan seorang lagi bongsu.

Masa aku terima sms ni, memang aku lesap dari rumah. Masa itu jam menunjukkan pukul 6.59 ptg. Hampir-hampir sangat untuk berbuka.

jangan silap faham. jangan mudah berprasangka, beb. Gua bukan lesap dari rumah lari pergi siam. hehehe..

Aku keluar untuk mencari sekeping dua CD nak layan selepas berbuka. Adik pesan bunga api. Aku tak layan. Dia merengek minta belikan. Aku buat buat belek rumput. Bila dia leka, aku cabut keluar...

Dan, aku syak memang dia yang tulis.

sampai sekarang ....

Tiga-tiga (Bini, adik dan kakak) semua tak mengaku tulis..HAHAHAHA

....


Thursday, August 18, 2011

::mood raya::

Raya dah nak dekat....baju raya tak beli lagi...agak-agak, sah ke dak raya jika tak beli baju baru?.

Ini status yang aku buat, dan letakkan di status Facebook. Bukan apa, sekadar mengingatkan diri yang aidilfitri bakal menjelang minggu depan depan.

Terkenang masa dulu...kecik kecik dulu. Masa sekolah rendah. Masa itu trend kasut johnson cukup in punya. Tahu macam mana kasut johnson?..hahahaha...

Aku tak pasti masih ada lagi ke tak kasut pesen gitu.Rasanya ada lagi. Dulu johnson yang aku pakai, ayah aku beli pesen pvc tak silap. Bukan pure kulit. Pvc tak pvc pun, bila berjalan rasa semenggak ja..

Sedikit info, kasut johnson tika itu jenis high cut..ada zip tepi...Yang bestnya, bila ramai ramai berjalan raya, nampak serupa satu platun askar berkawat. Kasut sama.

masalah lain timbul bila keluar rumah beraya. Masing masing lupa kasut sendiri..hahaha..Ada kes yang tertukar kasut. mana tidaknya, semua sepesennn ja...

Bila dah jadi ayah, aku juga membelikan baju raya untuk anak-anak aku. Cuma caranya sedikit berbeza. Aku cuma bagi duit ke mama dorang, dan mama dorang yang pergi beli..aku?..aku lepak dalam kereta..layan sinar FM....

Berbeza sungguh aku dengan ayah. Dulu ayah sendiri yang mebawa aku ke supermarket membeli baju raya. Pernah sekali, ingat ingat lupa dah, kami sekleuarga pergi shoping baju raya di supermarket sebelah malam. Tiba tiba lampu padam.

Rupa-rupanya supermarket dah nak tutup.Pintu depan dah tutup rupanya. Kena turun ikut pintu belakang. Dulu-dulu shoping baju raya sampai supermarket tutup kira standard la...Bukan sebab shoping tak hinggat nak balik, tapi supermarket tutup awal..

Seingat-ingat aku, jam 9.30 dah tutup. Nama-nama supermarket sekitar Taiping itu pun sudah tinggal nama saja sekarang ni. Banyak yang dah tutup...Dulu Ada supermarket Taiping...Supermarket Karton dan Supermarket Larut Matang...Tapi semua dah tak ada dah..bangunan masih ada, tapi kedai lain ambil alih..


..Baju raya korang dah beli?.




Tuesday, August 16, 2011

::Libang-Libu::

Dah empat lima hari, badan tak berapa nak sedap. Rasa suweng-suweng. Tahu suweng-suweng?

tak tahu sudah..(kan tasek kan?..hahaha)

Hidung pulak berair sahaja. Kejap kejap srut..kejap kejap srut...

"Cuba cabut hidung tu..Jemur di ampaian. Balik kerja, pasang balik" Cadang Jantan budiman. Cuba berlawak bodo sempena bulan tidak makan dan minum waktu siang.

"mana boleh" Jawab aku. Dalam hati juga berkira-kira berlawak bodoh.

"Ooo..tak boleh, ek?. Mesti la tak boleh, kan. Nanti nak bernafas ikut mana?" Kata jantan sambil mengekek ketawa dengan lawak yang diciptanya sendiri.

" Bukan lah..tak boleh sebab musim hujan. Nanti hidung lemas!!"


....tolong la gelak!!..kelakar nak mampus dah aku rasa lawak ni..


hahahaa...

Sunday, August 14, 2011

::Blues::

Mengah dek makanan yang menjulur masuk ke perut...aku berehat rehat sebentar. Aku syak, nasik berbuka tadi belum sampai perut panjang. Masih berlegar legar di sekitar esofagus..

Hujan la pulak kat luar rumah. Biasanya, jika hujan hujan begini, hati aku auto berdebar-debar. manakan tidak, hati terkenang rumah kandang zirafah aku itu. Ada sekali, hujan tak lah lebat mana, tapi air masuk membanjiri bilik anak aku. Bocor!!

Ni semua kerja paklong kurus kering yang buat rumah aku dulu. Hasil kerja tangan beliau lah atap jadi tak sempurna. Kekdahnya, jika hujan, air akan meleleh masuk. Dah banyak kali mintak alitoq and the gang membaiki semula.

Tak juga molek. Asek asek bocor ja...

Yang sebenarnya, rumah kandang zirafah itu belum lagi aku masuk. Walaupun kunci dah dapat. Yang jadi lebih sebak apabila kunci rumah aku dapat dari kontraktor alitoq dari seberang, sehari sebelum arwah Mak pengsan dan dikejarkan ke Hospital. Hari itu juga mak pengsan tak sedar diri 3 hari. Pagi rabu, khamis dan Jumaat pagi jam 9 dia menghembuskan nafas terakhir.

Bermakna, sejak dia tidak sedar diri [Koma], aku tidak dapat mendengar suaranya. Aku tidak pasti dia mendengar atau tidak. Walaupun aku tahu dia koma dan tidak membalas kata-kata aku, tapi aku cuba juga berbual dengan dia.

Di saat itu, aku mengusap-usap kaki dia..keras. Tidak bergerak..Ku raba-raba bawah kakinya..Pehanya, pinggangnya...Semuanya rapat ke katil. Tiada ruang. Astagfirullah, kata aku dalam hati. Ku renung mukanya. Ku lihat hidungnya.

Aku memandang kak. kakak memandang aku. Sama sama mengerti. Sama sama memahami. Pengalaman kami menjaga arwah Ayah dulu memberitahu kami suatu alamat.

Lantas, petang khamis itu, kami sudah mula membaca Yassin . Bergilir-gilir. Semua sanak saudara sudah dihubungi. Berita mengenai keadaan arwah Mak sudah tersebar. Maka petang itu, mak menerima kunjungan sanak saudara, sahabat sekampung. Masing masing membacakan Yassin bergilir-gilir.

Malam jumaat itu, kami adik beradik sudah tidak pulang kerumah. Masing-masing berada di sekitar emak. Aku dan abang, tidak berada di dalam wad. Kami lelaki tidak dibenarkan berada di dalam wad. Hanya...

aduss...bila bila la aku sambung....tak buleh menaip pulak dah...sebak.

...

Tuesday, August 9, 2011

::Sahur::

Jam di muka laptop ini menunjukkan angka 2:59. Bermakna hampir sangat sangat jam 3 pagi. Ya, pagi!

Kelopak mata yang atas belum mahu bersenggama dengan kelopak yang bawah. Masing masing keras membatu, tanpa salah satunya meliuk menggoda yang satu lagi. Kekdahnya, aku terkebil-kebil.

Lantas aku turun ke bawah semula. Dan cuba untuk menyiapkan tulisan ini, sehinggalah bini aku panggil untuk bersahur.

Dalam kesunyian ini, terkenang pada Bonda. Arwah dah pergi meninggalkan kami. Pergi dia bertemu dengan pakwenya yang terlebih dahulu di tempatkan di sana. Semoga kedua-duanya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Pasti suasana di sana harum semekar apa pun aku tak tahu nak buat perbandingan. Sebab aku belum pernah ke sana.


Tiba-tiba aku jadi sebak!!...


..Dan bini aku masih belum memanggil untuk makan sahur...

Rupanya, lagi banyak aku fikirkan untuk tulis, maka makin susah untuk menzahirkan apa yang aku fikirkan tadi. Fikirkan tentang kedua (arwah) Ayah dan emak...

Tiba-tiba air mata menitik!!...

*pause*

Lama tak bercerita, jadi Heng pala otak nak menyusun ayat...

*Play*

ku mainkan lagu ini...sambil-sambil menyeka air di kelopak mata.



Dan, aku tidak mampu lagi untuk teruskan niat aku menulis tentang ayah dan mak. Biarlah segala kenangan itu tersimpul kemas dalam hati. Niat tadi nak kongsikan bersama kalian warga Blog...tapi bila nak menyusun ayat, aku sebak. Nak menaip aku jadi sebak...

sorry la eks....Aku bercerita tentang hal-hal lain la, nanti...

Aku nak makan nasik sat....

Salam....

Tuesday, August 2, 2011

tuai padi antara masak...

esok jangan, layu-layuan,
intai kami antara nampak,
esok jangan, rindu-rinduan...

apa kaitan pantun ini dengan entri aku, ntah lah...Hari ini, 2 ramadhan. Bermakna sudah dua hari kita berpuasa. Harap-harap tahun ini cukup puasa aku...Tahun-tahun lepas pun cukup jugak.

Sesaja merayap tadi ke laman web UKM.

Pergh...Tamat Pengajian/Konvokesyen..Dan, lepas raya nanti jika umur masih di kandung badan dapatlah aku menyarung jubah dan memakai topi 4 segi berambu-rambu itu. (dan sejambak bunga barangkali). Dulu masa konvo first degree dulu, haram sekuntum bunga pun tak dapat..keh keh keh.



Banyak perkara berlaku dalam tahun ini. Lebih tepat sejak dua menjak ini. Semua tersenarai kemas dalam otak. Nak jugak aku ceritakan disini satu persatu. (sebenarnya, semua aku dah masukkan dalam entri blog....cuma tak publishkan...biar simpan dalam draft...) Biar menjadi rahasia...hihihi..


Jika tidak terlambat.....Aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan blog aku...yang sedang baca, jarang jarang baca, atau tak baca langsung! blog ini.

Selamat berpuasa...dan selamatkan puasa anda!