Jom...

Sunday, May 30, 2010

Mamatnimemangbijak...


Betul kata anjang, dalam N3 dia pasal kuasa Marketing....Dengan iklan kita dapat memperkenalkan suatu produk yang kita buat. Justeru, pelbagai pihak sanggup mengeluarkan berjuta-juta, malah berbilion ringgit (agak agak ja, alang alang dah nak berbohong biar sampai tak logik terus..!) bagi memperkenalkan produk.

Kuasa iklan cukup kuat. Peranannya sukar dinafikan. Dengan iklan, benda yang belum diketahui umum dapat diwar-warkan.

Sebab itu, Pengasas Jus Mate 5, sanggup mengeluarkan wang yang bukan sedikit untuk iklan. Bayangkan di muka tengah sebuah surat khabar itu, asyik muka diaaaaa.. saja. Ramai yang mengkritik. Malah menuduh dia tidak selayaknya bercakap pasal filem. Orang yang sepatutnya bercakap tentang filem itu adalah pengarahnya. Sedangkan, pengarahnya sendiri diam tidak berani untuk mewar-warkan tentang filem ini. Difahamkan ini adalah filem sulung pengasas ubat peramping badan ini.

Aku menulis bukan kerana aku dengki. Atau hasad. Atau ada penyakit PHD. Cuma nak tonjolkan yang mamat rambut tutup dahi ni memang bijak. Aku pernah baca artikel pasal dia. Vision dia jelas. Kuasa iklan dia cukup faham. Di manipulas..secukup pulas.

Cuma yang aku geram sangat tu, kerana over sangat. Tapi dalam diam, aku mengaku, dia memang bijak.....

filem dia aku pasti, mesti boom!...sebab?...iklan yang dilaburkan......ya..kuasa marketing...

aku belajar sesuatu...marketing...


***************


Thursday, May 27, 2010

Betul...

*
Petang petang panas merecing, teringat arwah ayah..


"Kalu jawad soklan cekgu, jangan jawad beto nae..". Pesan ayah aku. Terdiam. Walaupun masih sekolah rendah, aku sudah berupaya menaakul bahawa setiap soalan cikgu mesti dijawab dengan betul. Kenapa ayah tak bagi jawab betul?.

"wokpa tak buleh jawad beto, ayah?" Aku bertanya dalam loghat pattani. Loghat kariah pertama aku. Sila rujuk kamus.

"kalu satu capo satu, mung jawad beghapa dae..?."..Aku tahu ayah sekadar menduga. Tak kan satu campur satu, aku perlu bukak stoking nak kira guna jari kaki.

"dua lae yah, beto dak?.". kilas klek.....

"beto..., sebad tu mung jangan jawad beto..jawad lae dua..."

Aku terdiam. Dalam terpinga bodoh terselit rasa kagum. Ayah aku yang best!

Aku merinduiiii mu...



*
Selamat hari bapa......(walaupun aku tak pasti bila....aku tulis jugak)


*

Wednesday, May 26, 2010

Cicak...

*

"tuan...jangan lalu dalam sungai ini."..sergah Pak Seman rumah tepi bendang.

"kenapa?"..tanya Tuan Besar nada tak puas hati. Barangkali marah apabila hasrat untuk menyeberangi sungai menggunakan perahu kecik tidak kesampaian.

"ada buaya!". Pak Seman rumah tepi bendang memberitahu sungguh-sungguh. Berkerut dahi. Bertemu bulu kening. Mata dia mengecil. Mulut jadi muncung bila dia sambung ayat ".....tuuu!"

"buaya?..apa buaya?..macam mana rupa buaya?". tanya Tuan Besar. Sumpah!. Dia tidak tahu apa itu buaya.

Pak Seman rumah tepi bendang cuba menjelaskan lagi. "rupanya macam biawak, tuan Besar". Sambil mengharapkan imaginasi Tuan Besar dapat membayangkan bentuk rupa buaya.

"macam mana rupa biawak?". Tuan Besar bertanya lagi.

" Hah..? Pak Seman rumah tepi bendang menjadi bertambah bingung.

"rupanya macam cicak, Tuan Besar"...Pak Seman rumah tepi bendang berharap contohnya dapat memahamkan Tuan Besar.

"ha ha ha.....jika serupa cicak, apa yang kamu takutkan?..."


Pak Seman terdiam.


*******

cerita di atas..aku baca di sebuah majalah.........masa aku kecik2 dulu...

Saturday, May 15, 2010

selamat hari guru.

*
Bila duduk saja saja..rilek-rilek menunggu printer menyelesaikan tugasan duniawi aku, tiba-tiba teringat pulak ke sekolah...teringat kawan kawan...teringat anak didik...teringat ke cikgu cikgu lama...sementelah aku sendiri, juga sebagai guru..

Begitu juga blog....aku juga berguru. Dan dari blog guru aku...lukhman @ jalan jalan cari makan...ada satu n3 berkaitan dengan hari guru. Usai membaca, terlintas di hati aku untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua bekas guru, cikgu, ustaz, ustazah yang pernah mendidik dan mengajar aku. Dan sesekali ada juga sorang dua yang melibas dengan rotan, mencubit perut sehingga terangkat kaki. Malah ada yang mempiat telinga sehingga rasa nak jadi pekak seumur hidup.

Terima kasih... Cikgu;

mak dan ayah aku..yang mengajar aku erti kehidupan...dan juga memberi aku sebuah kehidupan.

Semua, Cikgu cikgu Sekolah Kebangsaan Jelai. (1977-1982) Apabila aku masuk darjah 1 hingga 6...terutama cikgu yang suka buat rombongan dan cikgu yang ajar aku main bola.....(bila balik lepas game, mesti ada jamuan bihun goreng campur kuah laksa hasil tangan kak Yong dan Paklang Darus)

Semua, ustaz dan ustazah Madrasah Al-Rusydiah Jelai (1978-1982)...sekolah arab belah petang. sikit-sikit aku tahu mengaji, menulis khat..dan panjat dinding kantin untuk beli bihun goreng campur kuah laksa, masa rehat.

Semua, Cikgu, ustaz, ustazah... Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (1983-1985).....Apabila aku masuk tingkatan 1 hingga 3...di sinilah aku lebih kenal kehidupan, bila terpinga-pinga bodoh, di saat ayah dan mak beransur pulang selepas menghantar anak-anak ke dorm asrama..........macam-macam aku belajar disini....hehehehe......(belajar buat coin dari timah, pengikat wayar letrik asrama untuk main game di Taman Cempaka......gila McGyver masa tu.....)...Dan cikgu bola aku, ustaz-ustazah.....terima kasih semua!

Semua, Cikgu, Ustaz dan Ustazah ..Sekolah Menengah Teknik TARP Pulau pinang (1986-1987)....cikgu-cikgu disini semua best!...terima kasih cikgu. Yang tak best cuma aku....haram, spm gred 3.. apa barang,brader....cuma di sini aku lebih belajar nak jadi pemuzik..jamming belakang dewan, studio muzik, lari keluar asrama, kena tendang belakang ngan cup pa'al, terus kena buang asrama, menyewa rumah dekat sekolah. Kesian ayah aku ....ak.,....bsfhuus...cepd.duiis...panjang cerita beb...tak larat nak taip.

Semua, cikgu, ustaz dan ustazah ...Sekolah Menengah King Edward VII (1988-1989)...masuk form six, rasa macam brader-brader.....(kawan aku rasa macam pakcik-pakcik...sebab dah gatal nak kawin..hahahaha)...ustaz kelas aku banyak memberi nur keinsafan kepada aku......jika tidak mungkin aku tidak ke Universiti..mungkin ke pusat Serenti.....dapur ganja pejam mata aku buleh buat masa itu.......

Semua, pensyarah, Dr..Profesor-profesor di UKM (1990-1994)..masa buat first degree dulu.........yang betulnya aku banyak main dart berbanding belajar.....naik motor rempit sana rempit sini...cuba cuba bermain cinta seperti kawan-kawan lain....haram tak menjadi. Putus sekerat jalan, ibarat motor habis minyak....jamming sana-jamming sini.......hu hah hu hah....
Nasib baik aku Grad jugak...jika tidak?....mmmmm......

Semua, pensyarah-pensyarah Insitut Perguruan Darul Aman, Jitra (1996).....terutama mentor Hjh Rohani....dia banyak memberi nasehat, ajaran dan semangat kepada aku...........Dan, selalu buat jamuan....


Dan semua, cikgu dan guru yang pernah mengajar aku....jika terbaca...Maaf Zahir dan Batin....

Terima kasih cikgu!

*

Thursday, May 13, 2010

menitik jua air mata ini...

*
Penat mengolah susunan ayat urusan duniawi yang satu ini, aku menerjah semula laman ini. Ibarat halaman rumah yang dihuni oleh tuan yang pemalas. Rumput rampai menyemak menjalar, hingga ke tingkap nako. Begitu juga blog aku ini. Sunyi sepi.

Terkenangkan kedua-dua puteri ini.

adik

kakak

kaki kakak

close-up...

Semua berlaku pantas. Tak sempat mengelak. Kena sengat dek tebuan tonggek. Menangis. Meraung. Meruntun jiwa. Sakitnya cuba aku berkongsi sama. Namun, gagal. Dia lebih tahu keperitan itu. Semuanya di khabarkan melalui raungan sayu.

babaaaaaaaaaaaaa........sakittttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!...aaaa!!!

Dalam diam, air mata aku tertumpah jua.

Jam di dinding dikerling. Lebih kurang jam tujuh, minit empat puluh lapan. Tidak sempat memikirkan roll-on ketiak. Atau, perfume wangi yang disembur untuk keluar bekerja, kereta dipecut laju ke arah klinik berhampiran.



Bahu dicucuk anti bisa (aku lupa apa jadah nama ubat dia injek masuk)....

Dua kali sakit...satu di kaki..kedua, di bahu tempat cucuk ubat.........(bertambah sedih aku, dua kali ganda)


p/s: semasa aku taip n3 ni...kaki kakak dah ok......dah surut bengkaknya.


*

Sunday, May 9, 2010

hujan..

*

Tersentuh hati, apabila semalam kakak menerpa ke arah aku dengan muka masam mencuka... Ketika itu aku sedang menyelesaikan sebahagian tugasan duniawi via lektok ni...Lagi tersentak, bila dia menjawab....

"akak teringat tokyah..." dalam tangisan dia memeluk aku. Pelukan dia aku balas. Semakin lama semakin erat. Perlahan-lahan air mengenangi kolam mata aku. Sungguh. Aku juga teringatkan ayah, yakni tokyah kepada anak aku...








*
Dalam dakapan, kakak terlena..............untuk kesekian kalinya.