Jom...

Thursday, May 13, 2010

menitik jua air mata ini...

*
Penat mengolah susunan ayat urusan duniawi yang satu ini, aku menerjah semula laman ini. Ibarat halaman rumah yang dihuni oleh tuan yang pemalas. Rumput rampai menyemak menjalar, hingga ke tingkap nako. Begitu juga blog aku ini. Sunyi sepi.

Terkenangkan kedua-dua puteri ini.

adik

kakak

kaki kakak

close-up...

Semua berlaku pantas. Tak sempat mengelak. Kena sengat dek tebuan tonggek. Menangis. Meraung. Meruntun jiwa. Sakitnya cuba aku berkongsi sama. Namun, gagal. Dia lebih tahu keperitan itu. Semuanya di khabarkan melalui raungan sayu.

babaaaaaaaaaaaaa........sakittttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!...aaaa!!!

Dalam diam, air mata aku tertumpah jua.

Jam di dinding dikerling. Lebih kurang jam tujuh, minit empat puluh lapan. Tidak sempat memikirkan roll-on ketiak. Atau, perfume wangi yang disembur untuk keluar bekerja, kereta dipecut laju ke arah klinik berhampiran.



Bahu dicucuk anti bisa (aku lupa apa jadah nama ubat dia injek masuk)....

Dua kali sakit...satu di kaki..kedua, di bahu tempat cucuk ubat.........(bertambah sedih aku, dua kali ganda)


p/s: semasa aku taip n3 ni...kaki kakak dah ok......dah surut bengkaknya.


*

8 comments:

hani@debumelukut said...

Hati seorang bapa...

Yunus Badawi said...

ko bapa yg penyayang walaupun ko macho hehehe

julietchun said...

dari mana muncul tebuan tonggek tu?

achik said...

siannya adik & kakak..

kakpah said...

raungan anak memang selalu meruntun jiwa. kalau boleh biar kita galang gantinya..
alhamdulillah dah baik.

KiLaT said...

masa gua taip 'lepak' ni.. gua harap kaki kakak dah sembuh.

~KiLaT~ gua lihat parut yang tak nampak.

iina said...

Alhamdullilah dah baik sikit bengkak dia kan.. tak lama lagik hari bapa kan kan hehehe ;)

Twinkle said...

Dua Beradik yg sememang cantik dan manja.... Wajah kakak yg tenang..memendam seribu misteri dalam dirinya... si adik yg nampak nakal dan brutal...moga dia jadi pelindung pada keluarga..(tengok wajah adik...mmg rock beb..)..