Jom...

Sunday, May 30, 2010

Mamatnimemangbijak...


Betul kata anjang, dalam N3 dia pasal kuasa Marketing....Dengan iklan kita dapat memperkenalkan suatu produk yang kita buat. Justeru, pelbagai pihak sanggup mengeluarkan berjuta-juta, malah berbilion ringgit (agak agak ja, alang alang dah nak berbohong biar sampai tak logik terus..!) bagi memperkenalkan produk.

Kuasa iklan cukup kuat. Peranannya sukar dinafikan. Dengan iklan, benda yang belum diketahui umum dapat diwar-warkan.

Sebab itu, Pengasas Jus Mate 5, sanggup mengeluarkan wang yang bukan sedikit untuk iklan. Bayangkan di muka tengah sebuah surat khabar itu, asyik muka diaaaaa.. saja. Ramai yang mengkritik. Malah menuduh dia tidak selayaknya bercakap pasal filem. Orang yang sepatutnya bercakap tentang filem itu adalah pengarahnya. Sedangkan, pengarahnya sendiri diam tidak berani untuk mewar-warkan tentang filem ini. Difahamkan ini adalah filem sulung pengasas ubat peramping badan ini.

Aku menulis bukan kerana aku dengki. Atau hasad. Atau ada penyakit PHD. Cuma nak tonjolkan yang mamat rambut tutup dahi ni memang bijak. Aku pernah baca artikel pasal dia. Vision dia jelas. Kuasa iklan dia cukup faham. Di manipulas..secukup pulas.

Cuma yang aku geram sangat tu, kerana over sangat. Tapi dalam diam, aku mengaku, dia memang bijak.....

filem dia aku pasti, mesti boom!...sebab?...iklan yang dilaburkan......ya..kuasa marketing...

aku belajar sesuatu...marketing...


***************


8 comments:

anjang said...

Cikgoodenn,

Sbenarnya dia tak berapa kisah pun sama ada filem tu laku atau tidak, lagi banyak kontroversi sebanarnya lagi kuat dia menanam pengaruhnya dalam pemikiran bawah sedar rakyat Malaysia . Ini sebenarnya kuasa marketing yang sangat hebat. Jualan jusmate dan lain-lain produknya terus melonjak.

Rambutnya dibuat begitu pun sebenarnya salah satu strategi marketing. Orang akan sentiasa teringat Dr. Rozmey apabila teringat rambutnya. Kata sifu aku inilah proses menanam ubi...

Dari sumber yang tak berapa sohih filem itu platform untuk dia masuk bidang politik. Namu aku tak pasti sejauh mana kebenarannya.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

anjang:

itu sebab aku kata dia bijak!...

Yunus Badawi said...

Org yg bisnes bagus ni tak semestinya akan berjaya dlm politik sbb itu 2 dunia yg berbeza.

mamakmuda said...

Cikgu... aku x kire, org nk hamun aku, hamun lah! Aku kate...die gile glamor!! Pasal wangnya berkepok, maka die rasa die bleh wat ape jer... Die piker lantak org cakap ape... janji die puasss!! Wang bley wat segalanye!! X tau wat pilem, beli jerr org pilem, soh ikut ckp die tuk wat pilem.... Yg pntg glamor mau ada!! Baru ler produk yg dlu x brape laku setidk2nyerrr akn ade yg cuba... Aku stuju kalo d katekn ini mrupakn slh stu marketting plan!!

KAKTINY said...

yg aku baca, katanya dia mensasarkan dirinya menjadi BILLIONAIRE pada tahun 2013.. hmm... setakat Millionare.. tak main aarrrr.... dasat tinggi cita2.. bagus bagus...

bangga jugak aku kalau ada melayu yg jadik billionaire...

Tapi.. AKU HARAM TAK MOH TENGOK FILEM DIA... tak hingin aku weih... bukan pasai dengki... tapi aku tak nampak apa ILMU yg aku buleh manfaatkan daripada filem dia.. sorry la kan..

Twinkle said...

Ni mesti wife dia yg suruh bikin filem....lantak la filem jenis ape pun....wife dia kan pelakon....

tasekM said...

ntah. aku kalau tgk dia nih... dan2 rasa nk pegang gunting....



.

wakara said...

lawak karikatur itu.gua suka.