Jom...

Thursday, December 31, 2009

Apakan daya......

Aku suka apa yang aku buat dulu. Tapi agak malang, sebab orang lain tak suka. Mereka lebih suka jika aku tidak buat apa yang aku suka. Ok. Aku stop cerita tentang itu. Sambungannya lihat gambar dibawah....










Sori Deng....Semua tak buleh pakai...Kena buat lain.

Ok...kata aku. Dan, sampai sekarang aku tak buat pun..Ha hahhah...


Salam Tahun baru...2020 lagi 10 tahun dari tahun ini.....Salammmmmmmmm!


*

Thursday, December 24, 2009

Sri NorFitriani....

*
Ya betul...

Nama dia Nor Sri Fitriani (nama sebenar). Bekas anak murid aku...Semasa aku berkelana menyeberangi Laut China Selatan mencari rezeki, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

2001 tahun aku keluar daripada sekolah itu. Sama macam budak-budak ni. Aku masuk 1997...dorang pun sama masuk masa form 1. Terus terang aku mengaku. Aku mencanai kenangan posting pertama aku bersama dengan dorang. Smeshian batch 97-01.

Baru-baru ni, dalam FB aku jumpak budak2 ni....hahahahaa.

Tapi dalam ramai-ramai itu, ada sorang yang aku kagum dengan sikap dan karekter dia. Dari zaman sekolah sejak form 1 sampai form 5....karekter dia tak berubah...Happy ja...Kuat senyum..tersengih kadang-kadang. Mengembangkan lagi hidung jambu airnya tu...

Aku kata dia berani sebab, lepas spm, sanggup dia datang cari aku di Tepeng ni. Dan Stay di rumah aku dua malam...(eh, dua ka tiga, Sri?..lupa dah)....Soalan aku cuma satu.

"kau lari dari rumah ka. Sri?"..

"Ha ha ha.."..Jawab dia. Jawapan yang bukan menjawab pada soalan tadi. Tu la dia....Tak pernah serius jika berbual. Asyik ketawak..ketawak <---budak aku dulu kata ketawak, merujuk pada ketawa ..Ha ha ha... Kelmarin dulu aku berbual panjang dengan dia.....Memang aku kagum. Berani dia ke Europe bekerja sana. Sendirian. Alasannya cukup simple. Nak berjalan tengok negara orang. Tahun depan nak pergi lagi..Stay sana. Katanya la... "ndak puas jalan-jalan ba cigu..." Jawapan dia bila aku tanya pasal cari kerja sana. Kat Mesia dah takdak kerja ka?.... Rupanya,,,,Karekter budak ni kita dapat kesan sejak sekolah. Dan, ramalan aku pasal dia ni 95% betul....
Sri..bertudung Putih....Macam anak aku ja masa tu....


Tapi, cukup tak boleh Blah bila dia mintak aku sain buku otograf dia....Dalam separuh mamai, separuh sedar, aku menconteng buku dia....



Semoga kau berjaya...Sri Nor Fitriani...



Cikgooden: Ramalan aku tepat, badan ko mmg dah besar macam kartun tu, Sri woo..Ha ha ha ha...

*









Standard Guru Malaysia (SGM)- Part 2

*
Helllo Datuk Dr /En. / Tuan / Puan....

NAH, Jadual Gaji tahun depan.....bila sampai tarikh tu, guru-guru Malaysia dan Asia Tenggara semua buat-buat lupa haribulan tau..Ingat kerja, jangan ingat nak gajiiiiii saja kalau kerja...OK!.





Salam...

Cikgooden: Lembaga dah pergi jauh....Aku lapang kepala...atas!

*

Monday, December 21, 2009

Standard Guru malaysia (SGM)

Tertarik komen daripada ..er..er..

....korang tgk la sendiri gambar ni...aku crop SINI.


Tapi Datuk, kalau tadak Gaji, apa gua mau makan...


Dan kepada guru seluruh Malaysia dan Asia Tenggara,

Ingat pesanan itu. Kerja jangan ingat gaji....cuma ingat nak kerja, kerja , kerja,..... ok!.



Salam, kerja!.. Nak tahu detail..tekan SINI.

Sunday, December 20, 2009

SGM...

N3..stock..!

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri telah memperkenalkan Standard Guru Malaysia (SGM), sebagai penanda aras kepada kualiti dan garis panduan menilai keupayaan guru di Malaysia.

Maknanya, jika anda seorang guru, sewajarnya berada di atas garisan ini. Tujuannya adalah sebagai mekanisme melahirkan guru yang benar-benar berkualiti dan dapat melahirkan modal insan kelas pertama.

Apakah standard yang ditetapkan?. Menteri Pelajaran menegaskan, seperti dalam laporan akhbar, berdasarkan standard itu, guru akan dipastikan mempunyai tahap amalan tinggi dalam tiga perkara utama

1. Nilai Profesionalisme Perguruan
2. Pengetahuan dalam subjek
3. Kemahiran tinggi dalam teknik pengajaran dan Pembelajaran.

Dikatakan juga, Malaysia sebagai negara pertama di rantau ini yang telah menghasilkan piawaian guru secara khusus.

Sila baca wahai semua guru seluruh Malaysia dan Asia Tenggara........

Mafhumnyaaa......Dulu korang tak standard...termasuk aku.

Bukan aku cakap... Menteri Cakap, aaaa....
!!!


Salam, senak pala..!




Thursday, December 17, 2009

Penantian satu Penyeksaan.....

Bila dah sampai...hilang seksa....





Alhamdulillah.....



Bersambung.....

Mood untuk menulis sudah hilang untuk sementara waktu...kerana dihimpit oleh 'lembaga' yang menyenakkan kepala...




SALAM MAAL HIJRAH........

Thursday, December 3, 2009

Kau kanal siapa ini worang aaa?..

Gambar ini dipetik daripada galeri Facebook bekas anak murid aku semasa aku mula-mula posting mengajar dan apabila melihat sahaja gambar ini terus kenangan aku dipimpin pergi terbang menyeberangi laut Cina Selatan dan kemudiannya mendarat turun menjunam terus ke Kota Kinabalu seterusnya berpijak di area-area Bukit Padang di mana tempat sekolah itu terletak sampai sekarang agaknya masih ada dan belum runtuh lagi!..

Fuhh..gila panjang ayat ini bukan?..hahahaha..mau semput nafas!.

Dah lama tak update blog ini. Bukan sebok. Saja. Semua gara-gara
Facebook. Menjadi kegilaan ramai dan aku tidak ketinggalan untuk sama sama menjadi gila seperti mereka. ( Dengar khabar Sri Diah dan kak Tiny pun sudah tidak update blog....kosenteret ke Facebook..hahahah)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Bersambung di 'Pastebook'...