Lain Padang lain Belalang. Lain Orang Lain Ragam. Ada macam itu, ada macam ini. Jadi lah Camtu-Camni......HITAM PUTIH KEHIDUPAN...(kekadang menjadi MERAH..)
Jom...
Thursday, April 30, 2009
cuti...
Tuesday, April 28, 2009
Siri Tayang gambar anak #2: Taman Tasik taiping….


Jika korang ada anak kecil, sebaya anak aku, elok kalian bawak main-main di sini. Bebas. Free. Tak kena caj. Jika nak kena caj pun, bila bayar harga ais krim yang dibeli. Ataupun rojak buah potong yang sorang apek tu jual atas motor dia.Ada sekali tu aku bawak anak aku main-main di Taman Tasik Taiping ni. Petang. Hampir hampir waktu nak senja gitu. Tempat budak budak main. Seronok la depa kan. Aku?...seronok jugak. LAYAN JAAAA….
Cuma aku agak musykil dan heran. Kenapa tempat tu dah tak macam dulu. Semakin suram. Alat-alat permainan nya pun dah lusuh. Ada yang rosak. Aku sempat snap dua tiga keping gambar. Aku agak kerosakan alat permainan di sini boleh mencederakan budak budak yang main. Agak membahayakan.
Cuba lihat gambar dibawah ni….
nampak kan...berlubang pecah...Cuba korang bayangkan jika anak kita sedap sedap melunsur, berseluar pendek atau memakai skirt...sedap sedap ja dia menghiris peha anak anak kita!
Ni gambar sempat aku ambik...adik sorang ni nak menggelungsur, tapi sempat di tahan kakak dia. bayangkan jika dia terus melungsurrr...dan peha dia terhirissss..isk..isk..tak leh bayang!
Cikgooden: Tak kira la sapa jadi kerajaan, tengok2 la sama tempat ni. Selamat rakyat, selamat negeri....
Saturday, April 25, 2009
Siri Tayang gambar anak #1: Berfoya-foya….

Awas!
Jgn terkejut jika dua bersaudara ini menempa nama di arena permotoran dunia.
He he he….
Aku cukup suka menghabiskan waktu cuti berfoya foya bersama anak aku. Dekat-dekat je…sambil-sambil jalan lepas tution. Sempat jugak la bergambar atas motor depan panggung wayang Taiping Sentral. Pawagam. Tempat biasa kami jika ada kelapangan. Tak kira la cerita apa. Masuk ja. Layann…..
Lepas tution pi makan-makan la, lapaq. Jangan kata depa, aku sendiri pun. Tempat kesukaan adik n kakak. Mana lagi?... Mee hot Plates ...


tak sempat air sampai dah start makan, pastu gaduh la panasss..ha ha ha
Apa la yang best sangat rasa mee tu tak tahu pulak aku. Ada la sekali aku try. Sebab nak tahu tang mana sedap Mee jenis Pinggan Panas nih…
Tahu apa rasa dia..!...Ceh. haram jadah,
Punya la sedap. Patut la dorang selalu mintak makan. Aku pun dah mula ketagihan. Asal ada masa ja mesti singgah sini. Makan. He he he….
Cikgooden: Tak nak bagi tahu kat mana kedai ni…yang tahu dok diam diam. Jgn bising. He he he…
Friday, April 24, 2009
Panik…
Nak di jadikan cerita, waktu tengah hari, masa nak keluar, tiba tiba sekolah jadi kecoh. Apahal?. Histeria apa tengah hari rembang nih. Kena rasuk setan ka?...Mana mungkin. Sama macam lembu, Setan pun tengah sedap sedap tidur masa ni. Nak merasuk pun tak best. Kata dia. (Barangkali. Aku agak je….he he he.)

“ada awan tertulis kalimah Allah” ….iyer?...

Semua budak keluar kelas. Tercangak-cangak memandang langit. Sungguh. Waktu tu, tengah panas. Hampir jam satu tengah hari. Kelibat pelangi membulat melingkari matahari. Cantik sangat. Hebat ciptaan Tuhan. Jarang berlaku. Bila peluang dah ada, budak-budak menerpa keluar untuk melihat. Kecoh jugak la sekolah. Yang sebenornya, Aku faham sangat trik depa nih. Sesaja buat kecoh. Dapat la lari dari kelas kejap. Hi hi hi…kalut tak belajar. Bukan ada apa pun.

Sambil tersenyum sempat aku snap gambar gelagat budak-budak sekolah. Kemudian aku bertolak keluar untuk ambil anak balik sekolah.
**********
Tak tahan dengan soalan adik dan kakak.
“baba ada nampak setan kena panah tak?” tanya adik, cemas. “hah?..setan mana pulak ni, dik?” balas aku. Lalu dia menceritakan perihal fenomena tadi. Pelangi melingkari matahari. Dan awan yang membentuk tulisan Allah. Tapi imaginasi dia lagi tinggi. Dibayangkan awan tu setan yang terkena panah.
Kakak juga. Sama macam adik. Ketakutan. Aku tanya depa, sapa yang buat cerita?..Cikgu bagi tahu. Alahai cikguuu…..aku tersenyum sendirian.
Cikgooden: Teringat suatu masa dulu, masa kemunculan objek-objek di langit. Budak2 asrama semua insaf berabis. Menangis. Bertaubat. Tapi dulu la…dulu. Sekarang ni, budak budak yang menangis sakan tu, macam mana cerita dia?...masih ingat tak lagi taubat dia.. …….Eheemmmm.
Tuesday, April 21, 2009
Nurul Ashikin yang aku kenal...
Kebetulan, grup gendang aku dijemput untuk meraikan majlis beliau. Pada mulanya aku sendiri tidak tahu siapa yang jadi mempelai dalam majlis ini. Sehinggalah aku terpandang pengantin perempuan berbaju kuning air, menggenggam bunga, berdiri menunggu kekasih hati di muka pintu rumah.
Oh!..budak ni. Baru teringat. Dulu-dulu aku suka mengusik dia. Orangnya mudah tersenyum. Kata lah apa saja. Usik lah sesedap mulut, dia hanya tersenyum. Manis. Dan sekarang di hati kecik aku, besarlah harapan agar dia bahagia dengan orang tersayang pilihan hati. Aku suka bila anak-anak murid aku bahagia. Terasa seperti anak sendiri. Walaupun mereka mungkin tak sedar. Malah tidak mengetahui pun.Sebenarnya ada ramai lagi bekas anak murid aku yang sekarang ni dah besar panjang. Ramai juga yang sudah berkahwin. Malah yang punyai anak juga ramai. Bila dikenang, masa begitu cepat berlalu. Dulu, aku melawak dan mengusik dorang. Tapi sekarang, alahai…nak melawak macam dulu pun kena fikir dua tiga kali..ha ha ha.
Sebenarnya bukan tentang dia yang aku nak cerita dalam n3 ini. Aku nak bercerita pasal aktiviti kumpulan gendang Selumbar Emas aku. Semenjak aku belajar, dah kurang aktiviti kumpulan yang dapat aku sertai. Maklumlah, aku nun jauh di Bangi. Manakala aktiviti grup, di kampung. Di Batu Kurau. Mana nak sempat ‘kelik kapong nak godan gendang’. Jangan kata nak bergendang, berserunai. Nak bermesra dengan anak bini pun tak sempat. Jika balik pun, ada la dalam dua tiga hari. Hari-hari lain aku ke Kuliah dan belajar (sungguh!, aku tak tipu haih..he he he.)
Masa aku mula mula belajar dulu, sempat juga aku berpesan pada rakan-rakan grup. Walaupun aku tak dapat nak aktif, tapi grup jangan bubar. Buat lah setakat mana yang mampu. Memang itu harapan aku. Semasa ketiadaan aku pun, grup ni dapat bergerak. Ada beberapa majlis yang dorang main, tanpa kehadiran aku. Baguslah. Sekurang-kurangnya grup ini tak mati. Tak tenggelam. gambar yang diambik oleh cameraman amatur, berumur 9 tahun..hi hi hi...
kakak tukang ambil gambar, kamera tu dah jadi milik dia...ikut sedap dia ja...
Kebetulan saja aku bercuti, dan majlis ini berlangsung kena dengan cuti. Jadi dapatlah aku main. Dah lama tak godan gendang. Tangan mula rasa gatal-gatal kekebasan akibat menepuk gendang dalam keadaan tak sedar diri tak henggat donia. Ketagih la katakan!..he he he.
Majlis ni, amat meriah mengikut perspektif kapong aku. Sungguh!. Jika kalian ke Batu Kurau, kalian akan dapat menyaksikan kemeriahan kenduri kampong. Walaupun sekarang ni dah jarang sangat acara acara berbentuk tradisional dibuat. Ada la sesekali dapat jumpa. Bergantung pada kehendak tuan rumah. Kebetulan bapak Budak Ashikin ni, yang juga seorang guru, masih berminat mengekalkan acara tradisional. Maka dapat lah, generasi muda sekarang ni menyelami acara tradisional Melayu.
Gendang tingkah, juga dikenali sebagai tekong, bahagian pemati lagu. Penukar rentak. Isk..Susah nak terang pulak dah. Ok!..Senang cerita, gendang tingkah ni, adalah bahagian nak pemati tang tendoh! (kata orang kariah aku)..Ni laras bahasa kapong aku. Mampuih korang tak faham..Ha ha ha..
Ada satu lagi gendang anak. Tugas dia cukup best!..bahagian peningkah, penyambung irama rentak gendang ibu. Susah nak mainkan gendang anak nih. Hanya orang yang terer saja layak pegang dan mainkan. Jadi sapa sapa yang main gendang anak ni, kira terer la. Rasa kembang la sikit!. Makam dia tinggi dalam gendang penghadrahan ini. Itu tafsiran aku. Aku berani cakap sebab, aku juga pernah bergendang hadrah ni. Seronok. Dia punya syeh! lain macam. Sambil tangan menepuk gendang, mulut menyanyikan lagu. Menjerit. Melalak. Sampai timbul urat Mareehh…takde sapa peduli.
Gendang hadrah ini tugasnya bukan sahaja mengarak mempelai. Malah sampai ke dalam rumah. Dorang biasanya main lagu di depan pelamin. Semasa pengantin bersanding, dialunkan lagu lagu pengantin. Dalam rumah. Pernah sekali aku ikut. Panas Ya.. rabbbi. Tuhan saja yang tahu. Peluh membasahi baju. Tetamu pulak masa tu la berasak-asak nak melihat pengantin bersanding. Masa tu la geng hadrah belasah gendang, menjerit menyanyi naik syeh tak henggat donia..ha ha ha!. Rasa meriah.
Kemeriahan ini ikut perspektif masyarakat kariah aku. Bagi orang dari kariah, negeri atau tempat lain mungkin tak masuk kepala. Mungkin tak rasa kemeriahan tu. Barangkali terasa pelik dan heran. He he he…lebih lebih lagi masyarakat bandar. Dah tentu rasa pelik kan. Tapi ini lah nak aku bagi tahu. Budaya tradisional kampung aku.
Dah puas bersanding dalam rumah. Bersanding pulak di luar rumah. Masa ni, tugas kumpulan hadrah dah tamat. Baton tugas diserah pulak kepada kumpulan silat. Masa ni la, grup aku main. Bermain lagu, bersilat diselangselikan dengan lagu-lagu popular, lagu-lagu selingan buat penghibur tetamu yang hadir. Walaupun ada lagu-lagu yang dimainkan oleh DJ, namun kemeriahan tradisional tidak dipinggirkan. Sebab tu, masa acara bersilat ni, DJ berenti tugas. Lagu-lagu di’stop’kan sementara.
Majlis diteruskan dengan permainan silat, sehinggalah habis pertunjukkan daripada empat pasangan silat. Dalam majlis ini hanya empat pasangan silat saja. Baguslah. Tak letih dada aku meniup serunai. Kalau tak. Mampuih aku….
Sebab itu, aku masih menyimpan niat dan hasrat untuk mempertahankan acara tradisional ini. Pernah aku suarakan dalam n3 terdahulu, aku tak mampu nak buat sorang. Aku perlu berteman. Harap teman-teman aku menyokong hasrat aku. Walaupun ada suara suara sumbang mempeleceykan usaha aku. Aku masih beristiqomah dalam gerak dan jalan aku. Biar ada pihak yang cuba menggagalkan hasrat. Aku tetap dengan cara aku. (Fuh!....Gila semangat aku ni..)
Cikgooden: Bila dengar paluan gendang Hadrah, rasa nak menikah la pulak..Ha ha ha ha!






