Jom...

Tuesday, April 21, 2009

Nurul Ashikin yang aku kenal...

Sabtu, 18.4.2009 menjadi tarikh bersejarah bagi insan bernama Nurul Ashikin. Beliau merupakan bekas anak murid aku. Tahun 2001, aku pulang dari Sabah dan ditempatkan untuk berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai . Ketika itu, Ashikin ini dalam tingkatan empat atau lima kalau tak silap aku. Aku dah tak ingat. Sekarang ni dah besar dan sudah jadi bini orang. Mungkin sembilan bulan lagi akan jadi pulak, mak orang. Jika rezeki dia menjadi.

Kebetulan, grup gendang aku dijemput untuk meraikan majlis beliau. Pada mulanya aku sendiri tidak tahu siapa yang jadi mempelai dalam majlis ini. Sehinggalah aku terpandang pengantin perempuan berbaju kuning air, menggenggam bunga, berdiri menunggu kekasih hati di muka pintu rumah.


Oh!..budak ni. Baru teringat. Dulu-dulu aku suka mengusik dia. Orangnya mudah tersenyum. Kata lah apa saja. Usik lah sesedap mulut, dia hanya tersenyum. Manis. Dan sekarang di hati kecik aku, besarlah harapan agar dia bahagia dengan orang tersayang pilihan hati. Aku suka bila anak-anak murid aku bahagia. Terasa seperti anak sendiri. Walaupun mereka mungkin tak sedar. Malah tidak mengetahui pun.Sebenarnya ada ramai lagi bekas anak murid aku yang sekarang ni dah besar panjang. Ramai juga yang sudah berkahwin. Malah yang punyai anak juga ramai. Bila dikenang, masa begitu cepat berlalu. Dulu, aku melawak dan mengusik dorang. Tapi sekarang, alahai…nak melawak macam dulu pun kena fikir dua tiga kali..ha ha ha.

Sebenarnya bukan tentang dia yang aku nak cerita dalam n3 ini. Aku nak bercerita pasal aktiviti kumpulan gendang Selumbar Emas aku. Semenjak aku belajar, dah kurang aktiviti kumpulan yang dapat aku sertai. Maklumlah, aku nun jauh di Bangi. Manakala aktiviti grup, di kampung. Di Batu Kurau. Mana nak sempat ‘kelik kapong nak godan gendang’. Jangan kata nak bergendang, berserunai. Nak bermesra dengan anak bini pun tak sempat. Jika balik pun, ada la dalam dua tiga hari. Hari-hari lain aku ke Kuliah dan belajar (sungguh!, aku tak tipu haih..he he he.)

Masa aku mula mula belajar dulu, sempat juga aku berpesan pada rakan-rakan grup. Walaupun aku tak dapat nak aktif, tapi grup jangan bubar. Buat lah setakat mana yang mampu. Memang itu harapan aku. Semasa ketiadaan aku pun, grup ni dapat bergerak. Ada beberapa majlis yang dorang main, tanpa kehadiran aku. Baguslah. Sekurang-kurangnya grup ini tak mati. Tak tenggelam.
gambar yang diambik oleh cameraman amatur, berumur 9 tahun..hi hi hi...
kakak tukang ambil gambar, kamera tu dah jadi milik dia...ikut sedap dia ja...


Kebetulan saja aku bercuti, dan majlis ini berlangsung kena dengan cuti. Jadi dapatlah aku main. Dah lama tak godan gendang. Tangan mula rasa gatal-gatal kekebasan akibat menepuk gendang dalam keadaan tak sedar diri tak henggat donia. Ketagih la katakan!..he he he.

Majlis ni, amat meriah mengikut perspektif kapong aku. Sungguh!. Jika kalian ke Batu Kurau, kalian akan dapat menyaksikan kemeriahan kenduri kampong. Walaupun sekarang ni dah jarang sangat acara acara berbentuk tradisional dibuat. Ada la sesekali dapat jumpa. Bergantung pada kehendak tuan rumah. Kebetulan bapak Budak Ashikin ni, yang juga seorang guru, masih berminat mengekalkan acara tradisional. Maka dapat lah, generasi muda sekarang ni menyelami acara tradisional Melayu.

#

Bermula dengan acara mengarak mempelai dengan paluan gendang Hadrah. Ya, Hadrah. Di kariah aku, popular dengan paluan Hadrah. Bukan Kompang. Sedikit info tentang gendang hadrah. Ia dimainkan secara beramai-ramai. Anggota kumpulan antara 7-12 orang. Ada tiga bentuk gendang yang dimainkan. Ianya dikenali sebagai gendang Anak, gendang tingkah dan gendang Ibu. Gendang ibu memerlukan bilangan ahli yang ramai. Yang dok buat riuh tu gandang ibu la. Capak gedung gedung, capak gedung gedung!..iramanya mengiringi lagu yang dinyanyikan.

Gendang tingkah, juga dikenali sebagai tekong, bahagian pemati lagu. Penukar rentak. Isk..Susah nak terang pulak dah. Ok!..Senang cerita, gendang tingkah ni, adalah bahagian nak pemati tang tendoh! (kata orang kariah aku)..Ni laras bahasa kapong aku. Mampuih korang tak faham..Ha ha ha..

Ada satu lagi gendang anak. Tugas dia cukup best!..bahagian peningkah, penyambung irama rentak gendang ibu. Susah nak mainkan gendang anak nih. Hanya orang yang terer saja layak pegang dan mainkan. Jadi sapa sapa yang main gendang anak ni, kira terer la. Rasa kembang la sikit!. Makam dia tinggi dalam gendang penghadrahan ini. Itu tafsiran aku. Aku berani cakap sebab, aku juga pernah bergendang hadrah ni. Seronok. Dia punya syeh! lain macam. Sambil tangan menepuk gendang, mulut menyanyikan lagu. Menjerit. Melalak. Sampai timbul urat Mareehh…takde sapa peduli.

Gendang hadrah ini tugasnya bukan sahaja mengarak mempelai. Malah sampai ke dalam rumah. Dorang biasanya main lagu di depan pelamin. Semasa pengantin bersanding, dialunkan lagu lagu pengantin. Dalam rumah. Pernah sekali aku ikut. Panas Ya.. rabbbi. Tuhan saja yang tahu. Peluh membasahi baju. Tetamu pulak masa tu la berasak-asak nak melihat pengantin bersanding. Masa tu la geng hadrah belasah gendang, menjerit menyanyi naik syeh tak henggat donia..ha ha ha!. Rasa meriah.

Kemeriahan ini ikut perspektif masyarakat kariah aku. Bagi orang dari kariah, negeri atau tempat lain mungkin tak masuk kepala. Mungkin tak rasa kemeriahan tu. Barangkali terasa pelik dan heran. He he he…lebih lebih lagi masyarakat bandar. Dah tentu rasa pelik kan. Tapi ini lah nak aku bagi tahu. Budaya tradisional kampung aku.

Dah puas bersanding dalam rumah. Bersanding pulak di luar rumah. Masa ni, tugas kumpulan hadrah dah tamat. Baton tugas diserah pulak kepada kumpulan silat. Masa ni la, grup aku main. Bermain lagu, bersilat diselangselikan dengan lagu-lagu popular, lagu-lagu selingan buat penghibur tetamu yang hadir. Walaupun ada lagu-lagu yang dimainkan oleh DJ, namun kemeriahan tradisional tidak dipinggirkan. Sebab tu, masa acara bersilat ni, DJ berenti tugas. Lagu-lagu di’stop’kan sementara.

Majlis diteruskan dengan permainan silat, sehinggalah habis pertunjukkan daripada empat pasangan silat. Dalam majlis ini hanya empat pasangan silat saja. Baguslah. Tak letih dada aku meniup serunai. Kalau tak. Mampuih aku….
Jika dulu-dulu, masa aku kecik-kecik dulu, pasangan silat memang takde had. Sapa sapa rasa berhajat nak bersilat, dipersilakan. Kekadang tu sampai 7-8 pasangan. Masing-masing menyukarelakan diri untuk bersilat. Kemeriahannya lebih terasa. Berbanding sekarang, dah ramai yang tak berminat untuk bersilat. Terutamanya generasi muda sekarang. Tak tahu sebab apa. Malu?.Segan? tak Klass? Atau tak standard di fikiran mereka?... Ntah la…tak dapat aku meneka. Namun, tak semua macam tu. Masih ada lagi yang berminat. Tapi tak ramai. Hanya beberapa kerat saja. Bagi aku, Jadii..la. Sekurang-kurangnya masih ada lagi…

Sebab itu, aku masih menyimpan niat dan hasrat untuk mempertahankan acara tradisional ini. Pernah aku suarakan dalam n3 terdahulu, aku tak mampu nak buat sorang. Aku perlu berteman. Harap teman-teman aku menyokong hasrat aku. Walaupun ada suara suara sumbang mempeleceykan usaha aku. Aku masih beristiqomah dalam gerak dan jalan aku. Biar ada pihak yang cuba menggagalkan hasrat. Aku tetap dengan cara aku. (Fuh!....Gila semangat aku ni..)

Cikgooden: Bila dengar paluan gendang Hadrah, rasa nak menikah la pulak..Ha ha ha ha!
(cadang nak upload video....panjang sangat, tak larat nak tunggu...tgu len kali la..,ekk!..)

8 comments:

Mak Su said...

wah, tak sangka ya cikdooden, main musik di rumah bekas anak murid gitu, sambil tu tepung tawar sekali.

julietchun said...

tak buleh ler nak bergurau ngan anak murid dah, kang tak pasal lebam bijik mata,kekeke.

iina said...

wahh ini namanya balas dendam hehhee ;) dapat balik kg relak2 ekk.. tak nak join group seni kat ukm ke? ada lagik ke?? leh join diorg bergendang kalau ada.. teringat dedulu zaman study aktiviti seni kat ukm hebat2 belaka kan.. ramai kwn yg join ;)

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden

Anak murid hang baru nak kahwin, anak murid aku ada yg "baru" nak kahwin satu lagi.

Lukmanw

Unknown said...

ko dengar bunyi hadrah dah dtg 'keinginan'.... memang tinggi tahap estrogen ko ni.... hehehe

Yunus Badawi said...

masa aku baca n3 ko malam tadi anak aku Adam pulak main gendang anak (ngangis) terpaksa tangguh. Kalau lambat aku angkat nanti bunyi pulak gendang ibu kehkehkeh.

Terima kasih kerana menerangkan tentang hadrah walaupun aku masih gelap. Aku bab2 alat musik ni mmg bukan terer.

Cikgooden said...

maksu:

tak sempat tepung tawar...kalut main mossikk...he he he

Julietchun:

Tu la...skang tak buleh melawak dah...he he he lebam bijik mata kan..

iina:

grup seni ukm?..ntah la...ada ke tak lagi...tak cari pun..ha ha ha

Lukman:
ha ha ha..tu gatai nak menikah tu..

shifu:
sungguh haih..rasa nak celapak naik pelamin..ha ha ha

en Yb:

ha ha ha..bila ibu bergendang...maknanya len sikit..

Safiya said...

n3 awak ni bez la, berinformasi. di kampung saya dulu2 bez asal ada keje kawin je ada group kuda kepang n barongan. tapi sekarang sisa pun tak ada...... asyik berkaraoke tak sudah. kiranya keje kawin zaman sekarang sgt boring wlu pun majlisnya up to date.....nasib baik saya dapat tengok masa zaman kecik2 dulu.