Jom...

Friday, April 24, 2009

Panik…

Panik…Ada satu hari tu. Dalam dua minggu lepas. Tak silap aku 8/4/2009 hari rabu, aku ada balik umah kejap. Sambil tu aku pegi sekolah lama. Jumpa kawan dan anak murid seko dua. Dah lama tak jumpa, ada la dua tiga orang anak murid mai salam. Tegur. Tanya khabar apa lebih kurang.

Nak di jadikan cerita, waktu tengah hari, masa nak keluar, tiba tiba sekolah jadi kecoh. Apahal?. Histeria apa tengah hari rembang nih. Kena rasuk setan ka?...Mana mungkin. Sama macam lembu, Setan pun tengah sedap sedap tidur masa ni. Nak merasuk pun tak best. Kata dia. (Barangkali. Aku agak je….he he he.)


“Cepat cikgu ada pelangi keliling matahari.”…..Iyer?..
“ada awan tertulis kalimah Allah” ….iyer?...
“Cepat keluar tengok…”………..


Semua budak keluar kelas. Tercangak-cangak memandang langit. Sungguh. Waktu tu, tengah panas. Hampir jam satu tengah hari. Kelibat pelangi membulat melingkari matahari. Cantik sangat. Hebat ciptaan Tuhan. Jarang berlaku. Bila peluang dah ada, budak-budak menerpa keluar untuk melihat. Kecoh jugak la sekolah. Yang sebenornya, Aku faham sangat trik depa nih. Sesaja buat kecoh. Dapat la lari dari kelas kejap. Hi hi hi…kalut tak belajar. Bukan ada apa pun.


Sambil tersenyum sempat aku snap gambar gelagat budak-budak sekolah. Kemudian aku bertolak keluar untuk ambil anak balik sekolah.

**********
Tak tahan dengan soalan adik dan kakak.

“baba ada nampak setan kena panah tak?” tanya adik, cemas. “hah?..setan mana pulak ni, dik?” balas aku. Lalu dia menceritakan perihal fenomena tadi. Pelangi melingkari matahari. Dan awan yang membentuk tulisan Allah. Tapi imaginasi dia lagi tinggi. Dibayangkan awan tu setan yang terkena panah.

Kakak juga. Sama macam adik. Ketakutan. Aku tanya depa, sapa yang buat cerita?..Cikgu bagi tahu. Alahai cikguuu…..aku tersenyum sendirian.


Cikgooden: Teringat suatu masa dulu, masa kemunculan objek-objek di langit. Budak2 asrama semua insaf berabis. Menangis. Bertaubat. Tapi dulu la…dulu. Sekarang ni, budak budak yang menangis sakan tu, macam mana cerita dia?...masih ingat tak lagi taubat dia.. …….Eheemmmm.






10 comments:

ladylikeme said...

erk..tinggi sungguh imginasi cilgu tu kan..kan....

Mak Su said...

hhmmmm, excitement. mmg excited jadi kanak2, cerita semua hebat2 belaka. saya teringat cerita hantu kum-kum, kami semua excited dan balik rumah cerita plaks kat mak-mak masing2 dengan penuh excitement, dan insf, tak mo jenjalan, tak mo bukak pintu kat strangers dll :)

aza ni said...

sejak akhir akhir ni dah banyak terpapar di dada akhbar tentang kalimat yang terserlah di dalam objek, samada siput, batu, buah.
Ini memang tanda, tapi manusia kadang kadang abaikan sahaja.

julietchun said...

kat Kl bleh nampak ke? Takde dgr org ckp plak.

Cikgooden said...

angah:

he he he...sebab aku pun kadang2 macam dia jugak..ha ha ha

maksu:

pernah dengar hantu kum kum ni dulu...dia suka budak2 kan..

Azani:

Tu la pasai kan...manusia mudah lupa, setan tidak!

Julietchun:
tengah hari rembang, kau mana ada kat luaq...mana nak nampak...atau sedap sedap tidur jugak?..ha ha ha.

tasekM said...

kalimah allah tu tak berapa clear.. mmg nampak sungguh ka?

Unknown said...

ko kata.. bebudak saja2 buat kalut... tapi yg sebenarnya cikgu2 pun sama gak.... hehehe

tapi kesempatan yg cam gitu memang tak patut dilepaskan...

ASH said...

Subhanallah..
bagi aku menda macam ni bukanlah satu keganjilan atau menda yang mustahil kerana AWAN juga makhluk ALLAH..bukan ke begitu?

bagus ape hang dapat tengok...kira TERPILIH lah tu..
wei..
hang masih dok kat asrama lagi ka time cerita pasal objek kat langit tu?
around 1991/1992 tu rasanya..

Yunus Badawi said...

betul kata ashley tu. Bukan semua org dpt peluang melihat benda2 mcm ni dan tak semua yg melihat tu kaitkan dgn kebesaran Allah.

Objek2 kat langit dulu tu berapa kali depa ulang tayang. Tapi yg ko tengok kat langit baru2 ni live.

iina said...

budak2 yg bertaubat nangis2 tuh salah sorg tuh ko kan.. kan kan.. baik ngaku cepat.. ngaku cepat!!! wakakakakah.. camno dah lepaskan rasa gian itu ke hehehehe.. ;)