Jom...

Tuesday, April 28, 2009

Siri Tayang gambar anak #2: Taman Tasik taiping….

Bila sebut taman tasik Taiping, jelas tergambar dalam bayangan sebuah tasik yang luas, pohon besar kiri dan kanan jalan. Serta suasana yang aman, damai lagi menyenangkan. Sebab tu, jika kepala korang berserabut. Dan tiada tempat yang sesuai untuk menenangkan fikiran. Aku syorkan korang pergi ke taman tasik Taiping. Sungguh!...disini kita akan terasa kedamaiaannya. Seiring dengan nama Taiping itu sendiri yang bermaksud kedamaian yang abadi…kata kawan aku, seorang guru sejarah!... (er..er..aku syorkan korang pergi petang. Jika pergi malam, aku tak pasti korang dapat tenangkan fikiran atau sebaliknya…ok!..he he he)



Jika korang ada anak kecil, sebaya anak aku, elok kalian bawak main-main di sini. Bebas. Free. Tak kena caj. Jika nak kena caj pun, bila bayar harga ais krim yang dibeli. Ataupun rojak buah potong yang sorang apek tu jual atas motor dia.

Ada sekali tu aku bawak anak aku main-main di Taman Tasik Taiping ni. Petang. Hampir hampir waktu nak senja gitu. Tempat budak budak main. Seronok la depa kan. Aku?...seronok jugak. LAYAN JAAAA….

Cuma aku agak musykil dan heran. Kenapa tempat tu dah tak macam dulu. Semakin suram. Alat-alat permainan nya pun dah lusuh. Ada yang rosak. Aku sempat snap dua tiga keping gambar. Aku agak kerosakan alat permainan di sini boleh mencederakan budak budak yang main. Agak membahayakan.

Cuba lihat gambar dibawah ni….

Rumput pun dah tak berapa best! dengan lecah dan becak disana sini


Buaian dah tinggal besi ja...


Ni pun sama....tinggal tiang ja...mana buaiannya?..


nampak kan...berlubang pecah...Cuba korang bayangkan jika anak kita sedap sedap melunsur, berseluar pendek atau memakai skirt...sedap sedap ja dia menghiris peha anak anak kita!


Lobang!.....


Ni gambar sempat aku ambik...adik sorang ni nak menggelungsur, tapi sempat di tahan kakak dia. bayangkan jika dia terus melungsurrr...dan peha dia terhirissss..isk..isk..tak leh bayang!




Cikgooden: Tak kira la sapa jadi kerajaan, tengok2 la sama tempat ni. Selamat rakyat, selamat negeri....

8 comments:

arsaili said...

salam..satu aktiviti yg sihat...

Yunus Badawi said...

Budaya penyelenggaraan kat negara kita ini masih belum menyubur. Infra stuktur yg mahal2 akan rosak begitu saja kerana alasan takde bajet. Mmg bahaya kalau kanak2 terkena spt yg ko cakapkan tu. Oleh itu pengawasan ibubapa perlu kalau bawa anak2 ke taman permainan.

Bila tengok taman tasik taiping teringat kartun from Taiping with Love tahun 70an dan 80an dulu.

Mak Su said...

aramak.... tak best lah macam ni, baru jer nak bawak baby w gi sinun

KTS said...

free kot... tu yg camtu...

julietchun said...

ni sbb org dewasa yg main kot.

Admin said...

oOooO kat sini ler taman tasik taiping ek... heboh kat sinarfm dok promote, katanya klu nak kuar dari tempat tu buleh sesat dibuatnya sbb tadek signbod hehehee

*yang berhormat sila pantau...
bak kata cikgoo den tu

AloyCaricature said...

apsal tak ambik gambar lampu condong sekali?
tu salah satu tarikan taman tasik taiping gak..

Cikgooden said...

arsaili:

memang best dok rilek2..

YB;
pengawasan penting, tapi benda alah tu kena jaga jugak..ni dah teruk masih tak nak repair...


maksu:
Hi hi hi...apa habaq baby W..sehat ka dia?..

kTS:
bende free mmg kena wat lagu tu ka?..

Julietchun:
Tak pasti, org besaq ada naik ke tak

Dresmba;

Agaknyer lah...

Wakara:
Tiang condong yang mana satu?..lupa la..ha ha ha