*
Penat mengolah susunan ayat urusan duniawi yang satu ini, aku menerjah semula laman ini. Ibarat halaman rumah yang dihuni oleh tuan yang pemalas. Rumput rampai menyemak menjalar, hingga ke tingkap nako. Begitu juga blog aku ini. Sunyi sepi.
Terkenangkan kedua-dua puteri ini.

close-up...Semua berlaku pantas. Tak sempat mengelak. Kena sengat dek tebuan tonggek. Menangis. Meraung. Meruntun jiwa. Sakitnya cuba aku berkongsi sama. Namun, gagal. Dia lebih tahu keperitan itu. Semuanya di khabarkan melalui raungan sayu.
babaaaaaaaaaaaaa........sakittttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!...aaaa!!!
Dalam diam, air mata aku tertumpah jua.
Jam di dinding dikerling. Lebih kurang jam tujuh, minit empat puluh lapan. Tidak sempat memikirkan roll-on ketiak. Atau, perfume wangi yang disembur untuk keluar bekerja, kereta dipecut laju ke arah klinik berhampiran.
Bahu dicucuk anti bisa (aku lupa apa jadah nama ubat dia injek masuk)....
Dua kali sakit...satu di kaki..kedua, di bahu tempat cucuk ubat.........(bertambah sedih aku, dua kali ganda)
p/s: semasa aku taip n3 ni...kaki kakak dah ok......dah surut bengkaknya.
*