Jom...

Friday, April 23, 2010

aku tiba-tiba teringat lagu ni....



* Original Version...rare..

Malam tadi aku terlena sekali lagi depan lektok. Aku mengaku, aku tertekan sekarang ini. Bebanan study sudah rasa semakin hari semakin memberat. Ditambah dengan masalah duniawi yang lain. Henyak. Pulas........emmm....aku kena diam! tidak boleh bising-bising. Pernah aku disindir kawan ketika bersuara tentang keadaan ini. "Itu mu yang pilih...terima ja laeeee.."...hmmm...terima kasih sahabat.
*

Ok!..

Berbalik kepada lagu di atas...lagu aku dapat semasa masuk pesbukk...Lagu ini cukup aku dengar berulang-ulang kali suatu ketika masa study di Universiti tepibukit itu dulu...aku cakap dulu la.....tapi sekarang pun, ia berulang..he he he...semua menjadi sejarah dalam diri aku....sejarah?...bila sebut sejarah, terus aku teringat pasal sejarah....


Apa itu sejarah? Pernah sekali aku bagi tahu kepada anak murid aku dulu....apa itu sejarah. Dan, aku pernah catat dalam lektok ni....izinkan aku mengepastenya sini...

Sejarah dan kereta. Belajar sejarah seperti ibarat membawa kereta. Cuba bayangkan seolah-olah kita sedang memandu sebuah kereta. Jangan disoal ke mana destinasi...ini contoh. Perjalanan yang dilalui agak panjang. Dan Lama. Berbeza situasi dan suasana. Sepanjang perjalanan itu, sudah tentu lah kita akan melalui pelbagai tempat, peristiwa, dan situasi.

Cuba lihat kereta anda. Ada tiga kawasan cermin bukan?...cermin hadapan untuk kita melihat depan ..cermin tingkap, untuk melihat tepi. Dan, cermin belakang untuk melihat apa yang berlaku di belakang kita. (faham ke tak ni?..ahhahaha.)


Cermin hadapan melambangkan apa yang akan kita hadapi untuk masa hadapan. Cermin belakang pula melambangkan apa yang sudah kita lalui. Manakala cermin tepi adalah apa yang sedang kita hadapi sekarang. (ni ayat untuk budak budak aku....sori, jika anda bukan lagi budak...)

Analogi ini cukup jelas dan amat bermakna. Lebih jelas lagi, mari kita analisis satu cerita ini.

Katakan lah Abu dan keluarganya ingin pergi ke...........mmm..korang sambung sendiri laa, ekkk...korang secara teorinya pandai !...aku secara praktikalnya bodoh!! !.


Salam hormat....

*

10 comments:

julietchun said...

paling takut kalo motor lalu tepi keta, kekdg side mirror pun depa buleh langgar :P

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

guna side mirror yang ada spring....kena langgar...tak patah...(ada ka?)..hahaha..

Mak Su said...

terima kasih, tazkirah ni :)

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

sama sama maksu....tazkirah mendenya....tgh fenin2 ni..

xiiinam said...

Fenin juga nak maham ceritanya....tapi mujur lagu tu......hmmmmppphhhh....lembuuuuut je!

Twinkle said...

suka jugak gan lagu ni dulu...dah lama cari tapi lupa nama penyanyi...baru ingat Dan Byrd....

KAKTINY said...

ingat dak (mesti hang tak ingat punya.. hahaha)... dulu, hang ada komen ni kat entry aku dolu-dolu..

...................................

"...soalan statistik mudah ja..jgn riso. Jawapan dia ja agak susah banyak."

.................................

TAHNIAH KAK..HA HA HA. ADIK PUN TUMPANG GEMBIRA..

Ceh..ni baghu lulus macam ni punya panjang hang punya syukur...
kalau dapat A kalu./..4 hari aku baca tak habis..
Aku pun akan lalui jugak saat camni sok sok...

..................................

(oit.. aku mmg dpt A la statistik, tu yg aku melompat bintang ke langit ke-7 tuh... hahahha)

... bukan pasai statistik yg aku nk ckp.. aku nk ingatkan hang pasai komen hang..

"Aku pun akan lalui jugak saat camni sok sok..."..

...jadinya.. betapa susah payah pening lalat langau pon laluan study hang nih... TETAP REDAH.. sebab HANG AKAN LALUI JUGAK SAAT2 HABIS STUDY TUH!!!... aku yakin, hang lagi kena yakin.. aku buleh.. HANG LAGIIKKK BULEH!!..

(gigih dak aku dok pi cari balik komen hang yg lepaih2.. hahaha..)

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

CkLah:

tak payah fenin2...hang layan ja lagu tu.


Twinkle:
terkesan beto dgn lagu ni.....

Kak tiny:

...mulai saat ni, aku dah takut dah nak komen2 kat hang....nyer kopipes balik...loklaq la..

pa pa hal pun...tq. hang buleh jd motivator yang baik...cuma kurangkan sikit gelak....cakap sikit gelak..cakap sikit gelak...(dan lagi..hahahaha)

xiiinam said...

Selamat hari pekerja...walaupun hang seorang pelajaq!

KiLaT said...

cermin depan tu maksud. lain2 cermin tu keperluan. tengok bila perlu. kalu mata asyik dok tang tu... nanti langgarq batu.