Jom...

Thursday, May 13, 2010

menitik jua air mata ini...

*
Penat mengolah susunan ayat urusan duniawi yang satu ini, aku menerjah semula laman ini. Ibarat halaman rumah yang dihuni oleh tuan yang pemalas. Rumput rampai menyemak menjalar, hingga ke tingkap nako. Begitu juga blog aku ini. Sunyi sepi.

Terkenangkan kedua-dua puteri ini.

adik

kakak

kaki kakak

close-up...

Semua berlaku pantas. Tak sempat mengelak. Kena sengat dek tebuan tonggek. Menangis. Meraung. Meruntun jiwa. Sakitnya cuba aku berkongsi sama. Namun, gagal. Dia lebih tahu keperitan itu. Semuanya di khabarkan melalui raungan sayu.

babaaaaaaaaaaaaa........sakittttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!...aaaa!!!

Dalam diam, air mata aku tertumpah jua.

Jam di dinding dikerling. Lebih kurang jam tujuh, minit empat puluh lapan. Tidak sempat memikirkan roll-on ketiak. Atau, perfume wangi yang disembur untuk keluar bekerja, kereta dipecut laju ke arah klinik berhampiran.



Bahu dicucuk anti bisa (aku lupa apa jadah nama ubat dia injek masuk)....

Dua kali sakit...satu di kaki..kedua, di bahu tempat cucuk ubat.........(bertambah sedih aku, dua kali ganda)


p/s: semasa aku taip n3 ni...kaki kakak dah ok......dah surut bengkaknya.


*

Sunday, May 9, 2010

hujan..

*

Tersentuh hati, apabila semalam kakak menerpa ke arah aku dengan muka masam mencuka... Ketika itu aku sedang menyelesaikan sebahagian tugasan duniawi via lektok ni...Lagi tersentak, bila dia menjawab....

"akak teringat tokyah..." dalam tangisan dia memeluk aku. Pelukan dia aku balas. Semakin lama semakin erat. Perlahan-lahan air mengenangi kolam mata aku. Sungguh. Aku juga teringatkan ayah, yakni tokyah kepada anak aku...








*
Dalam dakapan, kakak terlena..............untuk kesekian kalinya.


Friday, April 23, 2010

aku tiba-tiba teringat lagu ni....



* Original Version...rare..

Malam tadi aku terlena sekali lagi depan lektok. Aku mengaku, aku tertekan sekarang ini. Bebanan study sudah rasa semakin hari semakin memberat. Ditambah dengan masalah duniawi yang lain. Henyak. Pulas........emmm....aku kena diam! tidak boleh bising-bising. Pernah aku disindir kawan ketika bersuara tentang keadaan ini. "Itu mu yang pilih...terima ja laeeee.."...hmmm...terima kasih sahabat.
*

Ok!..

Berbalik kepada lagu di atas...lagu aku dapat semasa masuk pesbukk...Lagu ini cukup aku dengar berulang-ulang kali suatu ketika masa study di Universiti tepibukit itu dulu...aku cakap dulu la.....tapi sekarang pun, ia berulang..he he he...semua menjadi sejarah dalam diri aku....sejarah?...bila sebut sejarah, terus aku teringat pasal sejarah....


Apa itu sejarah? Pernah sekali aku bagi tahu kepada anak murid aku dulu....apa itu sejarah. Dan, aku pernah catat dalam lektok ni....izinkan aku mengepastenya sini...

Sejarah dan kereta. Belajar sejarah seperti ibarat membawa kereta. Cuba bayangkan seolah-olah kita sedang memandu sebuah kereta. Jangan disoal ke mana destinasi...ini contoh. Perjalanan yang dilalui agak panjang. Dan Lama. Berbeza situasi dan suasana. Sepanjang perjalanan itu, sudah tentu lah kita akan melalui pelbagai tempat, peristiwa, dan situasi.

Cuba lihat kereta anda. Ada tiga kawasan cermin bukan?...cermin hadapan untuk kita melihat depan ..cermin tingkap, untuk melihat tepi. Dan, cermin belakang untuk melihat apa yang berlaku di belakang kita. (faham ke tak ni?..ahhahaha.)


Cermin hadapan melambangkan apa yang akan kita hadapi untuk masa hadapan. Cermin belakang pula melambangkan apa yang sudah kita lalui. Manakala cermin tepi adalah apa yang sedang kita hadapi sekarang. (ni ayat untuk budak budak aku....sori, jika anda bukan lagi budak...)

Analogi ini cukup jelas dan amat bermakna. Lebih jelas lagi, mari kita analisis satu cerita ini.

Katakan lah Abu dan keluarganya ingin pergi ke...........mmm..korang sambung sendiri laa, ekkk...korang secara teorinya pandai !...aku secara praktikalnya bodoh!! !.


Salam hormat....

*

Wednesday, April 21, 2010

seluar jadi skirt..

Bila duduk menulis asengmeng, otak aku jadi sawan. Dia meroyan berfikir benda yang tak sepatutnya dia fikir. Sepatutnya kena kosentret ke ayat-ayat akademik, tapi sayang. Dia tak mau tolong tuan dia malam ni.

Ntah hantu apa merasuk kau, otak. Lantas dia menyuruh jari mengetuk kenangan tuannya semasa di zaman persekolahan di sebuah sekolah dekat masjid negeri Pulau Pinang itu.

Suatu petang, lepas main. Macam biasa nak balik ke dorm. Pagar yang membahagi bangunan asrama dengan padang, gila jauh dia punya pintu. Kena ambik koner untuk masuk ke asrama. Petang itu, aku jadi malas nak jalan. Idea timbul untuk panjat saja pagar itu.

Member aku boleh buat. Nampak senang. Tiba giliran aku, entah macam mana, pagar yang tak cukup sifat dah tu, ada terlebih dawai. Tak perasan masa panjat tadi.

Seluar aku tersangkut!!!!.Tak boleh nak bergerak. terselit di celah dawai yang mengcangkuk itu.

Apa kes aku tergantung atas pagar itu. Tak boleh bergerak....Bila aku cuba turun semula, dia jadi lagi terlekat. Nak terjun ke sebelah sana tersangkut. turun sini lekat. turun sana lekat...sudahnya, bahagian seluar yang terlekat dawai pagar tu jadi berbelit-belit. Peluh dah mula merecik keluar. gelabah dah tentu. Panik. Apa aku nak buat ni ...

Terkial-kial terpacak atas pagar itu. Dalam keadaan terhayun ke depan ke belakang, aku membelek celah kangkang. Mencari punca kena pa dia jadi berbelit-belit.

Ntah, aku heran macam mana boleh jadi berbelit-belit sehingga seluar itu menjadi semakin singkat.....hampir nampak seluar dalam. Tak boleh jadi. Nanti tersangkut benda lain pulak...lebih lebih lagi kalau benda itu putus....alangkah rugi hidup!

Aku dah mula panik..Hampir sasau. Timbul idea nak londeh saja seluar. Namun tak tergamak. Masih ada perasaan malu. Lebih lebih lagi jika ayah aku tahu. Pasti dia juga terpalit rasa malu. Sebagai anak yang somiqna wa atoqna, tak gamak nak menconteng arang ke muka dia.

Dah habis ikhtiar. Aku syak, Kapersky pun tak boleh nak fikir jika berada dalam situasi panik campur malu macam itu. Sudahnya aku ambil keputusan. Aku tarik kuat-kuat seluar itu. Sekali rentap, tak lepas jugak. Sempat jugak menjeling jika ada kawan yang perasan aku yang terkial-kial di situ. boleh mintak tolong.... Haram!...

Kali ketiga aku rentap!.Berapppp!.koyakkk..hahahahaha..
.
.
.
.
.
Lompat turun. Berlari masuk dorm, dengan seluar pendek dah jadi skirt!...

syilakerr ..aaa... kalau ingat-ingat balik..


*