Jom...

Tuesday, March 31, 2009

kempen...

Semalam. Aku terputus bekalan nikotin dan tar. Tiada bekalan nikotin, otak tepu. Bila tepu macam mana nak buat kerja. Itu kata otak aku. Lalu otak mengisyaratkan pada tangan arahan menyetat kereta. Berderum aku ke kedai. Beli sekotak Dunhill. Saiz besar. Berkapasiti 20. Balik rumah, terpandang gambar di kotak. Mak Aiiii….tertulis ayat, Rokok Penyebab Keguguran Janin. Gambar janin merah menyala kepala botak. Mata terpejam. Paling kebelakang kotak. Gambar sama. Tapi tulisan dan gambarnya lebih besar. Tertulis ayat, Cigarette Causes MisCarriage. Gerun aku melihat gambar di kotak rokok. Aku tahu, ada banyak gambar lain di letakkan pada kotak rokok sekarang nih……semua menggambarkan tentang bahaya merokok.
..
Aku?.......

Tersentuh juga hati. Perokok tegar. Walau macam mana tegar pun. Ada rasa takut jugak. Jadi aku dah bertekad. Tak nak beli dah rokok tu. Ya..aku dah nak berenti beli rokok..
..
Aku…….
..
Dah beli paip!
Aku isap paip sekarang nih….! Dan puting jugak!.Ha ha ha…rasa macam the Chief Sitting Bull!

Friday, March 27, 2009

mu dok dian-dian deh!...



Masa cuti sekolah baru baru ini, aku dikunjungi seorang anak sahabat aku. Cuti sekolah. Aku tak balik. Banyak kerja nak buat.

…Bila nampak budak, terus teringat anak-anak aku. Diorang ada tanya, bila nak balik. Rindu gamaknya. Aku cakap pada anak-anak aku. Bila habis kerja baba balik. Diorang anak yang baik. Boleh terima. Aku?...sebak dalam dada takde sapa yang tahu. Aku juga merindui mereka. Rindu amat sangat. Belum pernah sebelum ni, berjauhan dengan anak-anak masa cuti sekolah. Selalunya macam macam program kami buat.

Masa cuti sekolah baru baru ini, aku dikunjungi seorang anak kawan aku. Cuti sekolah. Aku tak balik. Banyak kerja nak buat.




Ni gambar anak kawan aku. Awang nama dia. Awang..?..Ya. sungguh. Cukup klasik dan amat bermakna..hik hik hik…Anak dia apa nama pulak?..lupa!. peramah budak ni. Dia datang sebab cuti sekolah. Bapak dia tak balik rumah. Macam aku jugak. Kerja banyak. Ni la peluang ia berjalan mari Bangi. Cari bapak yang dah lupa jalan nak balik, ha ha ha.…Muka selamba ja..
Datang dia..

“sapo lukih gamba ni?..” selamba jer tanya aku. Menunjuk ke gambar kartun yang aku tempek di dinding. Tangan kiri cekak pingang.

“pakcik la…”..aku jawab. Aku renung atas bawah atas bawah,..Cam kerek jer budak nih.
“panda pokcik lokeh deh..” bodek dia.

“Hoo la..”..aku pun dah mula cakap budu. Lupa nak bagi tahu. Awang, kawan aku ni orang kelantan. Anak dia masih piyorrrrr kelantan. Tak pandai la nak kontrol cakap macam sesetengah orang tu. Yang suka kontrol-kontrol kebuduannya tu... Ha ha ha. Di bantainya cakap budu dengan aku. Aku handas ja…

“Hoh, molek..mu dudok dian dian…pokcik nok lokeh muko mu..”..kata aku.
“Buleh..lokeh molek deh..”..dia jawab..apa ke nama dia, sungguh, aku lupa nama dia.

Aku sroh sreh sroh sreh. Tarik sana tarik sini lebih kurang. Sambil sambil borak dengan dia. Sungguh, aku lupa nama dia. Darjah empat. Tua setahun daripada anak aku.

Dalam 18 minit. Siap. Aku bagi dia. Saja nak tengok reaksi muka dia.
Senyum dak, Cakap dak.. Pendek kata, Ouk dak!..Aek dak! Tenung ja lukisan tu. Perati ja muka dia yang dah jadi kartun..ha ha ha. Apa yang dipikir dalam pala hotak dia, tak tahu la…..(aku suka tengok reaksi orang..ha ha ha!)

Cikgooden: Dah nak cuti sem,…ha ha ha aku buleh bergumbira, berfoya-foya dengan anak bini aku!...aku nak menghilang semula!




Tuesday, March 17, 2009

menghilang...

Lama jugak aku menghilang...menyepi dan menyendiri daripada alam maya ni...daripada kawan-kawan sahabat handai rakan taulan. Bila di scroll last n3..huk aloh!...hampir sebulan tak update...gila sawan aku nih...

kawan kawan ramai yang mencari. Terima kasih la... sebab masih ingat kat aku nih. Tu maknanya tahap keprihatinan korang ni memang maha tinggi...sampai nak report polis!..amboih haih, hang ciklah,,,kan men lagi. ha ha ha..

Cuma tinggal kurang lebih....errrr..emmm,lagi 3 minggu utk aku habiskan Semester nih. Pejam celik pejam celik,,tidur bangkit, tolak terajang, aku dah sampai ke penghujung semester. Kerja yang perlu disiapkan?...Alahai, masih berbaki. Bukan satu bukan dua,,,berluuuuuuuuuuuuuunggok!

..Susah beno nak ngabihnyer...







.



Cikgooden: Berehat sebentar...!

Sunday, February 22, 2009

Rasa Macam Tak Best ja Hidup nih....

rasa nak lukis diri sendiri....

Aku diasak bertalu-talu. Asakan soalan dari kawan-kawan Skima. Ni gara gara blog ni lah....Sejak dua menjak, n3 aku ni mesti bersalut karikatur. Ya,...katun. Syok melukis pulak dah aku sekarang nih...Lepas lukis, mesti bergegas nak scan. Dah tu mesti cepat-cepat nak publish dalam blog. Macam ada magnet pulak menarik aku buat segala macam ni. Susah nak xplain. Semacam ada kepuasan la pulak.

Kawan-kawan skima ni tak reti pasal katun gamaknya. Tak reti pasal orang yang lukis katun. Aku. Jika tersepit otak. Nak nak masa tengah pulun menyiapkan esei, lagi jelas idea katun datang. Bila dah jadi macam tu, esei kena stop dulu. Kena bagi laluan pada katun. So, aku sketch ja....

Dek kerana tabiat tu,.thobi'at la aku rasa, kawan-kawan skima aku konfius pasal aku. Ntah sapa suruh dia rajin kofius ntah la. Bila dah jadi macam ni, selalunya soalan biasa la aku terima.

" dah lama lukis katun?''

"dulu demo kartunis ko?...''

'' buleh buat duit ni,,kenapa ko tak buat jual''

tapi ada satu soalan yang aku rasa cukup gampang.

'' demo duduk sajork, dok buwak ghapo satu, kiro lukih katun ja...buleh ghapo?''

gampang kan?...soal aku nak dapat apa?..soal aku nak buleh apa lantaklah. Tak de kena mengena dengan orang lain. Dari dulu lagi thobi'at aku macam tu..bahkan dalam bilik kuliah, aku garenti, banyak muka katun yang aku lukis berbanding nota pensyarah!

Salah kah aku?...hah! salah kah?..hah..hah..!(udah rasa macam nasir bilal khan la pulak!)

Pada aku bukan soal salah ke tak. Ni pasal dok sebok jaga tepi spender orang. Satu thobi'at orang-orang Malaysia yang hampir sama dengan thobi'at presiden Amerika. Suka sangat jaga tepi seluar orang. Ntah sendiri punya seluar, tak pakai..Bukan aku sombong. Jauh sekali berlagak. Cuma tak berapa suka jenis makhluk suka jaga tepi kain orang.

Di saat ini, aku betul-betul nanar...susah nak bayangkan! Aku tertekan barangkali. Cepat naik hangen...Tengok bayang sendiri rasa nak tumbuk.
Cikgooden: Merindui seseorang...
.

Friday, February 13, 2009

Dah Dapat Datuk Kau Yer...




Jika kalian kepingin title sebegini, ceburi lah bidang seni...<---ayat yang aku dapat sesudah aku berkenal-kenal dengan rakan sekuliah. warga Acheh...


Cikgooden: Aku.., yang mudah terpengaruh atau dia yang pandai mempengaruh...?