Jom...

Friday, March 27, 2009

mu dok dian-dian deh!...



Masa cuti sekolah baru baru ini, aku dikunjungi seorang anak sahabat aku. Cuti sekolah. Aku tak balik. Banyak kerja nak buat.

…Bila nampak budak, terus teringat anak-anak aku. Diorang ada tanya, bila nak balik. Rindu gamaknya. Aku cakap pada anak-anak aku. Bila habis kerja baba balik. Diorang anak yang baik. Boleh terima. Aku?...sebak dalam dada takde sapa yang tahu. Aku juga merindui mereka. Rindu amat sangat. Belum pernah sebelum ni, berjauhan dengan anak-anak masa cuti sekolah. Selalunya macam macam program kami buat.

Masa cuti sekolah baru baru ini, aku dikunjungi seorang anak kawan aku. Cuti sekolah. Aku tak balik. Banyak kerja nak buat.




Ni gambar anak kawan aku. Awang nama dia. Awang..?..Ya. sungguh. Cukup klasik dan amat bermakna..hik hik hik…Anak dia apa nama pulak?..lupa!. peramah budak ni. Dia datang sebab cuti sekolah. Bapak dia tak balik rumah. Macam aku jugak. Kerja banyak. Ni la peluang ia berjalan mari Bangi. Cari bapak yang dah lupa jalan nak balik, ha ha ha.…Muka selamba ja..
Datang dia..

“sapo lukih gamba ni?..” selamba jer tanya aku. Menunjuk ke gambar kartun yang aku tempek di dinding. Tangan kiri cekak pingang.

“pakcik la…”..aku jawab. Aku renung atas bawah atas bawah,..Cam kerek jer budak nih.
“panda pokcik lokeh deh..” bodek dia.

“Hoo la..”..aku pun dah mula cakap budu. Lupa nak bagi tahu. Awang, kawan aku ni orang kelantan. Anak dia masih piyorrrrr kelantan. Tak pandai la nak kontrol cakap macam sesetengah orang tu. Yang suka kontrol-kontrol kebuduannya tu... Ha ha ha. Di bantainya cakap budu dengan aku. Aku handas ja…

“Hoh, molek..mu dudok dian dian…pokcik nok lokeh muko mu..”..kata aku.
“Buleh..lokeh molek deh..”..dia jawab..apa ke nama dia, sungguh, aku lupa nama dia.

Aku sroh sreh sroh sreh. Tarik sana tarik sini lebih kurang. Sambil sambil borak dengan dia. Sungguh, aku lupa nama dia. Darjah empat. Tua setahun daripada anak aku.

Dalam 18 minit. Siap. Aku bagi dia. Saja nak tengok reaksi muka dia.
Senyum dak, Cakap dak.. Pendek kata, Ouk dak!..Aek dak! Tenung ja lukisan tu. Perati ja muka dia yang dah jadi kartun..ha ha ha. Apa yang dipikir dalam pala hotak dia, tak tahu la…..(aku suka tengok reaksi orang..ha ha ha!)

Cikgooden: Dah nak cuti sem,…ha ha ha aku buleh bergumbira, berfoya-foya dengan anak bini aku!...aku nak menghilang semula!




15 comments:

xiiinam said...

Selamat berfoya-foya cekgu...
Mesti semua senyum lebar...




"bapak balek..ye..ye.." kata anak ko.


"abang balik...ye..ye.." kata mak anak-anak ko...

ashley said...
This comment has been removed by the author.
Shifu67 said...

aku ingat ko dah buka kaunter lukis kartun tadi

balik nanti jgn lupa kacang.. bagi kat anak2 ko.. dia makan sebiji2, lambat nak habis

w a k a r a d e s i g n said...

bang..lukih gamba saya dengan kekasih saya bang..leh?

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

CkLah:

Ha ha ha...Aku suka sebut berfoya-foya..


Shifu:
betul..kena tabur banyakkkkkk ha ha ha

Wakara:
kekasih gelat kae?..ha ha ha

azlanlin said...

Aku, weekend ni baru xm..ko bila? Lepaih tu...berfoya2 la kitaaaaa!!!! Malangnya..apa nak jadi sebelum tarikh tu???? Waaarrgghhh.... Rambut makin banyak kristalll....hahahhah

ashley said...

nak ambik berkat lagi,
bagi anak anak makan kacang CErdik...;-)
lebih cerdik dan pintar!

kudoakan selamat segala galanya..

wassalam

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

azlan;
aku xm april...takpa, rambut kristal tu tanda kubor dah buat miscalled la tu..ha ha ha

ashley:
waaa...gud ideaa, ha ha ha.
tq atas doa kak hida.

tasikmerah said...

bulih la hari2 baca yaasin ye cekgu. hehehehe...

;)

.

Yunus Badawi said...

Tentu rasa tak sabar nak balik tengok mereka.
Ada kawan saya berkata ttg org yg lama tinggalkan keluarga ni,
"nampak anak2 org ingat anak2 kita,
nampak isteri org lupa isteri kita!"
Saya yakin cikgooden tak mcm tu.

Water Lily said...

Alah,seronok la tu,dapat berfoya-foya.

Hilang lama pulak la jawabnya ya cikgu.

ps: bila nak bawak anak bini mai rumah kak nih? pst,,pst..pst..cikgu aku kalu jumpa gu,tak boleh kontrol kedahan tu hahaha!

tasikmerah said...

hahahaha...

"nampak anak2 org ingat anak2 kita,
nampak isteri org lupa isteri kita!" <------ YB, yang ni sgt tak boleh blah ok! ha ha.


.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tasik:
ha ha ha, sungguh cekap kamu! tgk keadaan nak baca yassin nih, kekadang surahnya basah terkena tempias hujan..takleh nak baca.....

YB:
"nampak anak2 org ingat anak2 kita,
nampak isteri org lupa isteri kita!"

ha ha ha.....baguh dok ada, haih...

water lily:
tunggu musim cuti sekolah lama skit, aku nak ajak hampa mabuk2 kopi 0 la..ha ha ha

tasik:
amboih, hang...biaq la kat dia..ha ha ha!

lupekanje said...

berfoyer2 ala kadar ye cikgooden...jgn lupa nnt kener sambung lagi perjuangan tu yobb...

raffsien said...

suka.. tgk lukisan2 katun itu...
impressive...
good job!

coz dream is fantasi...
thanks