Jom...

Sunday, January 25, 2009

Sunday, January 18, 2009

Ada Satu Hari Tu...Aku Pergi ke...

Sejak aku sambung belajaq ni… aku terkenang banyak perkara-perkara lama yang pernah aku buat dulu. Nak-nak pulak masa berbaring-kesunyian-keseorangan-tanpa-org-sebelah yang setia bersama aku sebelum ini. Fuh…sayu beb!.

Tiba-tiba saja kenangan dulu berlumba dalam trek kerinduan .

Minggu lepas, aku gerak gila awal untuk ke kelas. Bila masuk kawasan UKM selepas melepasi ‘kawalan ketat’ pak guard di ‘pintu masuk’ UKM , terlintas di hati nak jenguk kamsis lama aku dulu. Dulu setiap kolej di panggil kamsis (aku tak pasti…kampung siswa ker..atau apa..lupa la pulak!), Kamsis Burhanuddin Helmi…ataupun d’Gators.

Seingat aku, nama D’Gators tu, mula diguna masa batch aku…Itu yang seingat aku la. (entah kenapa…sejak dua menjak ni, otak aku suka betul jadi pelupa…) Ntah banyak makan kepala ikan gamaknya. Atau banyak sangat memikir. Ya..fikir yang bukan-bukan. Senak dah pala otak nih. Sendat. Padat. Macam-macam telah disumbattttt!

Berbalik pada cerita tadi. Tumpuan aku cuma satu. Kafetaria dorang. Bagi aku, disitu tempat tumpuan budak-budak kolej. Disitu lah tempat semua budak-budak kolej mentekedarah untuk terus hidup. Dulu, masa zaman aku dulu, kafe bukan saja untuk makan semata malah lebih daripada itu. Disitulah tempat kami semua berkumpul sembang-sembang, borak-borak, bincang pasal study, akitiviti kamsis, ‘diskas’ grup. Atau tempat ‘diskas’ couple-couple kamsis..ha ha ha . Pendek kata, nadi kemeriahan duduk di kamsis, cafeteria tu lah….







Masa aku sedut teh ais. Mata merenung tepat ke stage yang memang ada di kafe tu. Terkenang masa dengan geng lama dulu..He he he…masa jamming un-pluged. Masa tu kalau tak silap, kami main sebab ada pelajar dari Universiti of songkla mai UKM…Masa tu aku henjut ja. Peduli apa…kan. Mesti korang tak dapat cari, mana satu aku..ha ha ha.




Seronok masa tu. Dan, sekarang bila dah jadi student semula dan belajar pulak ditempat yang sama, hilang segala keseronokan seperti yang aku lalui dulu. Dah tua. Tak sama keadaan masa macam muda muda dulu. Cuma tinggal kenangan saja. Buat bahan mengusik otak, mem’palyback’ cerita cerita dulu…

Betul la………semakin diinjak usia, kita sepatutnya semakin sedar diri. Segala keseronokan dulu dah tak boleh kita buat lagi dah. Dan, sememangnya patut kita tinggalkan. Kata orang, tak perlu lah kita menongkah arus semata-mata nak ke hulu, walhal kita dibawa bergerak ke hilir kerana mengikut arus fitrah !

.............................................................................


Bila kesunyian dalam bilik sorang-sorang. Otak pun dah sendat dengan bahan gila ilmiah. Tak larat dah nak baca banyak-banyak. Ambik kertas. Tarik pen. Jadi muka ni...ntah sapa ntah....dan, Terus Scan menggunakan scanner...nak tengok effect gambaq kalu scan berbanding dulu-dulu aku snap ja...

Tuesday, January 13, 2009

tadak idea nak tulis, bukak email, jumpa tulisan ini...

dapat email daripada seorang kawan...
kalu korang rajin, baca la sampai habis...

Otak Einstein : Dibedah dan Hilang Selama 20 tahun Selepas Kematiannya

Albert Einstein adalah anak kepada pemilik sebuah kilang elektro-kimia bersaiz kecil di Jerman.
Beliau telah menunjukkan kecerdikan sejak di usia muda dan mula mengajar matematik dan fizik lanjutan di Jerman sebelum beliau berpindah ke Switzerland dan bertugas sebagai pembantu teknikal di Pejabat Paten Swiss.

Einstein belajar secara sambilan dalam bidang teori fizik dan di dalam tahun 1905 beliau telah menulis tesis bertajuk 'A New Determination of Molecular Dimensions' yang melayakkan beliau menerima Ph.D. dari University of Zurich.

Sumbangan beliau di dalam dunia akademik diteruskan melalui penerbitan kertas-kertas kerja bermutu tinggi dan membawa ke arah revolusi ilmu.

Di antara kerja-kerja penting beliau adalah 'Theory of Relativity' yang telah merubah pandangan di dalam ilmu fizik. Pendedahan yang dibuat Einstein seperti persamaan: E=mc² telah membuka mata saintis dunia dan hasilnya ialah beliau dianugerahkan Hadiah Nobel di dalam bidang fizik dalam tahun 1921. Einstein berpindah ke Amerika dalam tahun 1930 kerana bimbangkan keselamatan diri akibat dari ancaman tentera Nazi. Beliau ditawarkan jawatan profesor di Princeton University di New Jersey .

Beliau bertugas di universiti ini hingga ke akhir hayat. Tahukah anda? Albert Einstein adalah seorang YAHUDI! Beliau melarikan diri ke Amerika kerana takutkan tentera Nazi akan membunuh beliau (Amerika adalah tempat perlindungan YAHUDI). Beliau telah bekerjasama dengan Dr. Chaim Weizmann (Presiden Israel yang pertama) bagi menubuhkan Hebrew University of Jerusalem.

Beliau juga bertanggungjawab bagi penubuhan universiti Yahudi di Amerika. Selepas perang dunia ke II, Einstein menjadi orang utama di dalam World Government Movement dan telah ditawarkan menjadi Presiden Negara Israel Ke-2, namun beliau telah menolaknya. [". . . my relationship to the Jewish people has become my strongest human bond, ever since I became fully aware of our precarious situation among the nations of the world."-Einstein in a letter to Israeli Prime Minister David Ben-Gurion, November 18, 1952]
[At the same time, Einstein was busy raising funds for organizations such as the United Jewish Appeal, and working toward securing a Jewish homeland in Palestine , which was realized in 1948 by the creation of the State of Israel. When Chaim Weizmann, the first President of Israel and an old friend of Einstein's, died in 1952 Einstein was offered the Presidency. He regretfully declined, writing: "I am deeply moved by the offer from our State of Israel, and at once saddened and ashamed that I cannot accept it."]
(Petikan dari Laman Web Princeton History).Pendedahan ini sudah cukup membangkitkan kemarahan semua. Pendedahan ini menjawab persoalan yang diajukan kepada saya oleh seorang sahabat virtual kepada saya tentang mengapakah hanya Einstein dilaporkan sebagai orang bijak dunia.

Jawapannya ialah EINSTEIN adalah seorang YAHUDI.
[Twenty-four hours after Chaim Weizman, Israel's first President, was laid to rest, the enterprising editor of Israel's evening Maariv, in a signed editorial, proposed as his successor "the greatest Jew alive: Einstein."] (Petikan dari Majalah Time, 2009)Saya rasa bertanggungjawab untuk menghentikan perbincangan tentang si YAHUDI ini dan adalah lebih baik membincangkan isu lain di laman blog saya. Sebagai protes, saya akan mengeluarkan penulisan tentang Si YAHUDI ini dari blog saya dalam masa terdekat.

Tujuan saya membiarkan artikel-artikel ini di dalam blog saya untuk beberapa ketika adalah agar semua orang tahu bahawa dunia telah dimanipulasi oleh pakar-pakar dengan menonjolkan Einstein sebagai orang bijak dunia.

Sepertimana e-mail yang saya terima dari seorang sahabat 'virtual', ramai lagi orang bijak termasuklah yang berugama Islam, tetapi mengapakah Einstein dipilih sebagai orang paling cerdik dan bijak zaman ini? Tidak lain tidak bukan hanyalah agenda ZIONIS... YAHUDI!EINSTEIN adalah orang yang BERTANGGUNGJAWAB meyakinkan dan mendorong PRESIDENT ROOSEVELT untuk menjadikan AMERIKA sebuah kuasa NUKLEAR (TAHUN 1939).[Einstein collaborated with fellow physicists Leo Szilard, Eugene Wigner, and Edward Teller on a letter in August, 1939, informing President Roosevelt of recent discoveries that indicated it might be possible to build "extremely powerful bombs of a new type." Motivated by a host of factors, including Einstein's letter, President Roosevelt initiated programs that led to the Manhattan Project and the eventual development of the atomic bomb. Einstein's role in the development and use of nuclear weapons has attained mythic proportions. As Einstein stated after World War II, "My participation in the production of the atomic bomb consisted of one single act: I signed a letter to President Roosevelt . . . in which I emphasized the necessity of conducting large-scale experimentation with regard to the feasibility of producing an atom bomb. . . I saw no alternative but to act as I did, although I have always been a convinced pacifist."] (Petikan dari Laman Web Princeton History).

Tuesday, January 6, 2009

Ntah....

Catatan Maha Si Tua

Catatan #1

Jika dihitung, dah beberapa belas kali aku keluar masuk keluar masuk blog aku nih..Asyik keluar masuk je. Satu apa tak taip.Tiada idea nak ditaip. Tiada bahan nak dironggengkan. Aliran idea Jadi Sekat-sekat. Otak Beku. Blur.

Bila menjengah blog kawan-kawan, rakan-rakan guru terutamanya, baru sedar yang sessi persekolahan dah mula. Tahun 2009 bermula tahun aku dah tak mengajar. Jadi kurang ajar. Bila baca blog kawan yang menulis pasal hari pertama persekolahan, rasa cam sedih jaa…

Sedih sebab di depan aku bukan lagi murid-murid, tetapi Pensyarah yang buat-buat cengeyyy..

Sedih sebab di depan aku bukan lagi rutin-rutin yang aku biasa buat sejak berbelas tahun dulu.

Sedih sebab di depan aku bukan lagi roti canai atau nasi lemak sebagai sarapan pagi aku.

Sedih sebab di depan aku bukan anak-anak dan isteri ketika aku bangun pagi

Sedih sebab di depan aku bukan lagi, apa yang dah aku tengok dulu…

Aku menyesal?....Ntah!



Catatan #2

Aku beratur. Dia beratur. Aku masuk. Dia masuk. Aku duduk dia duduk. Aku tengok dia. Dia tengok aku.
Dia tengok aku. Aku tengok dia.
Tak boleh nak elak.
Terpaksa.
Aku terpaksa berdepan dengan dia. Aku berdoa, supaya deria yang melihat bukan mata, tetapi telinga. Sekurang-kurangnya aku tak pandang mata dia yang kelik pas kelik pas tengok aku sepanjang perjalanan.

Ya!...dari hentian UKM hingga ke Kuala Lumpur. Kami bertentangan mata. Mata aku dan mata seorang Nyonya Tua!...

Catatan ringkas pengalaman pertama naik komuter…

*ha ha ha…..dah berpuluh tahun aku hidup, baru nak pandai naik Komuter..jakun betul Haih! (Awaittt la, depa buat kerusi lagu tu… dalam hati memang aku gelak guling-guling. Duduk tegak keras….kita tengok orang depan, orang depan tengok kita)


Friday, January 2, 2009

SkekTot#4

Sebagai guru kelas, Aku kena hadir ke sekolah untuk mengedarkan keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk pelajar-pelajar kelas aku. Semasa aku mengedarkan keputusan PMR kepada beberapa murid , tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu insiden. Hilang akal sekejap.

Cuba kita hayati dialog di bawah;

Shida : Cikgu….Senyummmmmmmmmmm..he he.

Cikgu : (berpaling terkejut.)..Ha?..

Snap!....Gambar cikgu di’pukul’ curi…
Cikgu : Ala..Apa ni, tak sempat nak senyum. Lagi sekali. Lagi sekali..

Shida :.Okey,… ready semua.

Snap!.
Selesai bergambar, Cikgu meminta gambar itu daripada Shida.


Cikgu : Macam mana cikgu nak gambar ni..Kan gambar ni ada dalam handphone kamu.

Shida: Cikgu ada Butuh?....

Cikgu :.hah?. (ternganga…)

Terkejut seketika. Terfikir sejenak. Adakah Anak murid dia nak tengok B**** dia.?..Kemudian, cikgu tersenyum.

Cikgu : Ohh ada..Cikgu ada. Nanti saya on kan Bluetooth (Gigi Biru)..


Gitu lah selalunya. Anak murid aku selalu sebut ikut sedap mulut. Nak kata aku tak dengar, tidak. Jauh sekali pekak. Namun, jelas sebutan idghamnya. Detail. Butuh. Dan, supaya dia tidak terasa hati. Aku tegur jugak dengan cara sinis. Kata aku, nanti saya on kan Belu tuh…he he he.