Jom...

Sunday, January 18, 2009

Ada Satu Hari Tu...Aku Pergi ke...

Sejak aku sambung belajaq ni… aku terkenang banyak perkara-perkara lama yang pernah aku buat dulu. Nak-nak pulak masa berbaring-kesunyian-keseorangan-tanpa-org-sebelah yang setia bersama aku sebelum ini. Fuh…sayu beb!.

Tiba-tiba saja kenangan dulu berlumba dalam trek kerinduan .

Minggu lepas, aku gerak gila awal untuk ke kelas. Bila masuk kawasan UKM selepas melepasi ‘kawalan ketat’ pak guard di ‘pintu masuk’ UKM , terlintas di hati nak jenguk kamsis lama aku dulu. Dulu setiap kolej di panggil kamsis (aku tak pasti…kampung siswa ker..atau apa..lupa la pulak!), Kamsis Burhanuddin Helmi…ataupun d’Gators.

Seingat aku, nama D’Gators tu, mula diguna masa batch aku…Itu yang seingat aku la. (entah kenapa…sejak dua menjak ni, otak aku suka betul jadi pelupa…) Ntah banyak makan kepala ikan gamaknya. Atau banyak sangat memikir. Ya..fikir yang bukan-bukan. Senak dah pala otak nih. Sendat. Padat. Macam-macam telah disumbattttt!

Berbalik pada cerita tadi. Tumpuan aku cuma satu. Kafetaria dorang. Bagi aku, disitu tempat tumpuan budak-budak kolej. Disitu lah tempat semua budak-budak kolej mentekedarah untuk terus hidup. Dulu, masa zaman aku dulu, kafe bukan saja untuk makan semata malah lebih daripada itu. Disitulah tempat kami semua berkumpul sembang-sembang, borak-borak, bincang pasal study, akitiviti kamsis, ‘diskas’ grup. Atau tempat ‘diskas’ couple-couple kamsis..ha ha ha . Pendek kata, nadi kemeriahan duduk di kamsis, cafeteria tu lah….







Masa aku sedut teh ais. Mata merenung tepat ke stage yang memang ada di kafe tu. Terkenang masa dengan geng lama dulu..He he he…masa jamming un-pluged. Masa tu kalau tak silap, kami main sebab ada pelajar dari Universiti of songkla mai UKM…Masa tu aku henjut ja. Peduli apa…kan. Mesti korang tak dapat cari, mana satu aku..ha ha ha.




Seronok masa tu. Dan, sekarang bila dah jadi student semula dan belajar pulak ditempat yang sama, hilang segala keseronokan seperti yang aku lalui dulu. Dah tua. Tak sama keadaan masa macam muda muda dulu. Cuma tinggal kenangan saja. Buat bahan mengusik otak, mem’palyback’ cerita cerita dulu…

Betul la………semakin diinjak usia, kita sepatutnya semakin sedar diri. Segala keseronokan dulu dah tak boleh kita buat lagi dah. Dan, sememangnya patut kita tinggalkan. Kata orang, tak perlu lah kita menongkah arus semata-mata nak ke hulu, walhal kita dibawa bergerak ke hilir kerana mengikut arus fitrah !

.............................................................................


Bila kesunyian dalam bilik sorang-sorang. Otak pun dah sendat dengan bahan gila ilmiah. Tak larat dah nak baca banyak-banyak. Ambik kertas. Tarik pen. Jadi muka ni...ntah sapa ntah....dan, Terus Scan menggunakan scanner...nak tengok effect gambaq kalu scan berbanding dulu-dulu aku snap ja...

21 comments:

Mr PenyuBiru said...

barang yang lepas usah dikenang.hehe..

whitetulip said...

Uikksss??Ini ker ghupa hang skang neh?Alahai...

ladylikeme said...

uiks..layan blues ker cikgooo

ashley said...

Kalau dah burger jer kat tangan tu, aku tak tau la cikgooden..


Apa pun..cantik lukisan kartun hang. Awat tak boh signature..aku tumpang ambik nuu..
nak save..

ashley said...

Uiks..bila dah save baru nampak signature hang..selalu boh kat bawah..
Tak nampak pula boh kat bahu..
Okaylah.

julietchun said...

dulu retro skang hip hop :D

ku tak sempurna said...

teringat citer lama nampak...

gamba sapa tu weyh... dagunya macam injek je... dagu ori ke :P

tasikmerah said...

aku teka. hang no2 dr kanan?

Shifu67 said...

yeeee.... cikgu oden dah ada scannerrrr!

biasa2kan la makan burger tu.... hehehe

xiiinam said...

'Dan, sekarang bila dah jadi student semula dan belajar pulak ditempat yang sama, hilang segala keseronokan seperti yang aku lalui dulu. Dah tua. Tak sama keadaan masa macam muda muda dulu...'

Uihh..tak jadilah aku nak belajaq balik kat UM nun...mesti tak sonok..

pss:katun tu macam muka anak shifu..shabihah..

iina said...

Mengenang nostalgia lama ke cikgu.. alah buek2 ler muda lagik.. setiap kenangan akan sentiasa dikenang dan akan ada kenangan baru pula yang bakal dicipta walaupun rasa masih muda lagi usia tu ;)
Teman pun dah lama tak ke UKM.. pusaneka tu ada lagik ke ekk?? dulu area2 situ tmpat selalu lepak2 juga ;)

one love said...

cikgu terkenang...

Rasa tak diri makin tua? Hehehe

Tapi life's gud kan....
:)

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Mr.Penyu:
he he...kekadang best kenangkan balik...

whitetulip:
alahai...teruk kan.haih.

angah:
layan jugak skit skit..he he he..

kak hida:
save la..tapi nak b uat apa?
bulah la kut nak buat set induksi kat budak2...pesan kat depa, jgn makan banyak burger..nanti perut buncit..he he he.

julietchun:
dulu 'kapak'..skang retro..ha ha ha.

KTS:
dagu injek...ha ha ha. aku pun tak pasan...hang detail la..


tasik:
salah!...cuba lagi..he he he


shifu:
ya...scanner yang org punya...aku pinjam ja..


ckLah:
ya..betuiii..aku pun tak suka belajaq tempat lama...teringin Um..tak dapat..

anak shifu?..bukanlah..

mana gambaq nuha?..nak lukih.

iina:
pusanika masih tegap dan utuh...
cuma aku terkejut..kamsis B, dah ada studen laki..dah campur2...tak macam dulu..he he he.

nurul(one love):
rasa sangat.....tapi best ingat cerita lama....;)

Mak Su said...

wah, gambar 70an ker tu?

D107 said...

syahdu beb...practice dalam bilik aku.....

suara said...

Salam cikgu...
Mana mungkin apa yg berlaku skrg sama dgn apa yg telah lepas. Masa tu kan jalannya sehala saja.

Apakata cikgu cipta sebanyak mungkin kenangan manis waktu belajar skrg, so, satu hari nanti, bila cikgu hantar anak blajar kat situ lak, cikgu akan kembali apa yg cikgu alami hari ni.

xiiinam said...

Gambar nuha dah hilang...pasai dengaq cakap shifu dulu lah....ceh...nanti ckLah tarok balik...lukih tau!!

lupekanje said...

sabor je la cikgu..
tpi best klu dpt simpan gamba sesatu tempat...pehtu seploh taun slepas tu mai pulak..pebanding..nostalgia itu yg amat berharga.

azza_irah said...

demo jago diri molek..

kamar hati said...

wahhh.....layan blues sungguh yer...

yg dl takkan kembali semula...tp semua tu cukup best bila dikenangkan kembali....

*cantik nyer kartun tu.....ishhhh, bila la kamar nak start balik lukis ni.... hmmmmm

Yunus Badawi said...

Bila dah berjauhan dgn keluarga ni, mmg kita mula terkenang pengalaman silam apabila melihat sesuatu. Pusing mcmana pun akhir kita terasa ada sesuatu yg hilang atau begitu jauh dari kita.
Jgn terlampau dilayan sgt perasaan tu Chikgooden. Perjalanan ko masih jauh. Kuatkan tekad dan semangat.
psst - kalau ko rajin tolong lukis gambar Adam boleh?