Jom...

Sunday, February 22, 2009

Rasa Macam Tak Best ja Hidup nih....

rasa nak lukis diri sendiri....

Aku diasak bertalu-talu. Asakan soalan dari kawan-kawan Skima. Ni gara gara blog ni lah....Sejak dua menjak, n3 aku ni mesti bersalut karikatur. Ya,...katun. Syok melukis pulak dah aku sekarang nih...Lepas lukis, mesti bergegas nak scan. Dah tu mesti cepat-cepat nak publish dalam blog. Macam ada magnet pulak menarik aku buat segala macam ni. Susah nak xplain. Semacam ada kepuasan la pulak.

Kawan-kawan skima ni tak reti pasal katun gamaknya. Tak reti pasal orang yang lukis katun. Aku. Jika tersepit otak. Nak nak masa tengah pulun menyiapkan esei, lagi jelas idea katun datang. Bila dah jadi macam tu, esei kena stop dulu. Kena bagi laluan pada katun. So, aku sketch ja....

Dek kerana tabiat tu,.thobi'at la aku rasa, kawan-kawan skima aku konfius pasal aku. Ntah sapa suruh dia rajin kofius ntah la. Bila dah jadi macam ni, selalunya soalan biasa la aku terima.

" dah lama lukis katun?''

"dulu demo kartunis ko?...''

'' buleh buat duit ni,,kenapa ko tak buat jual''

tapi ada satu soalan yang aku rasa cukup gampang.

'' demo duduk sajork, dok buwak ghapo satu, kiro lukih katun ja...buleh ghapo?''

gampang kan?...soal aku nak dapat apa?..soal aku nak buleh apa lantaklah. Tak de kena mengena dengan orang lain. Dari dulu lagi thobi'at aku macam tu..bahkan dalam bilik kuliah, aku garenti, banyak muka katun yang aku lukis berbanding nota pensyarah!

Salah kah aku?...hah! salah kah?..hah..hah..!(udah rasa macam nasir bilal khan la pulak!)

Pada aku bukan soal salah ke tak. Ni pasal dok sebok jaga tepi spender orang. Satu thobi'at orang-orang Malaysia yang hampir sama dengan thobi'at presiden Amerika. Suka sangat jaga tepi seluar orang. Ntah sendiri punya seluar, tak pakai..Bukan aku sombong. Jauh sekali berlagak. Cuma tak berapa suka jenis makhluk suka jaga tepi kain orang.

Di saat ini, aku betul-betul nanar...susah nak bayangkan! Aku tertekan barangkali. Cepat naik hangen...Tengok bayang sendiri rasa nak tumbuk.
Cikgooden: Merindui seseorang...
.

Friday, February 13, 2009

Dah Dapat Datuk Kau Yer...




Jika kalian kepingin title sebegini, ceburi lah bidang seni...<---ayat yang aku dapat sesudah aku berkenal-kenal dengan rakan sekuliah. warga Acheh...


Cikgooden: Aku.., yang mudah terpengaruh atau dia yang pandai mempengaruh...?

Wednesday, February 11, 2009

Abd. Razak Yang Aku Kenal...

Malam kelmarin, dapat sms. Daripada Bg. Razak, suami waterlily. Ajak aku makan. Nak belanja katanya. aku?...masih berpegang pada prinsip, rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari. Aku on jer...Beriya-iya benar brader ni...Mungkin prinsip dia sama cam aku jugak. Berkawan biar ramai, berkasih pada yang satu.
Pada dia, kak waterlily adalah manusia yang paling agung dihati. Manusia yang paling dia sayang barangkali. Tak putus-putus memuji 'org sebelah'nya tu...Dan, hati kecik aku juga terdetik, terfikir.....Gamaknya apa yang dia kata, yang diucap, memang lahir dari hati yang tulus ikhlas. Banyak aku belajar daripada beliau. walaupun dia tak sedar aku mempelajari sesuatu. Aku belajar dari Semangat tidak putus asa dan tidak sangat merendah diri..he he he.. Sepanjang makan dan berborak kisah dia ke luar negeri. Uk, Jepun, Beijing..semua dah pergi. mentang2 la atlit negara..Jeles aku. Tak mungkin aku juga dapat seperti dia, kecuali dalam mimpi...aduiii..
malam tu bergaya dia dengan motor 4 tayar...Aku tanya. Ni lesen motor ke lesen kereta...Laju gila dia tekan. Mula gerak dari rumah aku pun dah gila risau. Depan umah kat bukit skit..Apa kes turun bukit pulas minyak..ha ha ha..Nasib la tak terjun turun depan tu..
Apa apa pun dia memang cekap...Aku ja yg tak pernah naik motor tayar 4 ni...Dia pesan kena ikut badan dia. belok ke kanan, ikut mereng kanan. belok kiri, ikut mereng kiri.."Boleh aaa.cikgu..?'' tanya dia. "Bolehh..'..kata aku..tapi apa kes...masa jalan dia mereng kanan, aku mereng kiri, dia kiri aku kanan..ha ha ha....Sudahnya motor , aku perasan macam nak gelong ja..kiri kanan kiri kanan...

Sebelum tu, sempat jugak aku ajak dia masuk umah, masuk tgk gua aku...kosong ja..yg ada cuma meja tempat kerja....ha ha ha. Tgh penin penin wat kija la....



Gua aku......Siapa rasa nak tajamkan ilmu santau, mari bertapa disini..pasti menjadi ilmu korang..ha ha ha ha....
Cikgooden: Masih belajarrr....

Sunday, February 8, 2009

kawan-kawan...

Hidup berkawan tak rugi. Hidup dalam keadaan hampir-hampir nak jadi gila, memang seksa. Antara dua , aku pilih yang pertama.

Dek tak mahu rugi aku 'terak' diri join maskara..Dek kerana desakan kawan-kawan, aku gagahi jugak. Memang aku tak kenal kawan-kawan kat sana. Apa kes nak jadi kera sumbang. Jadi aku ajak kak water lily n Abg razak, sepasang merpati sejoli tahap dewa..

Petang aku gi rumah dorang, petang tu jugak kami gerak. Menuju Rumah Pena. Dalam kesesatan di hujung jalan. Mujur kawan datang tunjuk jalan kebenaran. Dapat kami kembali ke pangkal jalan. Apa kes kak..dari bangi pergi K.l ambik masa dekat dua jam lebih..ha ha ha!...

Suka, bersembang dengan kartunis ujang, yg aku respek dari dulu lagi. Walaupun tak kenal aku, sembang kami macam dah berbelas tahun kenal. Enjoy. Sambil-sambil perasap halau nyamuk kat luar rumah pena..ha ha ha.

Jumpa jugak la dengan MC...dan mak dia yang sihat tu..ha ha ha.

Juga bersembang dengan geng-geng soljah, terutama jeneral naga..salute , Bro!.

Terisi masa aku..Happy. Tak reti nak tulis macam mana dah> Pala pening kerja banyak nak buat..dah boring dan tension..macam biasa la, tarik kertas, tarik pen..aku handas muka pele pangkor..ha ha ha....Sapa suka dia..tgk la.peluk cium la muka dia..nih!



Cikgooden : Rasa bertuah sebagai anak jati Perak. Cantik sungguh politik negeri kesayangan....

Wednesday, February 4, 2009

belasah jer...

Isnin lepas, Aku attend kelas Isu-isu dalam pendidikan. Topik kaunseling dalam pendidikan. Pensyarah pulak bekas kaunselor. banyak jugak isu-isu yang dibincangkan. Dalam banyak-banyak isu tu,...disentuh tentang perilaku atau karekter guru. Pada beliau, karekter dan gaya guru sebenarnya memberi kesan kepada pelajar dan anak didik. Corak pembelajaran dan pengajaran guru juga boleh menjadi penyebab lulus gagal pelajar. dari aspek motivasi, peranan guru cukup penting.


Aku terpikir...betui jugak kata dia bila kenang-kenang balik diri aku sendiri.... Ntah la.


Dan, di akhir topik disuruhnya kami mengimbas kembali, ada ke tidak insiden insiden semasa menjadi pelajar, yang bersangkut dengan guru-guru kami dulu yang memberi kesan samada negatif atau positif kepada diri. Dia suruh emailkan. Tugasan berat. he he he..ntah apa tujuan ntah..Aku ngikut jer...


Balik rumah...Semalaman merenung laptop. Apa yang aku nak taip. banyak perkara dah lupa. maklumlah, berpuluh tahun dah. Sudahnya...aku taip ja ikut sedap aku...

Aku pastekan kat bawah ni la yer...



Negatif :

Peristiwa berlaku bepuluh tahun dulu. Semasa saya di tingkatan empat. Pada masa tu, memang saya mengaku. Saya pelajar nakal waktu itu. Tinggal di asrama. Dengan kesemua pelajar sekolah adalah pelajar lelaki. Jika tak nakal, saya rasa seperti dipinggir kawan-kawan. Sejak tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga, banyak kesalahan disiplin yang saya buat. Memang ‘kacip’ dengan rotan guru.

Sehinggalah saya mengambil SRP ketika itu, barangkali diiringi dengan sumpah seranah guru.. Dan, semasa hari terakhir peperiksaan SRP, saya dan beberapa kawan yang lain dihalau balik. Saya guna istilah halau. Sekolah belum cuti. Sedangkan kami sepatutnya ada program untuk pelajar tingkatan tiga. Kami tidak dibenarkan turut serta. Balik lah kami ke kampung, bersama alasan dan jawapan yang terpaksa direka jika ditanya ibubapa kenapa disuruh balik, walhal sekolah belum bercuti. Seperti dijangka, panggilan untuk ke tingkatan 4 tahun berikutnya, nama kawan-kawan saya tidak termasuk di dalam senarai. Kecuali saya. Entah di mana silap, nama saya terlepas.


Dan, semasa majlis taklimat kepada pelajar tingkatan empat, datang seorang guru. Menuding jari tepat ke muka saya. Di hadapan kawan-kawan yang lain, terpacul ayat, “ Ni..budak ni..macam mana boleh terlepas masuk balik…ni, budak ni nak kena jaga betui-betui nih…”. Saya hanya mampu tersengih malu memandang kiri dan kanan ke arah kawan-kawan yang berdekah-dekah ketawa. Saya renung muka cikgu itu. Memang dia serius dengan apa yang dia kata. Dia bukan buat lawak. Memang niat nak memalukan saya.

Pendek cerita, saya hanya mampu bertahan dua minggu saja dalam tingkatan 4 di sekolah yang sememangnya sangat saya sayang itu. Saya minta pindah sekolah…………( terfikir hingga sekarang, jahat sangat kah aku masa tu?...sehingga begitu benci sorang cikgu tu pada aku?..ntah la..)

Positif:

Terkenang seorang ustaz yang mengajar matapelajaran Syariah, semasa saya di tingkatan enam di salah sebuah sekolah di Perak. Cukup baik orangnya. Lemah lembut perwatakannya. Sebab dalam ramai-ramai guru dan cikgu malah ustaz-ustaz yang saya belajar, hanya dia seorang yang pandai memberi semangat dan memupuk rasa keyakinan diri kepada pelajar. Pendekatannya bagus. Kemesraan dengan anak didiknya memang gred A. Gaya didikan dia, membuat kan saya berubah. Hanya dia sahaja bekas guru atau ustaz yang memanggil nama saya dengan nama din…seperti panggilan daripada teman-teman yang lain. Ketika berbicara, panggilan itu yang digunakan. Tidak seperti semua guru yang lain…menggunakan nama penuh saya. Kekadang dipanggil WEI..atau Hoi!. Terasa jurangnya. Tetapi tidak dengan ustaz nan sorang ni. Apa kesannya kepada saya?...Ya, bagi saya, cukup membuatkan saya seperti amat di hargai dan di sayangi. Saya kira faktor ini yang membuatkan saya bersikap positif terhadap pelajaran. Lebih rajin dan bersemangat untuk belajar, belajar, belajar… Jika tidak mungkin saya tidak berpeluang ke Universiti. Perubahan berlaku hanya setelah saya berada di tingkatan enam!... Hanya setelah bertemu dengan ustaz ini.

( Kekadang terfikir...masa ngajaq dulu, ada ke tak aku,..secara sengaja atau tak sengaja, dah merobohkan rasa keyakinan diri pelajar...???..isk..isk..)

Cikgooden: Ok!...berpandukan contoh di atas, Anda diminta untuk menulis insiden yang telah Anda lalui di zaman sekolah dulu. Satu negatif dan satu positif...ha ha ha...(share share la...)

Sunday, February 1, 2009

Seminar....29. jan. 2009

WACANA FIKIR ATMA UKM Siri ke-4…


Seminar wacana pemikiran Raja Ali Haji dalam pendidikan yang aku ikut cukup memberi kesan pada aku. Selama ini aku tenggelam dalam keegoan aku sendiri. Ego tidak mahu sertai mana mana majlis ilmu. Ego bukan sebab aku dah pandai. Bukan sebab aku dah terer. Cuma penyakit malas. Malas nak fikir. Malas nak membaca. Malas serba serbi…….

Dek kerana terpaksa , aku masuk jugak seminar ni. Ketika penceramah memberi syarahan, otak aku gigih melayan lamunan. Satu benda tak masuk. He he he…

Mana tak, yang hadir seminar bukan sebarang manusia di mata aku. Yang ada semua menjadikan aku kecik ja. Rasa tak sebaris dengan dorang. Profesor Awang ada…prof. Teo ada. Prof-prof..Dr. Dr…student UIA jurusan undang-undang ada tiga empat orang, pensyarah-pensyarah. Studen yang ada pun kami-kami ja dari program sarjana pendidikan sejarah….

Semasa sesi perbincangan dan soal jawab, aku nganga ja. Tak prepare. Hilang hujung pangkal. Nak bersuara pun segan. Pengalaman baru bagi aku. Aku banyak belajar dari pengalaman ini.





Sedikit info tentang Raja Ali haji:( Aku taip semula ikut pemahaman aku. Aku buat ni supaya aku tak lupa. Sekurang2nya aku baca balik teks yang penceramah tu bentang. Jujur aku cakap. Masa pembentangan tu, memang aku Blurrrrrrr….nganga ja kekdahnya. Ha ha ha….)

Pembentang kertas Seminar;

Prof dr. Hashim Musa (UPM)
Prof. Madya Dr. Tatiana Denisova (Universiti Malaya)

Tukang dengar:
Warga UKM………


Prof. Dr hashim bersongkok dan Dr. Tatiana bertudung biru...




Siapa Raja Ali Haji…(yang pasti dia bukan pengeluar air minuman tongkat Ali).

Beliau;

1. Seorang bangsawan johor Riau. Penasihat kepada Yang Dipertuan Muda Riau, Keturunan Melayu Bugis yang lahir di Pulau Penyengat, hidup 1808-1873. Beliau cucu kepada yang Dipertuan Muda riau Raja haji yang Shahid melawan Belanda di Melaka pada tahun 1748.

2. Naik haji pada tahun 1827 dan belajar agama dan bahasa arab di mekah selama satu tahun.


3. Bergiat dalam bidang persuratan dan menghasilkan sekitar 13 buah karya meliputi pelbagai bidang termasuk agama islam, sejarah, sastera, bahasa, politik dll.

4. Antara karyanya Gurindam Dua belas (1846), Bustan al-katibin (1850)/Sistem bahasa melayu, Muqadimmah Fi Intizam al-Wazifah al-Mulk (1857), Kitab pengatahuan bahasa ( 1859), /kamus bahasa melayu, salasilah Melayu Bugis (1865), Tuhfat Al-Nafis (1865), Syair Sinar Gemala Mastika Alam, dll..

Namun karya yang cukup top hasil karya Beliau adalah Tuhfat Al-Nafis. Naskhah ini boleh dikategorikan sebagai karya sejarah. Walaubagaimanapun, banyak kajian cuba menafikan karya beliau sebagai karya sejarah. Hal ini juga terjadi kepada naskhah Sejarah Melayu. Juga menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana tentang status karya ini sebagai sumber sejarah atau sebagai karya sastera.

Bagi aku, semua kajian ini, yang tentunya kajian para orientalis barat hanya menekankan gaya bahasa dan genre, menilai aspek sastera dan meninggalkan aspek penelitian dalam ‘data data’ lain yang terdapat dalam Tuhfat Al-Nafis, iaitu maklumat yang berkaitan dengan sejarah yang nyata- kebudayaan, kegiatan ekonomi, undang-undang, kehidupan intelektual dan sebagainya. Kenapa jadi macam tu?...

Penceramah kedua, Prof. madya Dr. Tatiana Denisova dari Universiti Malaya mengupas isu ini. Pada beliau, golongan Orientalis menganggap sejarah tempatan sebagai dongeng dan legenda, sebagai quasi-sejarah ( separa sejarah) atau bukan sejarah secara mutlak.

Dr. Tatiana Denisova ( seorang muslim,…anggun bertudung dan berkebarung, walaupun dia memang sah sah berbangsa Inggeris..) membentangkan kertas Seminar bertajuk “ Konsep ilmu dan pendidikan dalam karya Raja Ali Haji “Tuhfat Al-Nafis”.

Dalam judul Tuhfat Al-Nafis terdapat dua karya berjudul sama. Karya –karya ini dianggap oleh para ahli sebagai dua vesi daripada satu karangan. Kedua-duanya terjadi dalam waktu yang hampir sama-pada pertengahan abad ke-19 dan di tempat yang sama-Di pulau penyengat ( Kepulauan Riau-Lingga).

Kata Dr. Tatiana Denisova (..yg cukup fasih berbahasa Melayu..) Kedua-dua versi ini mewakili tradisi bangsa Bugis dalam historiografi Johor. Teks Yang pendek (88 ribu kata) dikarang oleh Raja Ahmad Bin Raja Haji ( 1779-1879), Teks yang Panjang (126 ribu kata) dikarang oleh anaknya Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad (1809-1872).

Dalam karya Tuhfat Al-Nafis, terdapat pelbagai disiplin ilmu didalamnya, Falsafah, Sejarah, Syariah, usuluddin, etimologi, saraf , perubatan/perawatan tradisional, falakiah dan lain-lain.( banyak sangat….setakat ni…aku dah penin skit2…kena rest. Jadi mintak diri jap!...nak wasap-wasap!..he he he).

Okey!..sambung balik.

Penekanan kajian Dr. Tatiana adalah pendidikan dalam karya Tuhfat Al-Nafis. Disenaraikannya tokoh-tokoh ilmuan dan pendidikan seperti yang terdapat dalam karya Tuhfat Al-nafis. Antara lain nama nama seperti Tuan Zain Al-Khatib, Syekh makhdum, Syekh Abd al-Rahman Misri, Syekh Ahmad Jibrati, habib Syekh Syakaf, syahab al-Din (Haji)…dan lain-lain.. Ramai sangat. (Dan nama nama ni pun sedap2 jugak. Jadi sapa sapa nak bubuh nama anak boleh ambik nama sempena tokoh ilmuan dulu ni..he he he.)

Daripada pembentangan Dr. Tatiana, aku tertarik tentang konsep pendidikan yang diutarakan oleh Raja Ali Haji. Dalam Tuhfat Al-nafis, beliau menulis bahawa, sumber utama ilmu dan asas kepada pendidikan adalah Al-Quran. Sebab itu terdapat petikan ayat Al-Quran dalam karyanya. Pada pengarang, Pelajaran dan bacaan Al-Quran dan penyebaran ilmu agama disebutkan sebagai kewajipan baginda Negara. Istilah baginda Negara merujuk kepada pemerintah, kata Dr. Tatiana.

Menurut Dr. Tatiana lagi (…aku ikut je apa dia cakap!), pendidikan dan pengetahuan menurut konsep Raja Ali Haji, mempunyai kaitan yang erat dengan adab dan akhlak. Misalnya dalam teks Tuhfat Al-Nafis terdapat pelbagai ajaran Raja Ali Haji mengenai budi bahasa yang dianggap sebagai kewajipan orang Muslim soleh dan raja yang adil. Seterusnya, beliau menambah, tujuan utama pendidikan adalah supaya mendidik manusia sebagai “ orang muslim soleh” yang merupakan juga “orang yang baik” dan “warganegara yang baik”. Tujuan tersebut mengekalkan peranannya sehingga masa kini.

Dan, kenyataan Dr. Tatiana ini, mengundang perbincangan dan ‘persembangan’ ahli seminar terutama merujuk dalam sistem pendidikan kita sekarang . Arah mana sistem pendidikan kita?. Adakah kita dapat melahirkan “warganegara yang baik”?dan bla bla bla………mereka berdiskusi, berhujahi dan berbincangi…he he he.


Ada satu lagi part. Lupa nak tulis. Part ini yang aku kena ulas. He he he…..Ilmu sejarah. Bagaimana pemikiran Raja Ali Haji dalam disiplin ilmu sejarah?. Apa pandangan beliau tentang ilmu sejarah?......(Dr. anuar, pensyarah aku nak buat kuiz..kena prepare la!)

Pada Raja Ali Haji, Sejarah sebagai asas kesedaran kebangsaan dan rasa kebanggaan kebangsaaan. Peranan sejarah dan konsep sejarah dalam kehidupan intelektual masyarakat Melayu dikupas dengan teliti oleh beliau. Beliau menulis:

“ shahdan di belakang ini kelak siapa siapa daripada anak cucuku hendak menghubungnya siarah ini patutlah, akan tetapinya dengan jalan yang patut dan dengan ibarat perkataan yang wadih dan sahih serta aturan yang benar supaya terpakai Illa mamarri al-dahr wa al-ayyam wa sallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad Sayyid al-anam wa ala alihi wa ashabihi dza al-fadli al-kirami amin” (TN 445 (471)).

Juga beliau menekankan peri pentingnya tulisan berbentuk Ilmiah:

perkataan dan karangan yang kemas supaya mudah menghafazkan dan memahamkan barang siapa yang berkehendak kepada memahamkan dia” (TN 2.(4)).

Terdapat Ajaran dan Nasihat Raja Ali Haji tentang cara dan kaedah penulisan sejarah untuk tujuan penulisan ilmiah. Hal ini mencerminkan betapa pentingnya karya-karya sejarah dalam masyarakat Melayu Johor abad ke-18 dan ke-19. Fenomena ini jarang sekali ditemui terutama dalam menyelidiki prinsip-prinsip daya cipta atau kreativiti pengarang pada masa ini.

Dalam karya beliau, penekanan juga kepada penggunaan bahasa yang ikhlas, menggambarkan peristiwa-peristiwa yang benar, mengikut adat-istiadat dan peraturan islam, dan mengajar para pembaca menjadi “orang baik”, dan “warganegara yang baik”.

Defini “kebenaran” dalam konteks ini, iaitu apa yang Benar dan apa yang tidak benar bergantung kepada pengarang. Namun dalam kurun ke-18 dan ke-19, wujud sistem kriteria-kriteria “kebenaran” dalam historiografi Melayu islam, iaitu kaedah tertentu yang digunakan oleh pengarang untuk membuktikan dan menunjukan kepada masyarakat bahawa maklumat yang ada dalam karya sesungguhnya betul dan boleh dipercayai.

Kesimpulannya, dalam pemikiran Raja Ali Haji, setiap karya sejarah mempunyai ciri-ciri;

1. sebutan nama Allah SWT
2. Rujukan kepada Al-Quran dan hadis nabi
3. Catatan nama para ilmuan dan Mursyid dan rujukan karya-karyanya
4. catatan pelbagai rujukan sebagai sumber teks
5. Pelbagai rujukan dan ulasan terhadap karya yang mewakili pelbagai arah Historiografi.

Ciri-ciri Khas ini memberikan sifat-sifat Objektif, Ilmiah dan bersejarah kepada karya Raja Ali Haji. Kriteria ini dirumuskan oleh beliau sebagai pandangan, tanda atau bukti ‘Kebenaran’. Menepati ciri-ciri sejarah yang kita guna pakai sekarang dan telah di buat penambahbaikkan.

Er..…mintak maaf…ayat-ayat diatas ini ayat laporan aku. Saja nak pastekan kat sini…share share kan!.he he he….

Ada sorang lagi penceramah, Prof. Dr. Hashim haji Musa daripada UPM. Juga menyentuh secara jelas dan detail tentang konsep Ilmu dan konsep pendidikan dalam pemikiran Raja Ali haji.

Bagi aku, Prof. Dr. Hashim telah melapah habis naskhah karya Raja Ali haji, terutama Bustan al-Katibin dan Muqadimmah fi Intizam al-Wazifah al-Muluk (..Fuh, teruk nak baca…bahse ‘aorob, brader…’aorob!.)

Daripada pembentangan beliau, banyak aku belajar sebenonya..

Prof. Dr. Hashim berjaya keluarkan intipati ilmu pendidikan daripada naskhah karya Raja Ali Haji, antaranya;

1. 7 perkataan yang merupakan kata kunci bagi seluruh ilmu pengetahuan yang berdasarkan worldview Islam;
2. Allah (nama Zat tuhan yg Maha Tinggi, sempurna atau puncak dalam martabat kewujudan)
3. Al-nabi (Ahmad)
4. Ashab ( sahabat-nabi)
5. Ahbar (alim ulama muktabar)
6. Insan (manusia sejagat)
7. Al-Awwali atau ‘al-dunia’
8. Akhirat (kesudahan manusia…..)

Juga dihuraikan tentang erti “bahagia” ditunjangi oleh konsep medan makna yang dikaitkan dengan autoriti al-Quran dan al-hadith.

Anjuran Raja Ali Haji dalam pendidikan;

Syarat menuntut ilmu adalah antara nafsumu dengan dirimu dan adabnya antara dirimu dengan gurumu

Ada lima syarat;

i. Al-Himmat; kehendak yang kuat
ii. Al-Mudarasah: mengulang-ulang, menderas pelajaran
iii. Al-Muhafazah; Menghafal sehingga ingat
iv. Muzakarah: berbincang sesama teman demi mengingati dan mengingat lagi
v. Mutala’ah: Meneliti dan mempelajari balik.

(ini saranan Raja Ali Haji dalam aspek pendidikan….pernah dengar kan?...Cuma kita jarang buat!)

Dan seterusnya Prof. Dr.Hashim Menerangkan tanda orang tidak mendapat Ilmu ada lima perkara;

1. Tiada ia tahu yang dirinya jahil, bila mendapat sedikit ilmu, dianggap dirinya sudah cukup pandai

2. Takbur; tidak mahu merendahkan diri untuk belajar, dianggap dia lebih daripada orang lain

3. Terlalu banyak kesibukan dan urusan lain yang mengganggu pembelajarannya.

4. Lembab, kurang minat, malas dan berat dalam pembelajaran.

5. Jahat perangai dan buta mata hati daripada menghargai dan menilai ilmu.


Ada banyak lagi saranan Raja Ali Haji yang telah dilapah, direbus Prof. Dr.Hashim ni….tak larat nak taip…Cuma yang ini aku nak sharekan dengan sahabat-sahabat Cikgu:

Cuba renungkan yang ni..Mungkin pernah dengar atau dah tahu. Jika dah tahu, buat buat baca la yer…Dan, pesan perkara ni kepada anak didik kita; (Aku dulu pun tak pernah buat…..he he he)

Saranan 10 perkara oleh Raja Ali Haji dalam hal adab berguru, seperti yang dibentangkan oleh Prof. Dr.Hashim…(aku ikut jer..):

1. Memberi salam bila bertemu guru

2. Menyedikitkan perkataan yang bukan perkara ilmu bila bercakap dengan guru ( yg aku faham,…antara guru dan murid kena ada gap, tak boleh la rapat dan kamceng macam kawan-kawan..)

3. Jangan berkata-kata sebelum ditanya guru

4. Minta izin dengan guru sebelum berkata

5. Jangan berkata yang membantahi guru atau menceritakan bantahan orang terhadap gurunya

6. Jangan memperlekehkan guru dan melebihkan diri sendiri. Ini sejahat-jahat adab.

7. Jangan bercakap dengan teman membelakangi guru.

8. Jangan berpaling ke sana sini, duduk dengan sopan, tundukkan kepala tanda hormat kepada guru.

9. Jangan bertanya dengan guru sepanjang jalan, tunggu sehingga sampai ke distenasinya.

10. Jangan buruk sangka, mengumpat dan menyakiti gurunya, sentiasa kasih akan guru seperti bapa jua.


Ini yang disarankan oleh Raja Ali Haji dalam konteks pendidikan. Kita tidak boleh menerima bulat-bulat. Juga tidak boleh menolak bujur-bujur. Apa yang kita boleh buat, mengkaji, mengkaji dan terus mengkaji…..


*sebahagian daripada teks ni aku ambil daripada laporan aku..Tu sebab ayat jadi campur-campur. Ada ayat ilmiah, ada ayat pasar, ada ayat rock santai. Ha ha ha…Aku tahu korang mesti boring baca. Jangan kata korang, aku sendiri pun nak muntah hijau baca benda berat dan sarat cam gini. Muntah hijau ke biru ke,,aku terpaksa baca… Nak wat gena…

Hambik:…aku rasa n3 ni yang paling panjang aku taip, haih!

kalau lah report boleh tulis cam gini punya cara. Best kan!...Sedap sikit menulis!. Orang lebih suka baca ayat-ayat yang santai berbanding lebat, sarat dan senak. Sebab itu, bila aku tanya anak murid aku dulu, kenapa tak membaca buku sejarah ?.

Padat Sangat! cikgu….banyak fakta! cikgu….ayat tinggi sangat…(apa yang tinggi, tak paham aku).

Aku tanya lagi. Apa yang kamu suka baca.

Novel, buku cerita, majalah menjadi jawapan dorang. Mungkin Blog ada dalam senarai dorang, Cuma tak diluahkan kut..Aku terfikir jugak, jika penulisan bahan2 ilmiah, jika kita tulis dalam bentuk santai rock, gaya lepak habis, agak-agak dapat tak tarik minat pelajar membaca?...Kita tolak tepi aspek bahasa-bahasa tinggi (aku tahu, cikLah cekak pinggang dah tu…he he he), kita tulis dalam ayat yang lebih rilek…rasa-rasa aku ramai pelajar yang minat membaca. Sebab kata orang, membaca jambatan Ilmu.


Cikgooden: Kadang-kadang baca buku tiga lima….(kira hutang!)










.