Jom...

Sunday, February 1, 2009

Seminar....29. jan. 2009

WACANA FIKIR ATMA UKM Siri ke-4…


Seminar wacana pemikiran Raja Ali Haji dalam pendidikan yang aku ikut cukup memberi kesan pada aku. Selama ini aku tenggelam dalam keegoan aku sendiri. Ego tidak mahu sertai mana mana majlis ilmu. Ego bukan sebab aku dah pandai. Bukan sebab aku dah terer. Cuma penyakit malas. Malas nak fikir. Malas nak membaca. Malas serba serbi…….

Dek kerana terpaksa , aku masuk jugak seminar ni. Ketika penceramah memberi syarahan, otak aku gigih melayan lamunan. Satu benda tak masuk. He he he…

Mana tak, yang hadir seminar bukan sebarang manusia di mata aku. Yang ada semua menjadikan aku kecik ja. Rasa tak sebaris dengan dorang. Profesor Awang ada…prof. Teo ada. Prof-prof..Dr. Dr…student UIA jurusan undang-undang ada tiga empat orang, pensyarah-pensyarah. Studen yang ada pun kami-kami ja dari program sarjana pendidikan sejarah….

Semasa sesi perbincangan dan soal jawab, aku nganga ja. Tak prepare. Hilang hujung pangkal. Nak bersuara pun segan. Pengalaman baru bagi aku. Aku banyak belajar dari pengalaman ini.





Sedikit info tentang Raja Ali haji:( Aku taip semula ikut pemahaman aku. Aku buat ni supaya aku tak lupa. Sekurang2nya aku baca balik teks yang penceramah tu bentang. Jujur aku cakap. Masa pembentangan tu, memang aku Blurrrrrrr….nganga ja kekdahnya. Ha ha ha….)

Pembentang kertas Seminar;

Prof dr. Hashim Musa (UPM)
Prof. Madya Dr. Tatiana Denisova (Universiti Malaya)

Tukang dengar:
Warga UKM………


Prof. Dr hashim bersongkok dan Dr. Tatiana bertudung biru...




Siapa Raja Ali Haji…(yang pasti dia bukan pengeluar air minuman tongkat Ali).

Beliau;

1. Seorang bangsawan johor Riau. Penasihat kepada Yang Dipertuan Muda Riau, Keturunan Melayu Bugis yang lahir di Pulau Penyengat, hidup 1808-1873. Beliau cucu kepada yang Dipertuan Muda riau Raja haji yang Shahid melawan Belanda di Melaka pada tahun 1748.

2. Naik haji pada tahun 1827 dan belajar agama dan bahasa arab di mekah selama satu tahun.


3. Bergiat dalam bidang persuratan dan menghasilkan sekitar 13 buah karya meliputi pelbagai bidang termasuk agama islam, sejarah, sastera, bahasa, politik dll.

4. Antara karyanya Gurindam Dua belas (1846), Bustan al-katibin (1850)/Sistem bahasa melayu, Muqadimmah Fi Intizam al-Wazifah al-Mulk (1857), Kitab pengatahuan bahasa ( 1859), /kamus bahasa melayu, salasilah Melayu Bugis (1865), Tuhfat Al-Nafis (1865), Syair Sinar Gemala Mastika Alam, dll..

Namun karya yang cukup top hasil karya Beliau adalah Tuhfat Al-Nafis. Naskhah ini boleh dikategorikan sebagai karya sejarah. Walaubagaimanapun, banyak kajian cuba menafikan karya beliau sebagai karya sejarah. Hal ini juga terjadi kepada naskhah Sejarah Melayu. Juga menjadi perdebatan dalam kalangan sarjana tentang status karya ini sebagai sumber sejarah atau sebagai karya sastera.

Bagi aku, semua kajian ini, yang tentunya kajian para orientalis barat hanya menekankan gaya bahasa dan genre, menilai aspek sastera dan meninggalkan aspek penelitian dalam ‘data data’ lain yang terdapat dalam Tuhfat Al-Nafis, iaitu maklumat yang berkaitan dengan sejarah yang nyata- kebudayaan, kegiatan ekonomi, undang-undang, kehidupan intelektual dan sebagainya. Kenapa jadi macam tu?...

Penceramah kedua, Prof. madya Dr. Tatiana Denisova dari Universiti Malaya mengupas isu ini. Pada beliau, golongan Orientalis menganggap sejarah tempatan sebagai dongeng dan legenda, sebagai quasi-sejarah ( separa sejarah) atau bukan sejarah secara mutlak.

Dr. Tatiana Denisova ( seorang muslim,…anggun bertudung dan berkebarung, walaupun dia memang sah sah berbangsa Inggeris..) membentangkan kertas Seminar bertajuk “ Konsep ilmu dan pendidikan dalam karya Raja Ali Haji “Tuhfat Al-Nafis”.

Dalam judul Tuhfat Al-Nafis terdapat dua karya berjudul sama. Karya –karya ini dianggap oleh para ahli sebagai dua vesi daripada satu karangan. Kedua-duanya terjadi dalam waktu yang hampir sama-pada pertengahan abad ke-19 dan di tempat yang sama-Di pulau penyengat ( Kepulauan Riau-Lingga).

Kata Dr. Tatiana Denisova (..yg cukup fasih berbahasa Melayu..) Kedua-dua versi ini mewakili tradisi bangsa Bugis dalam historiografi Johor. Teks Yang pendek (88 ribu kata) dikarang oleh Raja Ahmad Bin Raja Haji ( 1779-1879), Teks yang Panjang (126 ribu kata) dikarang oleh anaknya Raja Ali Haji Bin Raja Ahmad (1809-1872).

Dalam karya Tuhfat Al-Nafis, terdapat pelbagai disiplin ilmu didalamnya, Falsafah, Sejarah, Syariah, usuluddin, etimologi, saraf , perubatan/perawatan tradisional, falakiah dan lain-lain.( banyak sangat….setakat ni…aku dah penin skit2…kena rest. Jadi mintak diri jap!...nak wasap-wasap!..he he he).

Okey!..sambung balik.

Penekanan kajian Dr. Tatiana adalah pendidikan dalam karya Tuhfat Al-Nafis. Disenaraikannya tokoh-tokoh ilmuan dan pendidikan seperti yang terdapat dalam karya Tuhfat Al-nafis. Antara lain nama nama seperti Tuan Zain Al-Khatib, Syekh makhdum, Syekh Abd al-Rahman Misri, Syekh Ahmad Jibrati, habib Syekh Syakaf, syahab al-Din (Haji)…dan lain-lain.. Ramai sangat. (Dan nama nama ni pun sedap2 jugak. Jadi sapa sapa nak bubuh nama anak boleh ambik nama sempena tokoh ilmuan dulu ni..he he he.)

Daripada pembentangan Dr. Tatiana, aku tertarik tentang konsep pendidikan yang diutarakan oleh Raja Ali Haji. Dalam Tuhfat Al-nafis, beliau menulis bahawa, sumber utama ilmu dan asas kepada pendidikan adalah Al-Quran. Sebab itu terdapat petikan ayat Al-Quran dalam karyanya. Pada pengarang, Pelajaran dan bacaan Al-Quran dan penyebaran ilmu agama disebutkan sebagai kewajipan baginda Negara. Istilah baginda Negara merujuk kepada pemerintah, kata Dr. Tatiana.

Menurut Dr. Tatiana lagi (…aku ikut je apa dia cakap!), pendidikan dan pengetahuan menurut konsep Raja Ali Haji, mempunyai kaitan yang erat dengan adab dan akhlak. Misalnya dalam teks Tuhfat Al-Nafis terdapat pelbagai ajaran Raja Ali Haji mengenai budi bahasa yang dianggap sebagai kewajipan orang Muslim soleh dan raja yang adil. Seterusnya, beliau menambah, tujuan utama pendidikan adalah supaya mendidik manusia sebagai “ orang muslim soleh” yang merupakan juga “orang yang baik” dan “warganegara yang baik”. Tujuan tersebut mengekalkan peranannya sehingga masa kini.

Dan, kenyataan Dr. Tatiana ini, mengundang perbincangan dan ‘persembangan’ ahli seminar terutama merujuk dalam sistem pendidikan kita sekarang . Arah mana sistem pendidikan kita?. Adakah kita dapat melahirkan “warganegara yang baik”?dan bla bla bla………mereka berdiskusi, berhujahi dan berbincangi…he he he.


Ada satu lagi part. Lupa nak tulis. Part ini yang aku kena ulas. He he he…..Ilmu sejarah. Bagaimana pemikiran Raja Ali Haji dalam disiplin ilmu sejarah?. Apa pandangan beliau tentang ilmu sejarah?......(Dr. anuar, pensyarah aku nak buat kuiz..kena prepare la!)

Pada Raja Ali Haji, Sejarah sebagai asas kesedaran kebangsaan dan rasa kebanggaan kebangsaaan. Peranan sejarah dan konsep sejarah dalam kehidupan intelektual masyarakat Melayu dikupas dengan teliti oleh beliau. Beliau menulis:

“ shahdan di belakang ini kelak siapa siapa daripada anak cucuku hendak menghubungnya siarah ini patutlah, akan tetapinya dengan jalan yang patut dan dengan ibarat perkataan yang wadih dan sahih serta aturan yang benar supaya terpakai Illa mamarri al-dahr wa al-ayyam wa sallallahu ‘ala Sayyidina Muhammad Sayyid al-anam wa ala alihi wa ashabihi dza al-fadli al-kirami amin” (TN 445 (471)).

Juga beliau menekankan peri pentingnya tulisan berbentuk Ilmiah:

perkataan dan karangan yang kemas supaya mudah menghafazkan dan memahamkan barang siapa yang berkehendak kepada memahamkan dia” (TN 2.(4)).

Terdapat Ajaran dan Nasihat Raja Ali Haji tentang cara dan kaedah penulisan sejarah untuk tujuan penulisan ilmiah. Hal ini mencerminkan betapa pentingnya karya-karya sejarah dalam masyarakat Melayu Johor abad ke-18 dan ke-19. Fenomena ini jarang sekali ditemui terutama dalam menyelidiki prinsip-prinsip daya cipta atau kreativiti pengarang pada masa ini.

Dalam karya beliau, penekanan juga kepada penggunaan bahasa yang ikhlas, menggambarkan peristiwa-peristiwa yang benar, mengikut adat-istiadat dan peraturan islam, dan mengajar para pembaca menjadi “orang baik”, dan “warganegara yang baik”.

Defini “kebenaran” dalam konteks ini, iaitu apa yang Benar dan apa yang tidak benar bergantung kepada pengarang. Namun dalam kurun ke-18 dan ke-19, wujud sistem kriteria-kriteria “kebenaran” dalam historiografi Melayu islam, iaitu kaedah tertentu yang digunakan oleh pengarang untuk membuktikan dan menunjukan kepada masyarakat bahawa maklumat yang ada dalam karya sesungguhnya betul dan boleh dipercayai.

Kesimpulannya, dalam pemikiran Raja Ali Haji, setiap karya sejarah mempunyai ciri-ciri;

1. sebutan nama Allah SWT
2. Rujukan kepada Al-Quran dan hadis nabi
3. Catatan nama para ilmuan dan Mursyid dan rujukan karya-karyanya
4. catatan pelbagai rujukan sebagai sumber teks
5. Pelbagai rujukan dan ulasan terhadap karya yang mewakili pelbagai arah Historiografi.

Ciri-ciri Khas ini memberikan sifat-sifat Objektif, Ilmiah dan bersejarah kepada karya Raja Ali Haji. Kriteria ini dirumuskan oleh beliau sebagai pandangan, tanda atau bukti ‘Kebenaran’. Menepati ciri-ciri sejarah yang kita guna pakai sekarang dan telah di buat penambahbaikkan.

Er..…mintak maaf…ayat-ayat diatas ini ayat laporan aku. Saja nak pastekan kat sini…share share kan!.he he he….

Ada sorang lagi penceramah, Prof. Dr. Hashim haji Musa daripada UPM. Juga menyentuh secara jelas dan detail tentang konsep Ilmu dan konsep pendidikan dalam pemikiran Raja Ali haji.

Bagi aku, Prof. Dr. Hashim telah melapah habis naskhah karya Raja Ali haji, terutama Bustan al-Katibin dan Muqadimmah fi Intizam al-Wazifah al-Muluk (..Fuh, teruk nak baca…bahse ‘aorob, brader…’aorob!.)

Daripada pembentangan beliau, banyak aku belajar sebenonya..

Prof. Dr. Hashim berjaya keluarkan intipati ilmu pendidikan daripada naskhah karya Raja Ali Haji, antaranya;

1. 7 perkataan yang merupakan kata kunci bagi seluruh ilmu pengetahuan yang berdasarkan worldview Islam;
2. Allah (nama Zat tuhan yg Maha Tinggi, sempurna atau puncak dalam martabat kewujudan)
3. Al-nabi (Ahmad)
4. Ashab ( sahabat-nabi)
5. Ahbar (alim ulama muktabar)
6. Insan (manusia sejagat)
7. Al-Awwali atau ‘al-dunia’
8. Akhirat (kesudahan manusia…..)

Juga dihuraikan tentang erti “bahagia” ditunjangi oleh konsep medan makna yang dikaitkan dengan autoriti al-Quran dan al-hadith.

Anjuran Raja Ali Haji dalam pendidikan;

Syarat menuntut ilmu adalah antara nafsumu dengan dirimu dan adabnya antara dirimu dengan gurumu

Ada lima syarat;

i. Al-Himmat; kehendak yang kuat
ii. Al-Mudarasah: mengulang-ulang, menderas pelajaran
iii. Al-Muhafazah; Menghafal sehingga ingat
iv. Muzakarah: berbincang sesama teman demi mengingati dan mengingat lagi
v. Mutala’ah: Meneliti dan mempelajari balik.

(ini saranan Raja Ali Haji dalam aspek pendidikan….pernah dengar kan?...Cuma kita jarang buat!)

Dan seterusnya Prof. Dr.Hashim Menerangkan tanda orang tidak mendapat Ilmu ada lima perkara;

1. Tiada ia tahu yang dirinya jahil, bila mendapat sedikit ilmu, dianggap dirinya sudah cukup pandai

2. Takbur; tidak mahu merendahkan diri untuk belajar, dianggap dia lebih daripada orang lain

3. Terlalu banyak kesibukan dan urusan lain yang mengganggu pembelajarannya.

4. Lembab, kurang minat, malas dan berat dalam pembelajaran.

5. Jahat perangai dan buta mata hati daripada menghargai dan menilai ilmu.


Ada banyak lagi saranan Raja Ali Haji yang telah dilapah, direbus Prof. Dr.Hashim ni….tak larat nak taip…Cuma yang ini aku nak sharekan dengan sahabat-sahabat Cikgu:

Cuba renungkan yang ni..Mungkin pernah dengar atau dah tahu. Jika dah tahu, buat buat baca la yer…Dan, pesan perkara ni kepada anak didik kita; (Aku dulu pun tak pernah buat…..he he he)

Saranan 10 perkara oleh Raja Ali Haji dalam hal adab berguru, seperti yang dibentangkan oleh Prof. Dr.Hashim…(aku ikut jer..):

1. Memberi salam bila bertemu guru

2. Menyedikitkan perkataan yang bukan perkara ilmu bila bercakap dengan guru ( yg aku faham,…antara guru dan murid kena ada gap, tak boleh la rapat dan kamceng macam kawan-kawan..)

3. Jangan berkata-kata sebelum ditanya guru

4. Minta izin dengan guru sebelum berkata

5. Jangan berkata yang membantahi guru atau menceritakan bantahan orang terhadap gurunya

6. Jangan memperlekehkan guru dan melebihkan diri sendiri. Ini sejahat-jahat adab.

7. Jangan bercakap dengan teman membelakangi guru.

8. Jangan berpaling ke sana sini, duduk dengan sopan, tundukkan kepala tanda hormat kepada guru.

9. Jangan bertanya dengan guru sepanjang jalan, tunggu sehingga sampai ke distenasinya.

10. Jangan buruk sangka, mengumpat dan menyakiti gurunya, sentiasa kasih akan guru seperti bapa jua.


Ini yang disarankan oleh Raja Ali Haji dalam konteks pendidikan. Kita tidak boleh menerima bulat-bulat. Juga tidak boleh menolak bujur-bujur. Apa yang kita boleh buat, mengkaji, mengkaji dan terus mengkaji…..


*sebahagian daripada teks ni aku ambil daripada laporan aku..Tu sebab ayat jadi campur-campur. Ada ayat ilmiah, ada ayat pasar, ada ayat rock santai. Ha ha ha…Aku tahu korang mesti boring baca. Jangan kata korang, aku sendiri pun nak muntah hijau baca benda berat dan sarat cam gini. Muntah hijau ke biru ke,,aku terpaksa baca… Nak wat gena…

Hambik:…aku rasa n3 ni yang paling panjang aku taip, haih!

kalau lah report boleh tulis cam gini punya cara. Best kan!...Sedap sikit menulis!. Orang lebih suka baca ayat-ayat yang santai berbanding lebat, sarat dan senak. Sebab itu, bila aku tanya anak murid aku dulu, kenapa tak membaca buku sejarah ?.

Padat Sangat! cikgu….banyak fakta! cikgu….ayat tinggi sangat…(apa yang tinggi, tak paham aku).

Aku tanya lagi. Apa yang kamu suka baca.

Novel, buku cerita, majalah menjadi jawapan dorang. Mungkin Blog ada dalam senarai dorang, Cuma tak diluahkan kut..Aku terfikir jugak, jika penulisan bahan2 ilmiah, jika kita tulis dalam bentuk santai rock, gaya lepak habis, agak-agak dapat tak tarik minat pelajar membaca?...Kita tolak tepi aspek bahasa-bahasa tinggi (aku tahu, cikLah cekak pinggang dah tu…he he he), kita tulis dalam ayat yang lebih rilek…rasa-rasa aku ramai pelajar yang minat membaca. Sebab kata orang, membaca jambatan Ilmu.


Cikgooden: Kadang-kadang baca buku tiga lima….(kira hutang!)










.

21 comments:

Shifu67 said...

ooo... Prof. Dr Hashim kat UPM la ni.... dulu dia pengarah APM UM, dia ajar paper falsafah masa tu... cakapnya lemah lembut, dan rajin jogging keliling UM

Untung la ko dpt masuk pembentangan2 yg cam gini... ko boleh asah kepala otak ko biar jadi cam diorang gak.

Lepas ni Cik Lah tak leh nak menyohor la dia cikgu sejarah yg ada pda..... hehehe

xiiinam said...

‘masa bersantai..kita bersantai…masa berilmiah…kita berilmiah’

Kalau macam ni, ini bukan catatan orang blurr yang cuma menganga dalam kelas ni. Ini catatan bakal sarjana…

Cuma Tak faham… “kenapa ckLah tu kena bercekak pinggang…”
ckLah tak berapa kenal Raja Ali Haji, yang nama asalnya Tengku Ali al haji b Tengku haji Ahmad b Raja Raja haji Asy-Shahidu fi sabilillah bin Upu Daeng Celak, yang dilahirkan oleh emaknya bernama hamidah Bt Panglima Malik yang membunyai 16 orang adik beradik…antaranya raja Abdul Wadud,Raja Kechil, Raja Saliha, Raja mariam, raja Aisha, raja Amir Karimun dan lai-lain.
Maklumlah, ckLah hanya baca buku Teks Sejarah tingkatan 3 je…Cuma cikgu biasa je…
Kalau ada pun, untuk bahasa Melayu ckLah Cuma baca sebahagian karyanya
Pedoman Bahasa; buku yang menjadi standard bahasa Melayu. Karya monumentalnya, Gurindam Dua Belas (1847), Kitab Pengetahuan Bahasa, iaitu Kamus Loghat Melayu-Johor-Pahang-Riau-Lingga penggal yang pertama merupakan kamus ekabahasa pertama di Nusantara. Masa kat UM dulu Cuma baca Syair Siti Shianah, Syair Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, dan Syair Sultan Abdul Muluk yang menjadi buku wajib untuk kami pelajar Rancangan bahasa Melayu di Fakulti Sastera dan Sail Sosial. Duluuuuuulah….
Untuk Tesis Sejarah Cuma baca Tuhfat al nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun dari segi penulisan sejarah sangat lemah kerana tidak mencantumkan sumber dan tahunnya. Tak boleh jugak salahkan dia, sebab dikatakan dia Cuma menyambung usaha yang juga sastrawan,Raja Ahmad.

sorry ya...entry panjang...sebut nama aku pulak. Kalau aku jawab pendek, nanti kecik ati...keh..keh..keh

xiiinam said...

untuk Shifu;
Apa kaitan cikgu sejarah dengan PDA tu...ahaks! Panas sangat domam ekau ni? Ehehe...

Shifu67 said...

hahaha.... cikgu sejarah tu cikgu sejarah.... pda tu pda.... tak de kaitan sebenarnya, cuma aku cikgu KIA2M yang ada netbook 10.2" ..... hahaha!

Daddy Cool said...

Pergh...deen, ang bentang seminar maya la lepas nih!

Yunus Badawi said...

Kalau cikgu2 sejarah dah berbincang saya angkat tanganlah. Saya belajar Tawarikh sampai Ting 3 aje.

Nad Eusoff said...

adui, sejarah le yg paling sy tak pro..
hhuhuhu

ashley said...

Kira dahsyat gak la Cikgooden..tara hang dok nganga nganga tu..panjang gak entry ni hang taip..
aku kalau nganga, aku boh cop ayark liog jer kat kertas..

lukmanw@gmail.com said...

Cikgooden

Anak saya pernah tanya saya; apa beza Cikgu Sejarah dengan Cikgu Sains?

Jawab anak saya; Cikgu Sejarah Botak Belakang sbb fikir perkara lama. Sikgu Sejarah Botak Depan sbb fikir perkara akan datang.

Aku tanya anak aku balik; ayah botak tengah cikgu apa pula! Tak terjawab dia!

Hang ada mana sabtu dan ahad ni? Aku ada di NIOSH Bangi tapi tidur kat Quality Hotel KL, biasalah bawa anak bini Cuti Thaipusam.

Lukman

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

Shifu 67:

ha ha ha....best pulak Dr. Hashim tu bentang..Hang beruntung la dapat jadi studen dia..

Ciklah:

Hang best dapat study semua karya dia semua, mungkin hang dapat trace dan kupas pemikiran dia dalam pendidikan sejarah...Hang kan tera....Aku blur..
cuma aku dok cari gurindam 12 dia..rasa sedap pulak ayat2 dia..aku bukan pelajar sastera...sejarah pun bukan senonya..Aku guru caca merba..ha ha ha...semua aliran aku masuk...arab ada skit, teknik ada skit, sains ada skit, sastera ada skit..he he he...

ddyCool:

wah!..bentang seprah buat jamuan kuih bahulu buleh la..
hang nanti buat kat UKM la..mai join aku nsini..
aku tahu hang mintak HLP..kan..kan..

En.YB:
Aku pun akngkat tangan bab bab back Hoe atau Constructio...aku belajaq teknik masa spm ja..he he he

Nad:
Hang Pro apa,,,bio?..medicine?..kimia?..apa pendapat tentang sejarah?..nak tahu jugak kenapa tak pro sejarah......

kak hida:
haih!...ni aku kena buat laporan skit...tu pasai la panjang...Tapi bila tengok balik...waa,..mmg panjang sangat. nak baca pun segan//haha ha ah...sapa la yang baca sampai habis.

Bg.Lokman:
lama senyap..betui la apa anak hang kata..aku 'bubuh' belakng, sebab aku guru sejarah..ha ha ha..
hang 'bubuh' semua...kira cikgu serba boleh la..haih!

xiiinam said...

Tumpang lau...tumpang lalu...

Shifu:
Shadap you...he..he..he..

WanLukman;
Aku botak poket.....tu lah asyik berfantamorgana je....

Tuan rumah:
Aku tulih panjang sebab aku baca habih entry kau...tengah dok kagum-kagum dengan catatan kau...terbaca nama aku pula dengan keadaan yang tak berapa jelas....apa lagi...bukak silambamlah....ha...ha...ha...

ladylikeme said...

aku tak tau nak komen apa?berbinar aku baca entri hang cikgo weiiii..tapi xper..tue maknanya hang bersungguh-sungguh blajar.....

syabas..syabs...syabasss

heheheh

tasikmerah said...

respek aku dgn cekgu sejarah. aku bab nombor2, kira2 bulih lah.... bab mengingat fakta. hancussss....


.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

cikLah:
maksud aku, karangan ilmiah yang kita tolak tepi bahse bahse tinggi, yg aku rasa menjadi punca hilang minat dan penarik pelajar membaca. hang kan guru BM, mesti la marah..aku agak la...rupanya hang memang betui betui marah aku rasa...ha ha ha..

angah:
sile sile...penin.

tasik:
wei...maskara mai dak?...

lupekanje said...

hmm..satu perkongsian yg bagus. I laik ....nnt acik pesan kat diorg yg buat bayaran ni..cecepat bayo biasiswa cikgooden...err..ke da dpt dah???

xiiinam said...

Ha..ha..ha..
tak pe...ckLah jenis tahan bertepuk tampar dengan siapa yang sudi bertepuk tampar dengan ckLah...sama-samalah kita menampar dan kemudian bertepuk...he..he..

Psst: Tengokle gambar xiiinam berskaf merah tu...senyuuuuum je kan!Jangan cepat rasa marah, nanti pendek umoq!!

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

acik:

alahai...kering kontang la acik..mana dapat lagi...UPSi dapat dah..ukm ja belum kut...Terima kasih suruh depa cepat skit..he he he..

nanti aku belanja acik..
esok nak pegi EPRD..

ciklah:
terima kasih sebab bagi aku tampar..ha ha ha.

one love said...

belajar...

baguihnya!!!

Mak Su said...

pjg jugak cerita kali ni, kena dtg balik baca slow slow

dugongsenyum said...

ikhtiarkan supaya bahan sejarah ni dipersembahkan dalam bentuk komik, drama, cinema etc. ada memang ada... tapi tak banyak. namun yg dalam bentuk buku (bahasa tinggi) tu mesti dikekalkan jugak, tu hardcore tu... mana boleh pinggirkan.

sekian, pendapat daripada orang yang tak pernah lulus subjek sejarah. :)

whitetulip said...

Woii..nih bukan catatan owang yang nganga kat bilik tuh...nih dah terlebih nganga nih..

Mampuih aku nak baca Din, aku pon nganga jer nih!!Yang bebenornyer, masa skola dolu2..aku paling tak suker subjek sejarah ah..penat nak hapal fakta, tahun demi tahun..Tapi per2 pon, ko nih sebenornyer diam2 ubi berisi. Ceh, betol ke ayat aku nih?