Isnin lepas, Aku attend kelas Isu-isu dalam pendidikan. Topik kaunseling dalam pendidikan. Pensyarah pulak bekas kaunselor. banyak jugak isu-isu yang dibincangkan. Dalam banyak-banyak isu tu,...disentuh tentang perilaku atau karekter guru. Pada beliau, karekter dan gaya guru sebenarnya memberi kesan kepada pelajar dan anak didik. Corak pembelajaran dan pengajaran guru juga boleh menjadi penyebab lulus gagal pelajar. dari aspek motivasi, peranan guru cukup penting.
Aku terpikir...betui jugak kata dia bila kenang-kenang balik diri aku sendiri.... Ntah la.
Dan, di akhir topik disuruhnya kami mengimbas kembali, ada ke tidak insiden insiden semasa menjadi pelajar, yang bersangkut dengan guru-guru kami dulu yang memberi kesan samada negatif atau positif kepada diri. Dia suruh emailkan. Tugasan berat. he he he..ntah apa tujuan ntah..Aku ngikut jer...
Balik rumah...Semalaman merenung laptop. Apa yang aku nak taip. banyak perkara dah lupa. maklumlah, berpuluh tahun dah. Sudahnya...aku taip ja ikut sedap aku...
Aku pastekan kat bawah ni la yer...
Negatif :
Peristiwa berlaku bepuluh tahun dulu. Semasa saya di tingkatan empat. Pada masa tu, memang saya mengaku. Saya pelajar nakal waktu itu. Tinggal di asrama. Dengan kesemua pelajar sekolah adalah pelajar lelaki. Jika tak nakal, saya rasa seperti dipinggir kawan-kawan. Sejak tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga, banyak kesalahan disiplin yang saya buat. Memang ‘kacip’ dengan rotan guru.
Sehinggalah saya mengambil SRP ketika itu, barangkali diiringi dengan sumpah seranah guru.. Dan, semasa hari terakhir peperiksaan SRP, saya dan beberapa kawan yang lain dihalau balik. Saya guna istilah halau. Sekolah belum cuti. Sedangkan kami sepatutnya ada program untuk pelajar tingkatan tiga. Kami tidak dibenarkan turut serta. Balik lah kami ke kampung, bersama alasan dan jawapan yang terpaksa direka jika ditanya ibubapa kenapa disuruh balik, walhal sekolah belum bercuti. Seperti dijangka, panggilan untuk ke tingkatan 4 tahun berikutnya, nama kawan-kawan saya tidak termasuk di dalam senarai. Kecuali saya. Entah di mana silap, nama saya terlepas.
Dan, semasa majlis taklimat kepada pelajar tingkatan empat, datang seorang guru. Menuding jari tepat ke muka saya. Di hadapan kawan-kawan yang lain, terpacul ayat, “ Ni..budak ni..macam mana boleh terlepas masuk balik…ni, budak ni nak kena jaga betui-betui nih…”. Saya hanya mampu tersengih malu memandang kiri dan kanan ke arah kawan-kawan yang berdekah-dekah ketawa. Saya renung muka cikgu itu. Memang dia serius dengan apa yang dia kata. Dia bukan buat lawak. Memang niat nak memalukan saya.
Pendek cerita, saya hanya mampu bertahan dua minggu saja dalam tingkatan 4 di sekolah yang sememangnya sangat saya sayang itu. Saya minta pindah sekolah…………( terfikir hingga sekarang, jahat sangat kah aku masa tu?...sehingga begitu benci sorang cikgu tu pada aku?..ntah la..)
Positif:
Terkenang seorang ustaz yang mengajar matapelajaran Syariah, semasa saya di tingkatan enam di salah sebuah sekolah di Perak. Cukup baik orangnya. Lemah lembut perwatakannya. Sebab dalam ramai-ramai guru dan cikgu malah ustaz-ustaz yang saya belajar, hanya dia seorang yang pandai memberi semangat dan memupuk rasa keyakinan diri kepada pelajar. Pendekatannya bagus. Kemesraan dengan anak didiknya memang gred A. Gaya didikan dia, membuat kan saya berubah. Hanya dia sahaja bekas guru atau ustaz yang memanggil nama saya dengan nama din…seperti panggilan daripada teman-teman yang lain. Ketika berbicara, panggilan itu yang digunakan. Tidak seperti semua guru yang lain…menggunakan nama penuh saya. Kekadang dipanggil WEI..atau Hoi!. Terasa jurangnya. Tetapi tidak dengan ustaz nan sorang ni. Apa kesannya kepada saya?...Ya, bagi saya, cukup membuatkan saya seperti amat di hargai dan di sayangi. Saya kira faktor ini yang membuatkan saya bersikap positif terhadap pelajaran. Lebih rajin dan bersemangat untuk belajar, belajar, belajar… Jika tidak mungkin saya tidak berpeluang ke Universiti. Perubahan berlaku hanya setelah saya berada di tingkatan enam!... Hanya setelah bertemu dengan ustaz ini.
( Kekadang terfikir...masa ngajaq dulu, ada ke tak aku,..secara sengaja atau tak sengaja, dah merobohkan rasa keyakinan diri pelajar...???..isk..isk..)
Cikgooden: Ok!...berpandukan contoh di atas, Anda diminta untuk menulis insiden yang telah Anda lalui di zaman sekolah dulu. Satu negatif dan satu positif...ha ha ha...(share share la...)