Jom...

Sunday, August 14, 2011

::Blues::

Mengah dek makanan yang menjulur masuk ke perut...aku berehat rehat sebentar. Aku syak, nasik berbuka tadi belum sampai perut panjang. Masih berlegar legar di sekitar esofagus..

Hujan la pulak kat luar rumah. Biasanya, jika hujan hujan begini, hati aku auto berdebar-debar. manakan tidak, hati terkenang rumah kandang zirafah aku itu. Ada sekali, hujan tak lah lebat mana, tapi air masuk membanjiri bilik anak aku. Bocor!!

Ni semua kerja paklong kurus kering yang buat rumah aku dulu. Hasil kerja tangan beliau lah atap jadi tak sempurna. Kekdahnya, jika hujan, air akan meleleh masuk. Dah banyak kali mintak alitoq and the gang membaiki semula.

Tak juga molek. Asek asek bocor ja...

Yang sebenarnya, rumah kandang zirafah itu belum lagi aku masuk. Walaupun kunci dah dapat. Yang jadi lebih sebak apabila kunci rumah aku dapat dari kontraktor alitoq dari seberang, sehari sebelum arwah Mak pengsan dan dikejarkan ke Hospital. Hari itu juga mak pengsan tak sedar diri 3 hari. Pagi rabu, khamis dan Jumaat pagi jam 9 dia menghembuskan nafas terakhir.

Bermakna, sejak dia tidak sedar diri [Koma], aku tidak dapat mendengar suaranya. Aku tidak pasti dia mendengar atau tidak. Walaupun aku tahu dia koma dan tidak membalas kata-kata aku, tapi aku cuba juga berbual dengan dia.

Di saat itu, aku mengusap-usap kaki dia..keras. Tidak bergerak..Ku raba-raba bawah kakinya..Pehanya, pinggangnya...Semuanya rapat ke katil. Tiada ruang. Astagfirullah, kata aku dalam hati. Ku renung mukanya. Ku lihat hidungnya.

Aku memandang kak. kakak memandang aku. Sama sama mengerti. Sama sama memahami. Pengalaman kami menjaga arwah Ayah dulu memberitahu kami suatu alamat.

Lantas, petang khamis itu, kami sudah mula membaca Yassin . Bergilir-gilir. Semua sanak saudara sudah dihubungi. Berita mengenai keadaan arwah Mak sudah tersebar. Maka petang itu, mak menerima kunjungan sanak saudara, sahabat sekampung. Masing masing membacakan Yassin bergilir-gilir.

Malam jumaat itu, kami adik beradik sudah tidak pulang kerumah. Masing-masing berada di sekitar emak. Aku dan abang, tidak berada di dalam wad. Kami lelaki tidak dibenarkan berada di dalam wad. Hanya...

aduss...bila bila la aku sambung....tak buleh menaip pulak dah...sebak.

...

6 comments:

tasekM said...

aku pun asa cerita sebak dalam dada tapi tak reti nk habaq lagu mana.
last2.
ku buat aku buat n3 merapu jugak.
heh.



.

azza_irah said...

..moga arwah Mak tenang dan damai disana..

julietchun said...

kadang2 kita perlu menangis utk hilangkan tekanan.

iina said...

Cikgu den..

Menulis dapat mengurangkan resah hati.. setidak2nya apa yang terbuku itu terluah..

Semoga arwah mak sentaisa dirahmati Allah.. Faham rasa hati cikgu.. lagi2 dekat nak raya nie kan.. memang terkenang2..

Kuatkan semangat ye

Nizam.Ariff said...

dah elok tala cerita arah-arah makan - kenyang makan- kenyang, camner tetiba dia lari ke cerita sebak ni?

sabaq la cikgu... dia beruntung tu.. maklumlah aku entah dapat entahkan tidak nikmat macam tu...

Cikgooden said...

Tasek:

hang memang..hehehe


Azza irah:

terima kasih...


julietchun:
betul...tapi tua tua ni, menangis dalam diam ja..


iina:

terima kasih.


Nizam:
ntah...apa yang tertulis, sebenarnya apa yang terlintas di kepala..tika ini, hanya dia saja yang terlintas....