Jom...

Saturday, June 11, 2011

kerja........sampai mati!

Di pagi begini tiba-tiba teringat kepada paru-paru aku yang dua ini. [sila baca:pagi, sebab aku menaip entri ini waktu pagi. maksud aku, jam 4.38 pagi]

Saat ini sudah masuk hari sabtu. Esoknya ahad. Dan, lusanya isnin.

Isnin. Sudah mula sessi persekolahan separuh masa kedua untuk tahun 2010 ini. opss..2011.

Separuh masa kedua nak bermula. Semasa rehat dua minggu selepas separuh masa pertama apa aku buat?

Tidur?
Jalan-jalan makan angin?
tolong emak cat rumah?
.
,
,
Entah. Cuti persekolahan aku kali ini seperti nampak-saja-cuti-tapi-buat-kerja-macam-tak ada masa lain nak buat-semua-nak-dibuat-jam ini-kasi siap-jugak!.

Kepada kalian sahabat dalam kalangan guru, selamat kembali bertugas.

Juga kalian yang bukan dalam kalangan guru, juga selamat kembali bertugas. Terutama kepada golongan bapa dan ibu yang ada anak masih bersekolah. Selamat jua kembali ke sekolah, sekurang-kurangnya untuk menghantar anak.

Cerita lain;

1. Rumah aku sudah hampir siap. Tak lah besar dan teguh jika dibandingkan dengan Khir Toyo dulu [renovate rumah makan belanja RM 6 juta]. Cuma rumah aku itu cukup sekadar didiami aku, isteri dan dua anak aku. Tidak lebih dan tidak kurang...

2. Tesis aku: Fuh...seperti yang digembur-gembarkan.....masih belum mendapat ke'tandatangan' untuk kelulusan selepas membuat pembetulan. Jangkamasa 3 bulan yang diberi, semakin hampir luput tarikhnya. Damn!!!....

3. Urusan kerja kerja sekolah juga mencapai NKRA di tahap terkial-kial nak persiapkan....Herh!!

4. Urusan emak....Along, angah...dan bapak si along dan si angah...jua bikin beratttttt di kepala ku.

5. ..................

****

Aiksss?....4 sahaja?...ku fikirkan banyakkk...

Baik,

Apa yang aku cuba tulis di atas adalah sekadar satu eksperimen [jika tak salah] aku, tentang aku sendiri. Selalu juga aku [juga kalian yang lain] merungut-rungut tentang kesibukan diri.

"aduuuu..banyaknya kerja nak kena buat." Getus hati aku [dan kalian].

Gitulah selalu dialog yang kerap aku sebut sebut [begitu juga orang lain]. Dan. malam ini [pagi sebenarnya] aku [dan orang lain] cuba menyenaraikan semula perkara-perkara yang buat aku [dan orang lain juga] rasa terlalu sibuk dan rasa macam, banyakkkkkkkkkk kerja nak kena buat....

Secara spontan. Tanpa diedit.

Hanya mampu menaip 4....mmm...4 itu banyak ke?...tanya aku kepada diri aku sendiri [dan orang lain juga].

Maka,....

aku [dan orang lain juga] dah dapat point itu sekarang....

Sebenarnya aku [dan orang lain juga] ini tak lah sesibuk mana...tak lah 'banyakkkk kerja nak kena buat' pun sehingga terlupa kepada kawan-kawan dan tidak berhubung langsung hatta sepucuk sms bertanyakan khabar.....

huh!!



.


6 comments:

Granny Hani said...

hahahaaaa...tahniah kerana rumah dah siap..Kalau nak tau dik, rumah akak pun tak segah rumah bekas menteri tu..entah2 tandas dia lagi hebat dari rumah akak takkk?
statement cgooden buat akak senyum sorang2 nih.

Cikgooden said...

Kak Hani:

belum siap lagi kak....cukup la..utk kami berteduh...
stekmeng?..hehehehe..

ckLah @xiiinam said...

Hah? Nak buka sekolah balik dah? Cepatnya....

tasekM said...

pe habaq den...?
nk sms hang pun takut gak hang sibuk.
lama tak sembang.
lama tak cerita2.
lama tak jumpa.
lama tak YM macam dulu2.
lama tak kongsi apa2 dgn hang.
tiba2 teringat aloy.
dia pun aku lama tak sms.

heh.


.

Nizam.Ariff said...

Hari ni hari ahad... jap, tgh fikir..

Apa aku nak buat hari ni ek?.... boring tak de menda...

Cikgooden said...

CkLah:
wei...kak. esok nak bukak sekolah dah....selamat bertugas.


Tasek:

Tasek:...mmg lama tak bersms dengan hang...tapikan..dpt bersembang ikuk sinipun jadi laaaaaa..

Aku:
Nizam wei....ahad adalah masa untuk berehat dan membulatkan sendiri dan mungkin perut [orang sebelah]..keh keh keh.