Jom...

Wednesday, December 29, 2010

cak pak..cak pak.. ting ting das...2

Dah lama aku tidak bersembang tentang gendang silat. Aku terleka dengan hal-hal duniawi aku yang satu itu. Dua tahun. Agak lama. Bukan tidak bergendang. Atau melupakan terus. Cuma jarang-jarang. Mana mungkin untuk aku melupakan terus.

Sahabat pergendangan aku, saudara SerunaiFaqir dari kumpulan gendang silat Gemala kasturi KGGK pernah menyuarakan hasrat untuk membina satu laman weblog tentang seni gendang silat. Dan ya. Dia telah melaksanakan hasratnya.

Sebagai menyahut seru beliau, aku dengan berbesar hati dan punggung, telah menempek profil kumpulan gendang Selumbar Emas yang tak seberapa ini di Blog tersebut. Blog gagasan Gendang Silat Semalaysia. Di SINI.

(Gambar semasa last function (pergh..) di rumah kenduri salah seorang sahabat)...cerita panjang lebarnya, aku akan muatkan di blog gendang KGSE nanti...sila baca(tapi biar siap dulu la).






*******
Dari sembang-sembang aku dengan beliau, timbul satu isu di sini. Isunya, blog aku sebenarnya sudah menjadi satu blog cukup caca marba. Seawal dulu, tujuan aku berblog adalah untuk tujuan peribadi sendiri. Segala catatan di sini, segala yang aku merapukan di sini, semuanya bertujuan untuk mengisi masa lapang. Betul. Aku bangsa Melayu. Bangsa ini memang banyak masa lapangnya. Tidak dinafikan.

Justeru, aku bercadang untuk membina satu lagi blog khas untuk gendang silat. Lebih tepat, khas untuk kumpulan gendang Silat Selumbar Emas (KGSE). Segala akitiviti kumpulan itu nanti, akan aku muatkan di sana. Sekali gus, blog tersebut akan menjadi wadah dan lidah untuk aku dan rakan-rakan sekumpulan.

Jika rajin aku jadi terlebih, akan aku muatkan beberapa artikel yang aku simpan di dalam simpanan tentang gendang silat itu sendiri. Terus terang aku mengaku sedikit sebanyak ada juga aku cuba menulis tentang permainan gendang silat. Terutama daripada aspek alatan, permainan, lagu, falsafah, adat dan keseksaannya.

Seksa itu merujuk kepada seksanya untuk mempelajari dan memahirkan permainan ini. Kedua, seksanya untuk mempertahankan kedudukannya di mata masyarakat kita. Aku cuba letakkan semula kedudukannya setaraf dengan justin bibier yang terkenal dengan lagu baby sehingga anak aku sendiri menjadi fanatik dengan dia. Celaka sungguh bibir itu.

Thursday, December 23, 2010

CPD....siri pembuka semula stim ..

Kisah bermula, dari entry SINI.

Ini lah buku yang aku pernah cakap, memutuskan stim pembacaan aku. Gila. Mati pucuk terus!...sebabnya, inilah. Banyak muka surat kosong. Ibarat jantan budiman terkejut di malam pertama, bila mendapati isteri yang dinikahi secara sah, tidak berlubang secara sah....potong bukan?..hehehehe..

Baru tahu rupanya, ada muka penulis termuat dalam buku ini. Jika kalian mencari di kedai-kedai buku, pasti tak jumpa buku ini. Buku indie, tak sama macam buku teks sekolah menengah. Senang beli di kedai buku Popular..Ini buku lu orang kena order. Atau pergi sendiri ke pejabat mereka, di..di..di mana, Lupa plak..

Jangan salah anggap tentang tujuan aku menaik muat, benda alah ni...Takder persen pun keuntungan dorang disalurkan ke akaun aku untuk iklan ini. Cuma aku berbesar hati dan punggung, untuk tabik kepada pihak pengurusan mereka.

Betul-betul jujur dan ikhlas dalam perniagaan (setakat ini: di mata kepala aku)...Buku yang rosak di ganti tanpa ada tambahan kos!. Syabas. Cukup menjurus ke islamik sistem korang.






Berbalik kepada buku ini. Jika kalian tidak minat bolasepak, usah beli. Memang buku cerita perihal piala Dunia yang dah berlangsung. Terus terang aku beritahu, musim piala dunia kali ini, tidak semua game aku tengok. Cuma ada beberapa game. Baiknya buku ini , sebab dia mengulas kesemua game..

Dan ada game yang dibaca, membawa semula ingatan aku..

owh..game ini aku tengok semasa di Bandung..Owh, ini di langkawi.....

Bahasa dan ayat yang disusun dalam buku ini, menjadi petunjuk bahawa penulis dan konco-konconya yang lain, bukan jenis menulis syok sendiri. Ada benda yang mereka perkatakan. Jenis ada prinsip jugak la...

Ok. lah...Tq, sebab ganti balik buku tu..thanks...bro..teruskan usaha murni korang..Cari duit cara sah, ok...Buat lah, asal halal..jangan merompak sudah..

Gua...ada kerja lain nak buat.

Wednesday, December 22, 2010

badi...


Buat teman-teman saya yang telah memberi komen di n3 sebelum ini, saya dengan berbesar hati dan punggung, mengucapkan terima kasih di atas kesudian kalian.

Juga saya menyatakan di sini, bahawa saya tidak dapat menjawab komen-komen kalian di petak lepak-lepuk di bawah.

Sayugia juga di jelaskan kepada kalian semua, saya amat terseksa di serang lembaga. Manifestasi keseksaan saya itu, dapat kalian interpretasikan berdasarkan panduan foto di atas.

hahahahha..apa punya ayat dan istilah lah aku guna. Terkena badi, gamaknya nih...

Sunday, December 19, 2010

Rindu...

Ketika jari sibuk menganyang helaian kertas, pena merah itu terhenti aliran darahnya.
puas mengetuk, mengepak dan memetik.
oh..rupanya isi telah kontang.
itu tandanya...
..
"Kena berhenti sekejap. Berehat sebentar." Kata otak yang kepenatan kepada tuannya yang sudah separa bengong.

Dalam pening-pening kebengongan, tuannya berhenti menulis. Pantas jari menekan butang lappy......terus paparan Camtu-Camni dihidupkan.

arghhhh...rindu benarrrrrrr...

*

Monday, December 6, 2010

sabarrr...jangan potong Q.

Maksud aku, gambar billboard di sebuah kedai di Queensbay Penang. Entah apa lah gamaknya falsafah dan ideologi tukang buat iklan ini, sehingga dia terdorong untuk membuat iklan sedemikian rupa?



Ok. Ok!

Gambar menceritakan seriba makna. Bak kata pepatah inggeris yang aku tak tahu nak tulis di sini.

Apa yang kalian faham tentang gambar ini?. Sayugia dijelaskan sekali lagi bahawa ini adalah gambar iklan di salah sebuah kedai di Queensbay, Pulau Pinang. Kedai roti dan kopi sebenarnya.
Agak-agaknya apakah dialog yang berlegar di benak lelaki terbabit?

Kemungkinan gambar ini membayangkan keenakan roti di kedai ini, sehingga kedua gadis tersebut, berebut-rebut untuk memakannya. Pasti sedap roti itu. Heh!!..Tapi mamat tu?..kenapa pulak? kelihatan tercengang. Adakah dia terkejut beruk, siamang, monyet dan lontong?

Gambar tanpa dialog selalunya mengundang pemerhati berfikir sendiri.

Cuba kalian berfikir apakah dialog yang berlegar di fikiran lelaki tersebut?.

Fikirlah..

Jika aku?...aku berfikir begini;

.
.
.
.
.
"Aiii....jika sedap sekali pun, sabar-sabar lah.... ikut turn!! Mana boleh sekali pemasuk, serentak dua mulut!"



haih...

Friday, December 3, 2010

enak sungguhhh...!!

Adapun ada lah di suatu malam, yakni malam tadi, Geng libang libu phang berlabun dengan tanpa arah tujuan.

Dan Jantan budiman membuat satu teka-teki.


"Kulit bertemu kulit, Bulu bertemu bulu...Argh...enak sungguh!"...




jawapan ada di komen pertama!


*