Jom...

Tuesday, October 26, 2010

Iyo lahhhhh....

Berita penuh sila lihat di sini


Aku terpanggil untuk memberi respon terhadap berita ini. Dua tahun bergelumang dengan buku (konon la,)..dalam jurusan Pendidikan Sejarah. Meneliti beberapa kajian yang telah dibuat di peringkat Sarjana, Kedoktoran, malah di peringkat ijazah pertama. Kesemuanya, menurunkan permasalahan yang sama.

Sejarah membosankan. Kaku. Jumud dek pengajaran yang bercorak hafalan semata. Murid mengingat fakta-hafal-ingat-hafal-ingat. Masa peperiksaan, luahkan semula. Hamburkan di kertas jawapan.

Kemudian berbagai cara dicadangkan supaya menjadikan Sejarah sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Belajar dalam kesukaan. Kegembiraan. Fun!..

Tapi dalam masa yang sama, objektif mata pelajaran Sejarah amat tinggi untuk dicapai. Sebut pasal patriotisme, rujuk kepada mata pelajaran Sejarah. Sebut pasal cintailah negara. Sebut pasal perpaduan kaum, rujuk mata pelajaran Sejarah. Semua Sejarah.

Ada kes Nawawee...pun sebab dia "buta sejarah".

Baru-baru ini, mata pelajaran Sejarah dah jadi wajib lulus. Ertikata lain, subjek Sejarah dah sama seperti subjek BM, yang jika engkau tidak lulus BM, engkau gagal SPM...

Sekarang. Jika engkau gagal BM dan Sejarah engkau gagal SPM!...

Bertambah beban guru-guru di aliran kemanusiaan. Rata-rata guru BM juga mengajar Sejarah. Begitu juga sebaliknya.

Ingat lagi PPSMI?...guru-guru matematik, Sains dan Bahasa Inggeris mendapat imbuhan ketika PPSMI dijalankan. (malah dapat lap top...)

Sekarang guru kemanusiaan dapat apa?.....insentif?...(bebulu ja aku dengar)

ok! ok!....aku dengar kalian cakap. Guru umpama lilin. ngajar je la..jangan banyak soal.

Tapi ini bukan banyak soal atau tidak. Tetapi perancangan!

Dicadangkan mata pelajaran Sejarah diajar dengan kaedah dan teknik yang dapat menarik minat pelajar. Membuat rombongan, kerja luar, contohnya.

Ada yang mencadangkan kaedah drama, forum, perbahasan, lakonan..entah apa apa lagi lah kaedah yang boleh membangkitkan semangat dan keseronokkan belajar.

Cadangan memang mudah. Perlaksanan yang payah. Ibarat, memukul angin. Senang menghayun tangan. Tapi kesannya?....sendiri letih!

Hmmm.....Pada aku, cadangan mewajibkan mata pelajaran Sejarah ada kena mengena dengan kontrak sosial. Hal yang semakin berani anak anak Malaysia mencabarnya. Walaupun telah tertulis di dalam perlembagaan. Hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera sudah mula tercabar. Semua dibincangkan dalam persidangan UMNO.

Bila aku menulis tentang isu ini, pasti aku akan digelar Racist....betul aku Racist. Racist dalam konteks negara kita Malaysia. Racist aku bukan di dalam akuarium Amerika. Mahupun Afrika Selatan. Tapi Malaysia. Kena ingat itu.

Sepatutnya, perkara ini dah ditangani sejak dulu. Bukan sekarang. Apabila keadaan semakin teruk (dibaca UMNO: seperti kehilangan pegaruh).


Tahun depan, aku balik ke sekolah. Mula mengajar seperti dua tahun lepas, setelah tak pergi kerja selama dua tahun! Tak tahu apa nak jadi selepas ini dengan sistem pendidikan negara kita ini. Dasar cepat berubah-ubah. Serentak dengan berubah-ubahnya aturan politik negara.

HUH!...

*
*

5 comments:

azlanlin said...

Mengeram dan mengerang dalam kepuk. Jom gi jalan-jalan..

Nizam.Ariff said...

Memang Huh..!
Anak aku jadi eksperimen nanti ni...

iina said...

Selamat kembali mengajar ye cikgu.. ye cikgu umpama lilin ;) camtu jd cikgu pada cikgu lah ;)

Kaktiny said...

dah abis pon 2 tawon ko belajar kan.. hihihihi..

ibundo said...

lama tak datang jenjalan sini. apa kaba cikgoo