Jom...

Friday, September 3, 2010

Punah!..

*
Gang! gang! gang!

Pintu diketuk. Makin kuat...dan semakin kuat.

Dalam keadaan mamai aku membuka pintu. Kakak aku nan sorang ni, kalau datang rumah, ketukan pintu dia memang seiring dengan ucapan salam. kalau tak jawab, volume salamnya menjadi semakin kuat. Begitu juga ketukan pintu....hehehe..(aku tahu dia baca blog ni....tak pun anak dia baca...Farah, Wahida...shhhh!)

"wokpa?" aku tanya dia dalam nada bahsa Pettani kariah aku. Kak menghulur surat. Sampai di pejabat sekolah tadi. Oh, Ya. Lupa nak bagi tahu. Dia bekerja sama tempat kerja dengan aku. Dulu. Sebelum aku dapat cuti-tak kerja-tapi-ada-gaji-ini.

Hari itu aku lupa. Tapi tarikhnya aku tahu berdasarkan date taken gambar di Handphone aku. .... 25/8/2010 4:46 PM. (harap-harap handphone aku tidak menipu!)

"wei, mung tak gi hitei sekolah tebaka kae?".

Tanya kak yang pernah menjadi school mate cKLah suatu ketika dulu (jawapan sama dari kedua-duanya bila aku tanya kenal tak?...masing-masing jawab..mmm..tak ingat dah..yang mana satu?).

Zaman-zaman mereka ini masih muda remaja. Dulu. Sekarang ini mereka sudah menjadi remaja tuaa...


******* Tap!.

Tiada perkataan hatta sepatah, yang dapat aku susun agar menjadi sepotong ayat, bagi menggambarkan perasaan sedih aku, ketika melihat bangunan ini hilang bumbung rentung dijilat api.

Jadi, aku cuma dapat susun gambar...Tengoklah!

















Fakta:

#1. Ini sekolah rendah aku dulu. Sekolah Anak aku. Dan, sekolah emak aku. Lama kan....

#2. Sekolah ini dah lama dibina. Bangunan asalnya yang bertiang besar setinggi paras dada, masih tersergam.

#3. Bangunan yang terbakar ini, bangunan baru. Baru pun tak lah baru sangat. Lama lah jugak. Seingat aku, bangunan ini mula dibina masa aku darjah 5. Tahun 1981. (kepada pembaca yang lahir tahun 1985...sila respek senior ni..hehehe)

#4. Masa aku darjah 6, bangunan ini dah mula naik. Bila aku naik tingkatan 1, nun jauh di tengah negeri Perak, bangunan ini dah operasi sepenuhnya. Murid-murid berlari megah, dapat bangunan baru. Aku syak, cikgu-cikgu masa itu pun tidak kurangnya. Sekejap-sekejap calit jari di dinding. Takut cat belum kering betul betul.

#5. Menurut Bomba, punca kebakaran disebabkan berlakunya lintar pintas pada sistem pewayaran bangunan. Menurut sumber yang lain (beberapa orang kampung), wayering bangunan itu tak pernah lagi di tukar. Tidak pasti, macam mana dia boleh tahu. Tapi ada yang lagi hebat. "Orang dah cakap dah!, 10 tahong dolu lagi..tukar..tukar...tapi tak mboh.. hah!..lho ni?..ambik. Tebaka habih!." berkobar-kobar sungguh dia. Sibuk ke hulu ke hilir. Sama naik dengan sibuk ahli bomba.

#5. Sat. Lupa nak kira tadi. 2010 - 1982 = 28 (tolong check!..aku lemah matematik) Maknanya, usia bangunan sekolah ini sudah 28 tahun. Betul kah wayering kena tukar? dah 28 tahun tapi tak di ganti baru? Ini premis Kerajaan. Bukan rumah awam. Bukan dangau durian!. begitulah dialog seorang mamat itu. Aku petik semula. Betulkah apa dia cakap itu?..betuulkah?.


*

9 comments:

tasekM said...

hang bulih cakap siam no...?


selamat hari raya den.
maaf zahir batin no.



.

KAKTINY said...

kalau bangunan dh lama, tukaq la wiring.. mmg litar pintas cepat nk kena punya... (kampung drebar bos aku kat tepeng pon terbakaq pasai camtu.. siap masuk paper lagik... huhuhu)..


hang nk suh aku kira??.. takpa c.den.. aku pon 18x81 sama gaks fail m3 ni.. (mp3 aku tau.. m3 = matematik, aku tak tau!!... hahaha)

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

tesek:

bukan siam..bahsa melayu pattani..hahahaha..selamat hari raya...maaf zahir batin no...jugak.


Kak Tiny:

dereba bos hang duk kampong mana?...
p/s:..aku dah quit FB...tutup sat....meluat. hahahaha..

selamat hari raya kak tiny, maaf zahir batin.

Yunus Badawi said...

Kesian sekolah ko anak beranak terbakaq no.

Tahun 1981 ko darjah 5. Uncle dah lepas ke amerika masa tu. Kena respek sikit senior mcm uncle ni hehehe

iina said...

Lah nampaknya kena bina bangunan baru lah pulak kan.. oklah kira2 mu tuh cikgu aku dah sahkan secara kalkulator komputer ;)

kakpah said...

ala kesiannya..
abih tu bebudak pi belajar kek mano...

a.samad jaafar said...

mcm mane bulih tebako ye..masa sekolah ke din ?

ashley said...

1) Innalillah..( bukan sebab kematian saja..sebab musibah pun boleh cakap)

2)Selamat hari raya

3) kak hang tu nama apa..aku nak tanya kak ngan mak sedara aku. Kut kut depa kenai..depa sekolah sana juga laaa

Mak Su said...

mmg patut upgrade dah wiringnya

cikgoo, selamat hari raya, maaf zahir batin, berhati2 di jalanraya :)