Jom...

Saturday, August 21, 2010

Bufet Ramadhan...!

Berbuka puasa ala bufet ramadhan sudah menjadi trend..Bayar duit sejumlah ditetapkan, anda berhak melahap sehingga termampu. Jika pecah perut, tanggung sendiri. Itu bufet. Itu kisah makan.

Tapi ada satu kisah lain (SINI).

Ini kenyatan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Katanya, hasil daripada pemantauan Jakim terhadap 34 buah hotel yang menganjurkan bufet Ramadhan, didapati 70 peratus daripada premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Malah menggunakan bahan yang diragui halal.

“Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

Jadi sesiapa yang rasa nak berbuffet sempena bulan Ramadhan sila beringat. Ini berita aku dapat tadi.

Tapi dua hari lepas, aku dan sahabat pergi berbuka di Restoran ini.




Dan terbaca di Kosmo versi cetak, tersenarai 24 hotel yang mempromosikan Bufet Ramadhan yang tidak mematuhi piawaian halal. (Kosmo, 21 Ogos 2010:11). Sila cari dan baca sendiri. Jangan Malas!

1.
2.
.
.
..
.

11. Restoran Tupai-tupai, Kajang!
.
.
.

Restoran ini tersenarai di nombor 11. Cis!

Sungguhpun aku dan sahabat tidak berbuka secara bufet, tapi dapur yang sama aku syak mereka gunakan untuk memasak. Kemungkinan juga menggunakan bahan ramuan yang sama. Malah tukang masak yang sama. Pendek kata, jika di situ, samada berbufet atau tidak, sama sahaja.

Hmmmm......mati akal sekejap! rasa tertipu...
.
.
.
.
.

.
.
.
..
.
.
Lagi satu, tomyam dia manis!..menggelugei tekak.

*

Tuesday, August 17, 2010

Bulan kemerdekaan...

*

Bulan ogos bulan kemerdekaan. Teringat 3 tahun lepas tika belum lagi start cuti kerja tapi ada gaji. Sambutan bulan kemerdekaan. Konvoi berbasikal bersama anak didik.

Tapi tahun ini, bulan kemerdekaan serentak dengan bulan puasa. Masih ada lagi kah aktiviti seumpama ini?...Harap-harap tidak ada. Takut puasa anak didik terbarai di tengah jalan. Siapa nak tanggung?..hehehehe..








Point aku di sini...Aku rindu sekolah. Rindu suasana sekolah. Dua tahun meninggalkan suasana itu. Tak sabar rasanya aku nak balik sekolah. Sungguh!. Cepat-cepat lah masa agar aku dapat siapkan kerja-kerja duniawi yang satu ini...aku dah tak larat...letih!



*

Sunday, August 15, 2010

Gila...

Berkecimpung di arena persosialan internet menjadi tidak cukup gampang jika tidak ada akaun Facebook...sebab dia, berkata.

“Kami membina web, di mana asasnya adalah sosial,” kata Zuckerberg ketika mengumumkan Open Graph. ( SINI ) . Kerana itu, semua sudah menjadi kegilaan.

1. Gila mencari sahabat..yang lama, yang baru. Dan, terbaru kategori marka-marka dan balak-balak.

2. Gila mempromosi kehebatan diri walaupun di masa yang sama, menafikannya. Tapi jelas terpancar unsur unsur riak dari nada ayat-ayat yang digunakan.....Huh!

3. Gila mempamer gambar yang cantik, padat, ketat....disamping menunggu komen yang memuji.

4. Gila menulis status...selang 4 minit satu status. selang 4 minit satu posting..selang seminit...muncul status lagi...hatta menaip.." aku sedang mengorek hidung di tika ini..anda pula macam mana?"

5. Gila menayang gambar aktiviti sendiri sambil menunggu reaksi kawan....dengan harapan dapat perhatian

6. Gila.........



( Sila Tambah sendiri....senaraikan kegilaan mengikut citarasa sendiri...)

*

Wednesday, August 4, 2010

Adik ku sayang....

Fuh!!...

sejak lepas subuh hari ni, sampai nak ke subuh esoknya....hati bedebar-debar. Banyak hal berlaku. Serentak sekali ruppp...Pakej! kata sahabat aku.

Hampir sentap, apabila diberitakan pak mer dimasukkan ke wad kecemasan. Serangan diabetes. Boleh tahan dia punya Attack. Terkebil-kebil hampir pengsan. Pernah sekali kena ekoran terlalu kurangnya gula dalam badan. Orang sebelah berkejar ke rumah pak mer. Sesampainya disana, ambulan dah ada bersedia untuk membawa pak mer ke Hospital.

Aku tidak pasti. Dalam keadaan mamai, aku dipesan orang sebelah supaya menjaga adik yang badannya menjadi sangat panas melampau.

Oh, Ya. Lupa nak beritahu. Adik kena demam beguk. Kata orang kariah aku, bengkak cantik. Bak kata Tasek Merah, celah mana datang cantiknya, entahlah! Bila jumpa doktor, dia cakap kena Mumps....

Pada masa yang sama, aku perlu bergerak ke Bangi. Menguruskan urusan duniawi yang buat aku cukup tertekan...(tetekan?). Habis semua hidup jadi lintang pukang. Malas dah sebenarnya nak tulis...tertulis ugak sini...aran cako...malas nak edit...biarlah.....Lebih-lebih lagi jika dapat jawapan yang semuanya, hentam aku balik...hang urus masa teruk!...jadual kerja lintang pukang! banyak bertangguh kerja!......

Ntah bila masa nak sampai ke penghujungnya entah la....masih libang libu, kata orang kariah aku.





Pagi sebelum ke Bangi, aku membawa emak ke klinik. Rutin menge'cek' darah. Melihat persen gula dalam tubuh. Pada masa yang sama, MakLang mek yang kematian paklang juga ikut sama. Bukan nak mengutuk klinik di tempat sendiri. Tapi realitinya gitulah. Lambat nak mampus!
hampir 3 jam lebih menunggu, baru siap segala urusan.

Lagi sekali menerima berita sentap. Panas badan adik mendadak naik. Mak mer telefon suruh tengok. Sepantas schumacher, lepas hantar mak dan mak lang, aku pederasss kereta....deras sungguh!..Habis semua kedai tepi jalan tercabut bumbung terkena angin kereta aku..(maaf:..bab cabut bumbung tadi aku bohong).

Sampai rumah mak mer. Tengok adik. Menggeletar. Pegang badan>>>>>>>fuh. Macam bara! Terus bawak ke hospital berdekatan yang jaraknya hampir 32 km.,.....(jauh kan?..mmm..)

Dipendekkan cerita....sekarang...tika aku menaip n3 ini....hati masih berdebar-debar tengok keadaan adik....dadanya mula berombak. Nafas kedengaran mengeruh ngeruk...hai..takkan asma dia datang balik..?????( 1 + 1...jgn lah...

...
..
..

Monday, August 2, 2010

selumbar emas

satu lagi vid clip aku jumpa...



sound, supa dejeiii...


*