Jom...

Thursday, May 27, 2010

Betul...

*
Petang petang panas merecing, teringat arwah ayah..


"Kalu jawad soklan cekgu, jangan jawad beto nae..". Pesan ayah aku. Terdiam. Walaupun masih sekolah rendah, aku sudah berupaya menaakul bahawa setiap soalan cikgu mesti dijawab dengan betul. Kenapa ayah tak bagi jawab betul?.

"wokpa tak buleh jawad beto, ayah?" Aku bertanya dalam loghat pattani. Loghat kariah pertama aku. Sila rujuk kamus.

"kalu satu capo satu, mung jawad beghapa dae..?."..Aku tahu ayah sekadar menduga. Tak kan satu campur satu, aku perlu bukak stoking nak kira guna jari kaki.

"dua lae yah, beto dak?.". kilas klek.....

"beto..., sebad tu mung jangan jawad beto..jawad lae dua..."

Aku terdiam. Dalam terpinga bodoh terselit rasa kagum. Ayah aku yang best!

Aku merinduiiii mu...



*
Selamat hari bapa......(walaupun aku tak pasti bila....aku tulis jugak)


*

6 comments:

Kaktiny said...

hari bapa katanya hari minggu - minggu kedua bulan june..

mmg terror jawapan itu.. aku yg dh ada master nih pon tak terfikir jawapan tuh..

mmg terror sungguh!!...

sungguh terror..
kagum kagum kagum..

Yunus Badawi said...

ko rindu ayah ko ya? Mmg banyak yg kita pelajari dari ayah kita. Mungkin cara dia menyampaikan berbeza dgn cara org lain tapi dari situlah kita mula belajar.

Hari ni genap 17 tahun ayah aku meninggalkan aku huhuhu

Twinkle said...

Al-fatehah.....

iina said...

hahahah best222 jawapan arwah ayahanda cikgu den.. kalau aku pun tergelak gak dengar.. hari ayah bln 6 nie.. cam bg hint2 jek nie hehehe ;)

ibundo said...

aku lebih beruntung kerana abah aku masih ada. umur dah 86 tahun tapi masih gagah.
hari ayah tak lama lagi ek..

anjang said...

ayah aku pun masih gagah perkasa, ckigooodeen aku boleh bayangkan cara ayah mu berkicik. dia memang sempoi