Jom...

Sunday, April 4, 2010

kadang-kadang kita jadi mamai tak ingat...

****
Apa perasaan tokey restoran jika ada seorang pelanggannya terus belah setelah selesai makan sambil melepaskan sendawa sedas dua tanpa pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan yang dimakan dengan tanpa ada rasa bersalah sebab makan free..?

.......

ha ha ha......aku lah pelanggan mamai itu...terlupa beb!..

Lepas makan aku angkat punggung. Selamba rock aku pergi ke kereta. Terus gerak ke Library di Kampus tepi bukit itu. Bila sampai. Parking kereta. Terasa macam ada benda tak setel. Aku tak berapa pasti apa perkara yang tak setel. Sambil bawak kereta tadi pun jenuh memikirkan apa benda rasa macam tak setel ja....Jadi serba tak kena....Tapi aku tak dapat kesan....

Semasa berjalan menuju ke tangga khutub khanah Universiti Tepi Bukit itu baru teringat, makan tadi belum bayar. ha ha ha....loklaq betuii.. Patah balik ke kereta. Terus ke kedai makan tu.

Dari jauh dah senyum kulat-kulat kak kaunter...Aku syak dalam kepala otaknya, terselit ungkapan, Nak makan free ke mamat ni..?..

Tapi aku tak kesah apa dia kata..memang aku lupa sungguh...biasa lah ...mamai ni bukan tentu ketika kalau nak jadi....Tapi kes lupa nak bayar ni, tak lah seteruk kes seorang kawan aku dulu....

Dah sampai sekolah baru sedar...kaki kanan kasut lain, kaki kiri kasut lain......masa keluar rumah tu, main sarukkk saja...tak tengok dulu. Lagi tepat. Memang Mamaiiii......hahahaha!


Salammm Hormat...

*

8 comments:

ibundo said...

haha.. memang sah ko mamai. Nasib baik ko patah balik bayar. Kalau buat dono je gerenti ko dah tak berenti2 tekejar-kejar masuk bilik air. Jangan main2 ooo..haha..

Anonymous said...

Awat la jadi lagu tu hahaha!

Maknanya apa? Dah tua ka?

:D

WL

Kaktiny said...

weih.. hang meroyan ka apa nih??.. hahaha..

penangan final semester sebegini teruk kah?.. aduhaaaaiiii!!...

Twinkle said...

Lain kali makan kat warung tu...sila baya dulu..hehehe

tah ape yg diingatnya sampai lupa nak baya....

Whitetulip Tales said...

Salam.

Adegan neyh kan..seswai skali cm adegan c sudin lam filem Bujang Lapuk.

Sudin : Wak, len kali lau kami makan kat sini, tak payah la minta duit.

Wak : Hahaha ko ingat neyh kedai bapak ko yang punya??

@_@ Moral of d story..jangan selalu mamai!hihihi

iina said...

Itu penyakit org byk fikir.. hehehe tak fokus22 ;)

Tiniedia said...

Ish3x, ni mesti tang makan tue makan kari kepala ikan..tak pun ada semut dlm lok tue tak pasan..tu yang mamai tuh

Masy said...

dah teruk betol ni, ni tahap nyanyuk dah ni cekgu oitt hahahahah