Jom...

Sunday, February 21, 2010

Celik IT...




Aku tahu gambar ini sudah dimanipulasi...memang dah dipulas cukup-cukup. Kesian model kat dalam gambar ini. Seluruh dunia melihat mereka. Cuma aku terkilan,masih ada lagi 'pemulas-pemulas' ini. maksud aku, 'pemulas' yang memanipulasi gambar-gambar seperti ini.

Aku yakin korang akan tersengih, senyum gembira melihat gambar ini pada mulanya. Sama seperti aku juga... cuma dalam kondisi sengeh-sengeh tu, cuba-cubalah ambil ingat. Cuba-cubalah berfikir dalam sikit.

Jika gambar kalian yang dimanipulasi seperti gambar diatas oleh 'pemulas-pemulas' bertangan gatal....adakah kalian juga turut tersengeh?...tersenyum suka seperti 'pemulas-pemulas' itu...?


Fikirkan sejenak.

Dalam dunia ini, memang ramai 'pemulas'. Tak perlu pergi ke Alaska. Bahkan ke Afrika. Lihat saja sekeliling kita. Ramai 'pemulas' yang senang lenang dengan memulas kederat orang lain.

.......Aku nak sambung belebei tentang 'pulas-memulas' ini...tapi aku tak sempat. Otak aku berfikir tentang perkara lain.. Tiba-tiba dia datang. Oleh sebab perkara ini lebih penting, maka terpaksa laluan diberikan kepada dia....

Salammm..hormat!....

Monday, February 8, 2010

Cerah Gelap Cerah Gelap....


*

Hari ini, jam 3, saya berkesempatan menghantar anak ke sekolah agama di sebelah petangnya. Kekadang, saya tak sempat. Mungkin saya berada di kariah yang satu lagi, atau jika tidak disana pun, mungkin saya tak sempat nak hantar mereka ini kerana menyelesaikan hal duniawi yang tidak kurang pentingnya.

Terserempak dengan kawan. Lalu ditegurnya saya.

"Hang tak habis belajaq lagi..?'.

Tanya dia sambil duduk atas motor yang tidak dimatikan enjinnya. Juga menghantar anak ke sekolah agama. Cuma saya musykil, kenapa dia berkain pelikat ketika menghantar anaknya petang-petang begini.

"Ada setahun lagi..ujung tahun ni habis la kut."..Jawab saya. Pada masa yang sama saya menghulur duit belanja untuk kakak dan adik. Sorang seringgit buat makan-makan di kantin waktu rehat nanti. cukup seringgit.

"Tak lama lae..gelap cerah, gelap cerah....habih lae..". kata dia. Terus belah!

Tanpa sempat saya nak jawab, dia dah pergi dengan motor. EX-5 warna biru tuanya,.. Ya!..dia berkain pelikat di waktu panas jam 3 petang.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

Tak sempat nak melontarkan dialog balas. Jika sempat nak jugak saya jawab.....

amboiii..amboiii....senangnyaaaa cakap...haih!


*

Wednesday, February 3, 2010

Monday, February 1, 2010

Sesekali bila meraban.....

Jika hati tak senang adakah kita mampu untuk senyum? jamin kerat kuku, pasti jawapan kalian berkata tidak. Sesungguhnya, tahun 2010 dah habis sebulan. Tinggal berbaki 11 bulan. Juga bermakna, bulan januari 2010 dah ghaib....hilang dari kalendar. kita sekarang mendepani februari...HUH!
(soalan: adakah betul penggunaan perkataan mendepani..?)

Sekarang Sudah masuk bulan dua. Kerja-kerja aku masih di tahap terkial-kial. Tempoh kerja berbaki dua bulan. Terus terang aku mengaku, jiwa aku tak tenang. Aku mendepani keresahan...HUH!
(soalan: adakah betul penggunaan perkataan mendepani..?)

Seperti kata-kata Saudara Mazidul Akmal (2010: 132),..."Apa yang saya nak kongsikan disini..". Ya, aku cuba berkongsi....Berkongsi situasi ini...bersama kalian. Harap kalian juga mendepani situasi ini bersama-sama aku...HUH!
(soalan: adakah betul penggunaan perkatan mendepani..?)

Ok, kita tinggalkan soal tak penting ini. Kita berbicara hal yang lain. Soalan lain. Jika kawan kita dalam kesusahan. Atau ditimpa musibah. Atau sedang bergelut dengan dateline. Adakah kita mampu tersenyum melampirkan kegembiraan?...Mungkin ada..!
(soalan: adakah betul penggunaan perkataan mendepani..?)


Utk kalian yang secara teorinya, pandai. Dan, aku secara praktikalnya masih bodoh. Tolong hentikan berbicara tentang hal-hal sensitif kaum berlawanan dengan kita. Tidak kira kalian, bangsa Cina !, India !, malah bangsa apa sekali pun.....tolong la...hentikan!

mesej dari aku..!