Jom...

Monday, February 1, 2010

Sesekali bila meraban.....

Jika hati tak senang adakah kita mampu untuk senyum? jamin kerat kuku, pasti jawapan kalian berkata tidak. Sesungguhnya, tahun 2010 dah habis sebulan. Tinggal berbaki 11 bulan. Juga bermakna, bulan januari 2010 dah ghaib....hilang dari kalendar. kita sekarang mendepani februari...HUH!
(soalan: adakah betul penggunaan perkataan mendepani..?)

Sekarang Sudah masuk bulan dua. Kerja-kerja aku masih di tahap terkial-kial. Tempoh kerja berbaki dua bulan. Terus terang aku mengaku, jiwa aku tak tenang. Aku mendepani keresahan...HUH!
(soalan: adakah betul penggunaan perkataan mendepani..?)

Seperti kata-kata Saudara Mazidul Akmal (2010: 132),..."Apa yang saya nak kongsikan disini..". Ya, aku cuba berkongsi....Berkongsi situasi ini...bersama kalian. Harap kalian juga mendepani situasi ini bersama-sama aku...HUH!
(soalan: adakah betul penggunaan perkatan mendepani..?)

Ok, kita tinggalkan soal tak penting ini. Kita berbicara hal yang lain. Soalan lain. Jika kawan kita dalam kesusahan. Atau ditimpa musibah. Atau sedang bergelut dengan dateline. Adakah kita mampu tersenyum melampirkan kegembiraan?...Mungkin ada..!
(soalan: adakah betul penggunaan perkataan mendepani..?)


Utk kalian yang secara teorinya, pandai. Dan, aku secara praktikalnya masih bodoh. Tolong hentikan berbicara tentang hal-hal sensitif kaum berlawanan dengan kita. Tidak kira kalian, bangsa Cina !, India !, malah bangsa apa sekali pun.....tolong la...hentikan!

mesej dari aku..!

15 comments:

xiiinam said...

Saya hari hari mengadap murid-murid dari pelbagai kaum.....sangat payah menjawab soalan-soalan mereka yang masih hijau ini....(yang keliru dengan senario yang dibawa mereka yang 'bijak pandai' di luar sekolah...)

Yunus Badawi said...

Suka tak suka kita kena mendepani perkara2 ni semua. Takkan kita nak membelakanginya pulak? hehehe

ashley said...

Aku jalan ke depan.
Yang boleh ngundur belakang??
Kereta aku...
.
.
he he he relevant kah?

Mak Su said...

maksu pun rasa nak meraban juga, tapi tak de mende nak dikongsi, huhuhu

julietchun said...

cikgu dalam dok kalut2 gitu bila tem kuar result gempak abis,eheheehe.

iina said...

emmm.. susah bila bangkit isu2 kaum nie.. kan elok kalau hidup sama2.. gembira sama2.. good luck cikgu.. tgh taip thesis ke?

AZANI said...

salam cikgu,
sayapun dilema....

Nizam.Ariff said...

Err... apasal aku tak rasa apa-apa pun?

...

owh! Aku anti-sosial...

Anonymous said...

tapi saya rasa apa yg awak rasa...lua hepi...dlm sape yg tau kann....

fuhh!..bluessss...

"Orang Jelai" said...

yang aku nampak situasi sekarang...bila Melayu nak tegakkan hak dia ..dia digelar "racist"...bila robohkan hanya gerai melayu di tanjung nu...x pulak digelar "racist"..mana pegi pejuang haprak yg dulu menggegarkan langit "malaysia" yg kononya rakyat tertindas...semuanya kecut telo takut tidak diberi undi bila tiba musim mencari "pangkat"...hanya jauhari yg mengenal manikam..

tasekM said...

.... aku nk senyum je dgn org yg tgh tensen nih...



:)



.

オテモヤン said...

オナニー
逆援助
SEX
フェラチオ
ソープ
逆援助
出張ホスト
手コキ
おっぱい
フェラチオ
中出し
セックス
デリヘル
包茎
逆援
性欲

Anonymous said...

tulis komen diruang ku jarang sekali....
Tapi dh 3 kali cikgu kata ckLah sombong kat kotak komenku.....

Apa kes?

Respon komen pun tak sudi...sapppa yg sombong ni? cessss!

Zyma Da` Catwoman said...

Salam Cikgu.....

Sy juga rasa seprti Cikgu rasa.
Aduhhhhh.....

Tensen!!!

Kurau Stone said...

Cikgoodeen...saba la ek....