Jom...

Saturday, January 9, 2010

Duk tak duk, aku teringat Sabah....kenapa hah?

*

Semenjak dua menjak ini, hati aku cepat tersentuh. Sentap. Mungkin penangan kerja study aku yang aku tak pasti dapat buat ke tak...Rasa nak mengalah. Bunuh diri.

Tiba-tiba emosi dicuit kenangan-kenangan lama. Aku teringatkan tempat aku mula-mula kerja dulu...

Lebih-lebih lagi ada beberapa orang anak murid aku semasa aku berkhidmat di Sabah meng'kontek' aku. Hubungan terputus terasa seperti disambung-sambung kembali. Disirat kemas dalam memori.

Hati aku melonjak untuk pergi semula ke Sabah.

Kawan aku pernah menyebut..

"kalau kau dah mengajar di Sabah, jangan sekali-kali naik Gunung Kinabalu...jika tidak, pasti kau tak dapat melupakan negeri ni..".Kata dia yang dah lama mengajar di sana. Dan, semasa dia bagitahu perkara ini, tempoh perkhidmatannya di sana sudah mencecah 12 tahun . Lama tu.....

"..sampai bila-bila". Dia menambah. Aku menggeleng kepala tanda tidak setuju.

Betul. Aku tidak percaya apa yang dia cakap. Pada aku, Perkhidmatan aku di sana sekadar memenuhi tuntutan posting kementerian pendidikan. Cukup tempoh masa dan haulnya, aku akan pulang ke kampung halaman.

Bila dah balik kampung, tak mungkin aku ke sana lagi. Ibarat cerai talak tiga. Tak boleh dirujuk kembali. Finished ..! Tamated.....!

Tapi...tidak sekarang. Di keheningan waktu nak ansur-ansur mendakap subuh, aku sendirian mengakui kebenaran kata-kata kawan aku itu. Lebih terkesan di lubuk otak, bila aku membelek gambar-gambar lama..........terus Aku scan. Sekadar berkongsi cerita dengan korang, aku uploadkan di sini..

bersama team KRS aku dulu......


Tapi ada satu tempat yang cukup aku nak pergi dua kali jika ada kesempatan......Nak tengok pokok ni sekali lagi. Besar sungguh. Tak pernah aku jumpa dan pegang pokok sebesar ini..hahahahaha!


Salammmmmmmmmissu...


Bulan 6...jika tiada aral, aku mungkin pergi ke Sabah.....tak pun bulan 7...atau 8. Mungkin 9. atau 10...ntah..bulan 11 kut..


*

14 comments:

Watie said...

Bagus la cikgu ke sana lagi....tapi saya dah lama ada kat semenanjung...tak mungkin kembali ke sana...banyak memori...

AZANI said...

salam cikgu,
sayapun dah hampir 15 tahun meninggalkan Sabah..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

watie:

aik?...semenanjung kat mana?...


Azani:

lama tu...

Watie said...

Selatan semenanjung cikgu...

iina said...

Alah cikgu kalau takat sabah tuh pergi jek bukan jauh pun.. dulu lepas saya balik dr uk.. lepas 3 thn rasa nak dtg sini balik cukup kuat.. cuma duit jek xcukup dan kos amat tinggi.. Rasanya setiap orang camtu kan..

KAKTINY said...

alaaaaa....
aku tauuuuuuuu pasai pa...
aku tau pasai pa hang tetiba teringat citer dan memori 'daun pisang' kat sabaaaahhhh!!!..

ni gara2 citer si anne yg pi sabah tu kan kan kan kan kan..

tu yg hang mula meroyan teringat sabah jugak kan kan kan.. kehkehkeh

tasekM said...

den... hang pi sabah aku nk ikut.

he he.

:P


.

Anonymous said...

nak ikut jugakkk......

Mak Su said...

saya gi Sabah dalam mimpi saja bah, sambil nyanyi lagu aku semut merah

Masy said...

apdet apdet!!

Shifu67 said...

wahhh... sekarang ni dah ada scanner eii

Sri Norfitriani said...

cikgu memang kena pi melawat bebudak tu kat sabah... diorang majoriti dah kerja cikgu, pau diorang cukup2, especially si gladys.. haha

S.YanaZ said...

habaq ja la teringat aweks Sabah ... .
:|

nordee said...

ye...saya dah duduk sabah 9 tahun ..tak tau bila nak balik...kalau dah balik nanti mesti teringat jugakkan..hoho...sedih lak