Jom...

Wednesday, June 17, 2009

Anak Kampong...

*
Jaga-jaga korang. Jangan berani nak dekat. Korang rapat aku tibai. Minta maaf, bukan aku maksudkan kalian yang membaca blog bersepah ini. Tapi aku tujukan kepada musuh-musuh kepada dusun durian aku. Maksud aku, kepada segala kaum kerabat kera, berok, tupai dan babi hutan.

Ya..celaka-celaka ini lah yang membuatkan aku rasa letih. Penat. Rasa tak berbaloi buat kerja-kerja gini. Aku dah bersiap-siaga dengan benda ni…lintas jer aku tibai.

*senapang Lan…baru lagi. Masih berkilat. Jeles aku haih….


Mari lah ke mari wahai celak-celaka itu, kalau nak mampus!...ha ha ha.
Nampak kejam kan aku ni?...saja ja nak bagi nampak ganas sikit. Eleh…tu pun tak boleh ka?..ha ha ha…

*mengacu senapang. Petang tu sempat bubuh sedas…

Dah lama tak menembak. Dulu-dulu, aku pernah la mengikut kawan aku menjejak binatang hutan. Sejak dua tiga tahun kebelakangan ini dah tak join. Tak ada masa. Cuma sekarang, bila cuti-cuti ni, bila aku dah mula naik ke bukit Ayah. Maka, aku mula menjejak semula. Dengan kawan sekampong. Betul..!. kami anak kampong. Semak, belukar dan hutan separa belantara menjadi tempat kami meronda-ronda.

Aku dah berkira-kira nak sambar sepucuk. Tapi masih belum cukup syarat. Proses nama geran tanah arwah Ayah belum setel. Jika dah siap, mungkin cukup agaknya syarat memohon natang letup ni…Syarat keluasan ekar tanah dusun dah cukup. Itu yang aku tahu. Kemungkinan ada lagi syarat-syarat lain. Aku tak pasti. Belum check betul-betul lagi. Buat masa ini, tak perlu aku pikir dulu. Biar keadaan menentukan. Duit boleh cari. Cekau la kat mana dapat.

Dua minggu lagi, aku dah balik ke Bangi. Menyambung kuliah. Aku mula menjadi anak bandor pulak!. Menyelesaikan tugasan esei yang pasti menyenakkan kepala aku semula. Aku redho…Kebun aku, dusun aku, durian aku?...aku pawah ke kawan untuk menjaga. Sesekali aku balik rumah, itu jam aku naik semula bukit ni…


pengumuman: Ada sapa sapa sini yang ternampak atau terjumpa Handphone aku, tercicir mana tak perasan...Tension wooo.....Ilang handphone...Aduuiiiii...





*

19 comments:

anjang said...

derhoyan dah luruh ke din. Kat rumah bapak mentua aku belum lagi

anjang

NaqeebLukhman said...

kesian kat hewan2 yang chumil tu kena tembak hehheee

hengfon hilang....... haaaaaaa oh tidak.... tak pernah nampak lak...

U-Seri said...

beto kae mu ni ding... kae saja dok ek jae.... nak takat gamba, saja2 wat2 dok uting lae tu....

ashley said...

bab menembak pulakkkk..
mesti azani dan dak Nizam nak joint menuntut ilmu ngan hang ni.

iina said...

itu namanya suh beli hp baru tuh.. apa gik.. beli2..

yong said...

henpon hilang???...kesiannn...

beh lei kebung tu...rindu kelik zaman kanak2 yang paling beh...amba dengan selamba nya kan meneroka hutan kebung tu...konon2 berangan ala-ala RAMBO

julietchun said...

"Jangan tembak". Kecut perut tgk cikgu acu senapang. Tau ke cara nak guna tu?

Nia Arissa said...

heee..best tu ada dusun..siap bleh naik bukit lagi... kita ni bukan ada dusun... semak blakang umah ada la.. la ni pun umah dah dekat2..mana nak tnam pokok2 tu sumer... pokok bunga bleh la... xkan nak tnam pokok durean dalam pasu kot... biar betul ...ha3...

klu dlu henpon hilang..aku mcm nak sparuh mati... la ni x dah ...
sapa lg aku nak call ... tiap2 hari sua muka... a.k.a laki aku la...

sory cikgu... kawe x nmpk hengpong tu..

Yunus Badawi said...

hp ko entah2 disorokkan oleh monyet2 yg ko nak tembak tu kot? hehehe

oh ya aku nak cadangkan ko jemput rakan2 blogger ni pergi kebun ko bila musim buah lain kali. Kita kenduri durian kat sana hehehe

sf said...

bahaya ni! tak boleh melawak lebih2 ni ... hehehe

Mak Su said...

saya terbyg cikgoo sedang bertembak2 dengan koboi wild wild west

Shifu67 said...

balik bangi ko tak leh nak 'menembak' le... jadi baik habiskan peluru2 tu... tembak cukup2

tasikmerah said...

kejam tau....

:p

Nizam.Ariff said...

Aku tak pernah pegang senapang. Bila tengok gambar tu, bukan ke kamu pegang senapang tu terbalik?



Kasi gua kelonsong kosong buleh tak? Gua nak jahit kat talipinggang... Rockapak!!!! hahahaa

AZANI said...

Masa ini, saya pun nak satu kalau boleh,sana sini rompakan pun pakai pitol atau senapang,tak terlawan kalau pakai parang je.

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

ANJANG
tak berapa nak luruh betul2 la njang...

NAQEEB:
ko kesian hewan, ngan aku, ko tak kesian..tak best la KO..ha ha ha..

U-SERI
tu dia..baghu napak batang idung, ha ha ha..aku acah jae..nak takat gamba...

ASHLEY:
saja terai-terai..tapi sungguh, aku minat nak beli...Nizam ngan Azani, aku tak tahu la minat ke tak..

IINA:
masa aku balas mesej ni..tokei kedai makan telepon, bg tahu hp ada di kedai dia,,, lega aku haih..

YONG:
yong ku yang stei...kebong arwah chey mung lagi stei,dekat sungae..

JULIETCHUN
tahu la guna,,,pernah terai tembak, termimpi2 dia punya trill..tu yg teringin nak angkat satu..

Cikgooden (Selumbar Emas). said...

NIA ARISSA
takpa, hp tu dah jumpa..kirim salam ke laki hang..he he he..

YB:
kalau ada , tak sempat monyet tu nak sorok hp aku, kawan aku dah tibai..ha ha ha
apa?..jemput blogger mai makan durian?..mau ka blogger bandor nak turn kampong?..saja la tanya.

SFAQIR:
saja la eksyen..ha ha ha..bila nak mai batu kurau, makan durian..eh nak habaq la, pakteh cha tak sihat, tahu dah kan?..

MAKSU:
aku terbayang macam cerita High Capparal...ha ha ha...manolito guna senapang cenggitu la agaknya..ha ha ha

SHIFU:
ha ha ha...hang saja yang paham aku,,,betul, aku nak 'menembak' puas2...balik bangi tak la gian terlampau..ha ha ha...

TASEK:
ooo..hang sayang musuh aku daripada aku,,,tak geng langsung, haih..HA HA HA...

NIZAM:
kata tak tahu guna, kata aku pegang terbalik?..tera hang no?..

AZANI:
jom pi beli...kawan aku guna FABARM,2000. elofu..apa ntah lupa, double barrel..made in Italy..lawa oooooo..



SALAM SEMUA..

NaqeebLukhman said...

kat tuan kebun pun kesian juga...


harap2 tuan kebun tu comel hahahahahaa

nordee said...

kalau duduk keningau..puas le cikgooden tembak menembak...

dah jumpa tepon?