Jom...

Friday, June 26, 2009

Anak Kampong #3 : Jual Durian..Dapat Duit Buat Beli Beras, Ikan dan Kain Baju....

*

masih cerita pasal durian...ntah, suka pulak cerita pasal durian..ha ha ha.


*cepeling*

“Tak mengajar kae cikgu?”…Semenjak dua minggu kebelakangan ini, sering aku diaju soalan sebegini. Terlalu kerap.

“Saya cuti..”..Ini jawapan aku pada mereka yang suka bertanya itu. Ramai daripada dorang memang tak tahu aku sambung belajar. Tak pernah aku buat pengumuman di Masjid pun.

Dan, selalunya pelbagai reaksi aku dapat. Antaranya..

“cuti jaga durian?.”
“Aik..dah cuti dua minggu, sambung cuti lagi?”
“Hang mengajar petang ka?.”

Tapi ada satu, cukup menghiris hati. Lokla'q sungguh melawak camtu. Ada ke patut dorang kata aku kena buang kerja…Ada yang kata aku kena gantung kerja. Sebab ada kes. Aduiii....sedih aku.

Itu reaksi dua tiga orang kampung bila tengok aku ke hulu ke hilir, walaupun cuti sekolah dah habis. Aku kesian tengok dorang. Kesian sebab susah susah pikir pasal aku. Memang betul la, aku jaga durian aku. Cukup nampak kerja kampong, brader.

Lepas hantar anak ke sekolah, terus naik bukit. Cari buah. Turun. Aku jual. Walaupun ada sebijik dua. Lepas jual pergi kedai. Beli barang dapur. Ikan. Hantar ke rumah. Pastu keluar balik. Lepak kedai kopi. Sembang pung pang pung pang. Sambil-sambil membalut rokok daun.. Fuh!....real punya kerja kampong, brader!. Sebab tu aku tak heran bila ada orang heran tengok aku sedap-sedap rilek, tak pegi mengajar..ha ha ha…


Buah tak banyak jadi tahun ni. Terasa kurang. Ni salah satu tempat pengumpulan. Ada dua atau tiga lagi...malas nak pi ambik gambar...

Ini pun gambar aku ambik dari jauh ja...dorang tahu jenuh aku...kena takeir dengan golok , mapoh! ( sila abai ayat kuning ini..ayat kariah aku..hi hi hi..)

Begini lah suasana tempat jual durian . Bagi penduduk kampong macam aku, cara menjual durian adalah melalui orang tengah. Ya, orang tengah akan membeli daripada tuan, seterusnya menjual kepada pembeli yang datang dari pelusuk mana aku pun tak kenal. Selalunya mereka ini, samada datang dengan lori, kereta atau hanya motosikal. Selalunya mereka akan membawa durian ini, ke mana mana destinasi untuk dijual. Yang korang jumpa peniaga-peniaga di tepi jalan, bawah pokok, di market ikan, malah di depan supermarket adalah terdiri dalam kalangan mereka ini.

Bagaimana durian dijual beli?..ya, aku dengar apa kalian tanya itu..Siapa tadi yang tanya?..he he..tak kisah la siapa pun. Memang aku nak cerita. Adapun cara menjual beli durian cara kampong cukup istimewa. Unik. Kekadang, boleh sengsara tuan punya durian.

Jual durian jenis kampong ni bukan guna beratan kilo. Jual durian kira rangkap. Selalunya harga serangkap mengikut pasaran semasa. Buat masa La ni, harga serangkap RM4.00. Boleh tahan. Setiap rangkap selalunya dua biji durian bersaiz sederhana besar. Istilahnya 2 satu..jika kecil sikit saiz berbanding tadi, jadi 3 satu..bermaksud, 3 biji (tangkai) dikira sebiji. Walaupun ada sesetengah buah dah hilang tangkai, masih di kira sebiji juga..

Jika buah itu agak besar, sedap-sedap mata orang tengah tu memandang, mungkin dikira satu. Dapat lah harga RM4.00 sebiji. Jika tidak, kena la rangkap-rangkap dengan buah yang lain. Selalunya jarang ada yang macam ni. Depa kira nak kapohhhh ja.!

Kes rangkap-merangkap ni, kekadang menyebabkan tuan buah bermasam muka. Tak puas hati. Walaubagaimanapun, dorang tak dapat bersuara. Jika bersuara lebih-lebih, buah dia tak laku. Orang tak nak ambik. Tersepit la dia. Bayangkan, mana nak letak buah yang ada. Makan?. Setakat mana nak makan. Muntah belilah la, hari hari makan durian.

Okey..! Aku nak gi cari deghian dulu na...bulan depan sambung len...sebab aku nak balik Bangi dah. Nak sambung kerja2 yang menyenakkan kepala. Minggu Depan. maknanya, deghian tu aku pawah ke kawan aku suruh dia jaga...mintak2 jangan dia pi Kekah deghian aku sudah la. Makan Asap la aku...





*

17 comments:

julietchun said...

arini ari jumaat, eloklah cikgu buat pengumuman kat mesjid naper cikgu dok kat umah lagi padahal cuti sekolah dah abis,kekeke.

gitu gayanya jual durian kat kg ye,buleh masuk majalah 3.

Mak Su said...

hihihi, mmg sedih kalu spekulasi sampai bab kena buang kerja.... huhuhuu

sabo jer lah, tak semua orang dapat agak hal-hal peribodi kita, ek.

raiHan KauThar said...

kapoh jangan tak kapoh...seingat amba lei...amba beysa beuruh nega dengan ah hok, & ah pok....kiranya dari umo 6 tahung sapei lo ni pong...urusan menjuei buah derian, diserahkan kepada amba kalu amba ada di kapong.....beh jugak...pah bulih duik, tulih dalan buku hat arwah chey buat...rekod....perggghhh...
serenok..tu belum cita bad koce lepuk lagi....hat ni lagi A

if only... said...

nak doyannnnn

aza ni said...

kena ngadu kat wakil parlimen ni,kata parlimen ada pesta durian, harga dapat baik sikit.

ASH said...

Laaaa ish..
aku dengark bunyi 'PUNG PANG PUNG PANG' tadi..
aku ingat kut bunyi orang tembak kebau pendek ke, tupai ke..
ghupanya hang ka yang dok bersembang kat kedai kopi???

ish ish ish..nuuuu..
ha ha ha ha

ladylikeme said...

uiksss

xmau hantaq belah sini sama ka....

kenduri ari jumaat..

ha ha ha

iina said...

cakaplah cikgu dah naik pangkat.. skrg nie tgh cuti rehat naik pangkat hehehehe.. nikmatilah masa semasa bercuti nie.. esok2 takde peluang dah nak bercuti sakan ;)

Nl said...

kaya ah cikgu juai deghian hehehehehehee

Cikgooden said...

JULIETCHUN:
majalah 3?..he he he...Betul la,memang nak kena buat pengumuman kat mesjid jugak ni..he he he

MAKSU:
speko orang kadang2 kita lak jadi psycho...gitu la..

YONG:
Aku tak jual kat apok....aku jual kat Haji Kudin..Kenae hahji Kudin?..ha ha ha..masa bila dia gi haji tak tahu la...
Koce lepok..ada draft n3 dia...tunggu nak post ja...

IF ONLY:
..Sallllllll....lamanya menghilang.he he.
Nak Doyan?..Mai la sini...

AZANI:
Jika ke parlimen, tak payah la...Org beso2 atas tu susah nak pikir bende2 kecik camni...

ASHLEY:
saja la seronok2...yg hang bila nak bukak pintu untuk aku?..saja tanya.

LADY(angah):
mai la sini...nak bawak susah la, angah.hik hik hik..

IINA;
naik pangkat..ha ha ha...Lagi la depa tak pecaya barangkali...
betui..aku nikmati cuti ni sungguh2...sementara ada..lepas ni mungkin aku merindui saat bercuti gila sakan nih..ha ha ha ha

NAQEBB:
tak sabit jual durian pun aku dah kaya...Kaya hutang!..ha ha ha...

AloyCaricature said...

boh cita pasei koce lepok lae pulak..cita pasei api sabok,pasei asat cok idong,pasei hapa atas para..dema leng nakthu belaka..

(mintak maaf..bahasa yang digunakan agak memerlukan lidah anda bergulung-gulung.sesekali baik untuk senaman lidah..)

ibundo said...

orang yang nak ambek tau hal orang memang ramai. lenkali hang canang la keliling kampung.

cekgu, doghyan banyak tu, buatlah tempoyak sikit. hang kan nak balik bangi dah. buleh pas kat aku barang sekilo ke hehe..

Cikgooden said...

WAKARA:
nati aku boh cite pasae bewak riang kae...ni nak raya...n3 merian kabat kena draft lae dih...ha ha ha..

KAKPAH:
tu la...sedap sedip ja kata orang kan..awat..? kakpah makan ka tempoyak?...

tasekM said...

durian serangkap pantun berapa hengget den...?

:p

Nizam.Ariff said...

Tempoyak! ikan jelawat masak tempoyak... minggu depan aku nak cari tempoyak kat Perak.

Safiya said...

awat x bertrus terang ajerk menda yang baik.... hang belajaq pi la habaq belajaq kan senang. wat buruk sangka dorang jaaa.... hang ni pun 1...

Kaktiny said...

salam cikgooden..

tadi petang baru ja pi beli deghian kat batu 18 langat... gara2 hasben ngan anak (mak dia pun sama gak ler..) teringin nk makan... beli hat yg kira kilo.. sekilo 5 ringget... dpt 4 bijik.. 35 rengget... tapi isi dalamnya????.. takpalah.. dh selamat buat kuah deghian makan ngan roti gardenia bonanza...
alhamdulillah...
hihihihi

minggu depan start kelas kan kan kan... selamat kembali belajaq nooo....