Jom...

Thursday, June 25, 2009

Anak Kampong #2 : Ada kata durian, ada yang kata deghian...N3 ni panjang, jika tak sabar jangan baca, ok!

*
Ada sekali aku bagi tahu. Sepanjang cuti aku bertekad untuk mencerahkan kebun ayah yang semak separa belantara itu. Aku buat. Dan,aku bekerja keras untuk itu. Tanpa mengharapkan apa apa. Cuma satu hasrat. Demi kasih aku pada ayah, aku cuba menyambung usahanya. Walaupun aku tahu, dengan keadaan aku yang ada kerja, menghambat masa ke sana ke mari macam tak ada orang lain yang lebih sibuk daripada aku, mana mungkin sepenuh masa aku nak ditumpukan ke kebun arwah. Aku gagahi juga.

Aku tahu, kebun ini lah nadi keluarga kami. Disinilah ayah mencurahkan keringat, mencari hasil dan rezeki. Menyara kami sekeluarga. Sejak kecil aku dah bermain-main di bukit ini. Bahkan, segala selok beloknya aku sudah hafal. mana batu. mana bukit. mana parit. mana sarang ular!. Setiap pokok yang ada, jika dipejamkan mata sekalipun, dapat aku meneka di mana kedudukannya.

Jika dulu semasa masih dalam persekolahan, asal cuti ja, disinilah tempat aku mengekori Ayah. Ye lah. Budak hostel. Bila balik cuti, kena lah tunjuk rajin. Masih teringat peristiwa disengat binatang Kerawai(kat tempat lain tak pasti, apa nama santifiknya). Lebih kurang tebuan. Binatang berkawan. Jika menyerang, satu batalion datang. Demam aku 3 hari. Perit. Sakit. Masa tu musim durian macam sekarang ni lah. namun, sebagai anak yang Somiq'na wa Atoq'na...aku ikut ja Ayah ke sini. Menebas, menarik jaring malah pernah bermalam di sini.

Bukan sebab di rumah tak ada bantal. Sehingga memaksa aku dan Ayah tidur di bukit ini. Bukan sebab di sini ada katil bertilam empuk. Tidak. habis tu?...sebab apa?.

Ini la sebabnya. Menjaga buah daripada serangan musuh. Sebab musuh-musuh celaka cukup banyak. Aku kata celaka sebab kerja musuh-musuh nak merosak buah saja. bayangkan jika satu platu berok dan kera sekali turun, habis buah sepokok diruntuhnya. Bukannya makan pun. Saja seronok tengok buah-buah jatuh bergelimpangan. Perangai ni, kekadang ada juga pada manusia. Jenis pengdengki, hasad, suka tengok orang jatuh susah.

Itu musuh yang kat atas. Bila dah semua buah jatuh, babi pulak datang mai sodok. Serupa BullDozer...menyondol, membelah makan. habis tuan?..nganga!..Itu sebab kena tunggu. Jika tidak, ibarat makan angin saja la. Isinya dah habis. Disebat musuh-musuh ni...

Tadi, aku naik lagi ke bukit ini. Dah mula luruh dah durian aku....Bila dah jadi blogger ni, tangan tu cepat ja nak ambik gambar. Ini buah sulong. Buah pertama aku jumpa musim nih..

Pada orang lain aku tak tahu, tapi trill dapat buah sulong ni lain macam la rasanya. Korang mungkin selalu tengok penjual menjual buah di tepi-tepi jalan atau di mana saja. Tapi itu bukan buah sulong. A'ah.... sulong. yang mula-mula jumpa.

Selalunya buah yang mula-mula luruh ni, aku belah makan bawah pokok ja....Dia punya trilll..susah nak habag la, brader...........Sori la aku nak bagi kat orang..ha ha ha.


walau pun sebiji...nikmat makan dia lain macam..ha ha ha...




21 comments:

AloyCaricature said...

aku suka n3 ni.
satu,pasal aku tebayang wajah arwah ayahanda mu.aku penah gi bukit tu.
kedua,pasal buah derian tu.sapa yang penah merasa penangan buah sulong..tau la camana dia punya `jiwa`..
kerawai?..penyengat?bahasa saintifiknya Temingat..aku konpius...

Nl said...

salau cam tu dah habis baru nak citer... sampai ke blog bau durian heehehehee


hati2 klu dah ada babi tu heheheh mexican flue tgh dok laku huhuhu

aza ni said...

area kerian,larut matang,bukit gantang famous dengan duriannya.durian spesis tembaga ni tak terlawan, kalah yang jenis D ni.kampung parit ada 9 batang selalu luruh musim raya haji.

Cikgooden said...

WAKARA:

sungguh la..

satu: aku juga terbayang wajah dia, cuma sekarang yang tinggal, ayahanda mu dan ayahanda paklang baka..

dua: 'jiwa' dia cukup menyentap!

tiga : kerawei lae wei..supa temingat, dia besa skik..sakit dia pong...lebih lae sikit...kena seko deman, tell u.



NAQEBB:
ya ka?..harap babi di hutan sini tak de selsema.

ASH said...

Awat kat rumah mak pak aku pun banyak menatang ghawei ni?..

Yang lecehnya depa dok mai hurung lampu macam kelkatu gak..

Kena ketit..bengkaknya boleh tahan!

iina said...

ok nnti pos deghian ke glasgow.. leh?? ;)

ibundo said...

Musuh durian ni bukan binatang je. Dusun aku kat kampung ada makhluk berkaki empat jugak tapi kaki dia bulat boleh berpusing. Ada pulak yang jadi penunggang makhluk ni. Yang ni berkepala hitam kaki dua. Dihagkutnya buah durian aku berguni. Pi juai kot. Ni lah nasib kalau tuan dia dok jauh. Hujung minggu ni kena balik ni.

U-Seri said...

Deng... tido di bukek d? Mu pong besa tido di bukek gak d? Hat ni pon bagi aku satu kenangan yang payah dah la ni nak buat... mana ada lagi dah "dango" hat lawa2 kok bukek derian la ni macan dulu..

Nak tanya mu... mu besa dak hakok derian guna beskal... turun bukek... menonong gelicih tebing...

#Saja tanya....

Nizam.Ariff said...

Aku tak dapat bayangkan muncung babi hutan yang sondol buah durian. Mungkin yang sondol babi lain, yang makan babi yang lain sebab babi yang sondol tu muncung dia bengkak 2 hari.

Cikgooden said...

ASHLEY:
hang kenai keghawai?...aku kena ketit, demam wooo...

IINA:
..mintak alamat email, aku guna email..buleh dak?..he he.

KAKPAH:
Balik kakpah, balik...
kat tempat aku,tadak la jenih musuh kepala hitam...tadak sapa nak terekam pi...bukit, kakpah....bukit.

U-SERI:
Wokpa tak ingat u-sri...tapi kena la gantung dua tiga bijik di handel sika...nak bagi balance dgn raga keranjang hat belakang...tobat stei!

dango..aku dah runtuh..ayah aku buat supa rumah..siap ada dapor dan kolam bela ikan tengas...

NIZAM:
macam mana hang tau, muncung dia bengkak 2 hari?..ha ha ha...tera la hang.

ASH said...

Cikgooden,
awat pulak aku tak kenai keghawei..rumah mak pak aku keliling bukit.

tanah tapak ghumah pak aku tu tanah dusun arwah tok wan aku. waktu mola mola pak buat ghumah..
'kerbaou pendek' mai sodok ubi kayu..derian ka..apa ka..

buat cam gherta dia jaaa.

hang ingat tak dulu hang pernah tanya pasai gua kecik jalan nak pi semanggoi dari arah tepeng?

gua tu tempat mainan aku laaaa...

he he

Yunus Badawi said...

taklah panjang sgt n3 hang ni. ok aje. seronok aku baca.

Buah during sulong mcm anak sulong jugak ke? Aku anak sulong - mesti ada yg best. Nanti malam aku tanya emak Adam hehehe

Unknown said...

amboiii hanggg.... makan deghian.... aku balik kuala cuti baru ni.... sempat la gak makan deghian.... kat sini deghian siam je yg ada sekarang ni, deghian kampung baru besar cawan kot!

S.YanaZ said...

CikGooDen,
x makan deghian...

aza ni said...

parit raja pun ada durian tembaga?kot dari parit, perak kot?entahla pula kalau ada tanam kat area johor ni.mungkinlah kot, saya belum terserempak lagi.,tapi johor kan besar,mungkin saya belum sampai tempatnya.

Tiniedia said...

Waaa, rindunya nak balik kampung...igt lagi dulu,org kapong sapei kena tido bukek semata takut durian kena curik ngan mata dek B**I..tapi loni org tak heran dah..pase derian murah...yang pasti derian tughuro memang da boom...

Kaktiny said...

salam cikgooden..

wah.. mmg thrill woo dpt durian sulong nih... dan mmg lepak makan kat bawah pokok tempat jatuhnya buah itew.. hmm...

kalau dh makan buah durian sulong.. mmg buleh 'ter'lupalah kat johnny's.. kan cikgu kan kan kan????... hehehhehe...

tasekM said...

nak sebijik!~

Cikgooden said...

YB:
sulong yang tu, aku tak confirm..ha ha ha...kena tanya 'awang sulong merah muda'..

SHIFU:
Ya betul...masa tu kecik lagi..La, luruh dah...Asai balik,,tak pernahnya nak call..apa ra...

S,YANAZ:
tergolong dalam org2 yang rugi, hang ni...

AZANI:
Mungkin la kut, aku pun hanya sekali ja ke Johor...

TINIEDIA:
Kelik lae kapong...kapong rindu muuuu..he he.

KAKTINY:
ya....'jiwa'nyer cukup tak dapat nak habag...
tapi kan...Johnny's tetap aku hendak jugak...ha ha ha.

TASEK:
Bila balik Teluk Intan..harap2 adik hang okey.

julietchun said...

teringin nak dok dlm pondok tunggu durian & dengar durian jatuh.

blokdrive said...

yeihaa... aku balik bukit selambau petang ni.. derian oh derian..