Nasi lemak dan roti canai suatu masa dulu menu untuk sarapan pagi. Tapi sekarang, bukan saja pagi, malah tengahari, petang, malam, tengah malam pun ada jual nasi lemak dan roti canai. Tugas kedua-dua menu ni dah bertukar. Bukan setakat mengenyangkan orang di waktu pagi, malah dah tak kira waktu.
Tiga hari aku aku terlibat dalam mesyuarat kali kedua, pasal kerja-kerja Lembaga peperiksaan Malaysia. Mesyuarat yang diadakan di Ipoh. (awat tak buat jauh lagi…). Hari pertama aku masih kuat dan bertenaga untuk berulang alik. Dari Batu Kurau ke Ipoh. Bila masuk hari kedua, Badan dah mula letih. Mata dah mula tak larat. jika minum 13 tin air power root pun tak dapat nak tampung tenaga (amboooih,,melampau sungguh haih..hi hi hi.)
Jadi hari kedua, aku stay sana. Tidur di Hotel chak-chak ayan. Kenapa?...sebab tak terlayan poket untuk menginap hotel yang mewah-mewah. Bagi aku, hotel sederhana mewah pun dah cukup rahmat.
Bila malam, aku cuba-cari tempat makan yang di syorkan oleh kawan aku. Restoran nasi lemak ayam kampong. Menu utama memang nasi lemak. Ayam-ayam nya digoreng di pintu masuk restoran.
Masa makan tu aku tak pasti samada betul ke ayam kampung. Ntah-ntah ayam market. Untuk kesahihan, aku bertanya sepatah dua kata dengan pelanggan kat situ jugak. Saja saja nak buat ramah. Sementara menunggu order siap. Dan, dijawab juga sepatah dua kata. Memang betul la, ayam kampong. Dorang tak guna ayam daging bandor..he he he.
Patut la sedap. Restoran ni terletak di jalan Yang Kalsom, Ipoh. Dekat dekat Public bank, Ambank dan maybank. Bank Simpanan nasional tak pasti, ada ke tak. Siapa-siapa yang duduk kat Ipoh, atau pernah tinggal kat Ipoh, cukup tahu la fasal jalan ni. Dulu cukup femes. Kata kawan aku, ‘ayam bando’ banyak kat sini. Dulu la…dulu.
snap guna hp Cokia. Blur skit.
nasi dia tak le 'besar' sangat. Agak sedap-sedap mata memandang je...
Aku lihat ramai yang makan kat situ. Mungkin sedap. Atau, mungkin orang Ipoh memang suka makan nasi lemak waktu malam. Ntah la. bagi aku memang sedap . Sambal dia. Best. Ayam dia best. garing secukup minyak. Cuma nak cakap betul betul sedap atau tidak aku tak pandai. Subjektif. Brader kita. Bg. Lukman mungkin pernah try makan kat sini. Aku tahu hang cukup pantas bab bab restoran makan nih…Kalu belum, baik hang try sekali. Kalu dah…apa komen. Sedap ke tak.
Aku sebenornya malas nak puji-puji pasal makan kat kedai. Takut dorang ni jadi riak. Hidung tinggi. Kang bila puji lebih-lebih, hidung tinggi mencecah dahi pulak. Kan huduh tu.... Banyak dah kedai makan yg dulu sedap. Bila kita kata best, dan dah promote ke kawan-kawan. Ramai la kawan-kawan datang. Meriah. Dan, bila dah ramai pelanggan. Dah kaya sikit barangkali, terus servis akan jadi teruk. Masakan pun dah jadi tak sedap. Tawar. Tak cukup rasa. Pendek kata, macam celaka!... Harap restoran ni jangan la jadi macam tu.
*******************
Er..ni gambaq beberapa member team marking aku. Selepas berpening-pening buat kija, our boss belanja makan. Di Hotel Hillcity, Ipoh. Makan Buffet tgh hari. Rm10.00 each. promosi cuti sekolah. Bagi aku, tak kira la, promosi ka cuti ka.... Perut lapar. Aku hantammmmmmmmmmm saja!...
Semua kerja dah selesai. Pendek kata, panjang pun kata.Hati aku sudah mula senang. Minggu depan aku berdepan dengan perkara yang ada di depan.
23 comments:
nampak sodap yo nasik lomak tu taim pewot lapau nih...
acik:
lapau ko?..poie la makan..
ishhh..lapo lak dibuatnya...heheheehe
if Only:
he he he...sedap tul sambal dia...tarik daging ayam tu..perghhhhh...berasap lagi.
Jom!..kita pi makan sekali. he he he.
wah cikgu.. tak penah lagi try makan kat sini bila p ipoh.. lain kali teman balik tg malim.. lehlah teman singgah ipoh bila menyelia pelajar atau berbengkel ;)
aikk..pro je ke...mana kontra nya...smlm beriya ngutuk...tak brani ek..ehhee...
Cikgooden,
hang mana boleh lawan Lukman kalau bab promote makan ni.(Bukan kata kat hang Lukman..promote)
tengok tuan punya badan laa..
Tapi apa apa pun, perut aku dah lapag sebab tak breakfast lagi. Hang pulak dok layork nasi lemak ayam kampung goreng!!
byk kedai mkn bile org dah ramai masakan dah tak power, hambar je.
wah..sodap..sodap...
cikgu...nasik lemak tue bleh gantikan ngan ayam percik aku ek...:))..huhu
Baiknya bos kau...aku dapat makan dari Kak Kiah Simpang Tiga Catering je...
iina:
bila hang nak balik..ntah ntah, masa tu kedai ni bankrup dah..hi hi hi.
Azza:
tak sampai ati nak tulis2 lagu tu...kesian ke tuan kedai tu..
kak hida:
bukan niat nak melawan sapa sapa..he he he..Dia mmg tera. Sifu aku tu...
julietchun:
sungguh bagai di kata. mmg tak best betul..
angah:
ha ha ha...nasi lemak tu utk org dah ada anak dua...hang baghu satu..sila tambah jadi dua..ahakkks!
CKLah:
Bagus dia..Baghu dapat jadi Pengetua..Tapi sempoi..Bahse Kau aku kau aku ja...
..Pak Ungku Aziz ada ckp orang yang makan nasi lemak adalah orang yang tak sayang badan..betul tuhh!! Kita jangan ingat nak sedap je kot nanti mengidap..jangan sangat dok ikut selera kot nanti melara..
Kalau di umbai Melaka, nasi lemak ni dimakan dengan ikan bakar. Nasi lemak mesti kena bungkus dalam daun pisang baru kena selera dengan ikan bakar cecah air asam atau sambal kicap. Teliur cikgoo walaupun dalam bayangan pikiran je.
Err.. cigoo promote nasi ayam tu dapat komisyen ka. Brapa persen.
aku sejak dok melaka nih... pagi2 sarapan nasi asam pedas. ha ha. terpengaruh sungguh haih~
.
nasi lemak ni, yg penting sambai dia. kalau sambai sedap, ayam kampung ka, ayam bandaq ka, memang masyuuukk.
Cikgooden
Ayam kampung saja ka? Patut hang try Sup Belut kat situ.
Cuba hang sebut satu dua restoran di Malaysia ini yg rasa-rasanya aku tak pi lagi (Tak termasuk Nasi Briayani Gam Anja di BB Bangi tu - Hidayah. Itu seminggu dua lagi aku pi cari!)
Lukman
jom jom. bila?
dulu selalu gak ronda2 area ni kann... tambahan pulak kan dekat busstand paling ajaib kat ipoh.
dulu banyak 'ayam' bando kat situ kannn.... (aku tanya je tu!)
banyak tahun dah aku tak masuk ipoh ni... keluar tol jelapang terus je lalu
wahhhh....nampak menarik jer nasi lemak ayam kampung tu....
kat tengah2 town ker kedai tu??? dah lama ker ade kedai tu cikgu????
tak pasan la plak bila dok jalan sana dulu....
(",)
Nasik lemak ayam kampung.
Nasiknye lemak pekan ke kampung yob? Ekeke.
Ayam pekan banyak lari blah seben-ileben jalan dato' onn deme kate. xpon area hotel kowloon. hahaha!
p/s: apsei xgi bantei nasi ayam bazar bulat? Teman promot budak opis smue mencongken ngoder nasik tambah! :))
Salam kenal2.. teman oghang keme jugee! :)
kakPah:
ayam bakaq?..huih..sedap. Kena dengan ayaq asam yg di campur sikit kisaran bunga kantan.Aku suka yg masam2 senonya..ha ha ha. Komisen?..tadak apa haih..tu yg malas nak promote senonya..ha ha ha.
Tasik:
nanti aku lajak Melaka, aku cari nasik lemak lauk asam pedas geh geh geh..
denanz:
ayam kampung lagi masyukkkkk, habaq hang.
Bg.Lukman:
Nasi Beriani Gam BBB..Aku nak pi try lusa..haih.Sup Belut?.aku tak suka haih..Geli rekong.
ifOnly:
Alamak sal...jom, jom..cepat carik kunci keta . Drive mai Ipoh. ha ha ha.
Shifu:
Ipoh dah tak macam dulu.Busstand paling Ajaib?..kat mana tu?
Kamar:
kat tgh town la..dah berapa tahun tak pi Ipoh?. he he he.
Aidid:
Ayam pekan kat mana-mana ada aku tgk...Hat molek, hat huduh, suma ada. Nasik Ayam?..Teman tak berapa minat Yob.
hehehe, tapi saya selalu elakkan nasi lemak pepagi, tak tahu kenapa, tak suka. tapi tengok kedai ler and presentation, kalu masyuk, belasah gaks :)
Saya mula2 makan kat restoran tu masa bawak famili nak ke Haatyai naik bas 2002
Post a Comment