Jom...

Tuesday, November 4, 2008

Tiba-tiba teringat kesah aku kecik kecik dulu..

Dah lama kakak dan adik tak mengaji di rumah Tok dia. Semenjak habis bulan Ramadhan membawa ke bulan Syawal. Menginjak pula ke bulan Zulkaedah. Dorang masih belum mula ngaji seperti rutin-rutin biasa semasa di bulan posa.

Hari ni dorang teringat nak ngaji. Didesaknya aku supaya bawa dorang ke rumah Tok. Aku akur. Kehendak dorang yang satu ni, sukar untuk aku tepis. Sesekali adik menerjah soalan bertanya kenapa aku tak mengaji sama.

“ Baba khatam dah”. Itu saja jawapan aku seperti selalu. Bukan saja khatam…khatan pun sudah. Tapi aku tak sambung ayat tu..aku acah jer..ha ha.

“Adik dah Iqra’ 6”. Kata adik. Tok mengangguk. Aku yang ketika itu, dah landing atas kerusi malas memalingkan muka. Bila masa dia sampai Iqra’ 6.

“kakak dah baca Quran dah Tok.” Kakak juga bersuara. Tok mengangguk juga. Baru aku tersedar.Anak-anak aku dah semakin maju. Semakin meningkat. Dulu agak slowww..(aku pun risau.)

Seperti meningkatnya jumlah pencalonan calon-calon yang bakal bertanding dalam pemilihan parti alif mim nun wau yang nak datang ni (fuh…isu semasa tu..). Khabarnya semakin rancak…

*****************
Bepuluh-puluh tahun dulu. Dulu-dulu. Masa aku baya-baya dorang ni. Aku juga mula belajar ngaji. Tok guru aku adalah mak aku sendiri. Dia ngajar aku membaca Quran. Bukan saja aku, malah ada lagi beberapa kawan, adik beradik sedara sepupu sepapat yang jika aku sebut nama pasti korang senyum. Cukup klasik nama panggilan dorang nih. Ramai la yang datang rumah aku masa tu. Semua tu lapis kakak-kakak, abang-abang aku.

Selalunya lepas maghrib, dorang sampai. Ramai jugak. Meriah sungguh rumah mak aku masa tu. Kalau dah mula ngaji, bunyi nya cukup kuat. Berseriang. Berlagu dengan bacaan masing-masing.

Cuma kaedah belajar masa tu cara lama. Mana ada lagi kaedah Iqra’. Mak aku sendiri pun serender. Belajar cara Iqra’ dia tak berapa mahir. Bukan kata tak buleh, Cuma tak pernah guna sebelumnya.

Dia Cuma ikut kaedah dulu dulu. Kaedah mengeja jika semasa belajar Muqaddam. Jenis mengeja Alif diatas Aa, Alif bawah Eii..Alif dakpan Uu………..Aa..Eiii..Uuuu.

Kekadang bila kenang, aku buleh senyum sorang-sorang. Bila masuk huruf Ba…..Ada kawan aku buat lawak Ba diatas Baaa…Ba dibawah Biii.. Ba di dakpan Buuu….Ba Bi Mu…Isk..isk..( Ni masa zaman jahiliah dia…mintak tuhan ampun kesilapan dia).

Masa tu aku masih lagi menggunakan pelita ayam. Sungguh. Anak aku sendiri pun gelak bila aku cerita. Bagi dorang pelita ayam hanya diguna masa raya saja. Aku cakap, pelita tu la yang baba dia guna untuk belajar. Untuk menerangi rumah Tok masa dulu. Pelita tu jugak la baba guna untuk keluar rumah waktu pagi ke sungai untuk mandi masa hari sekolah. Ni cerita sebelum kampong aku ada bekalan elektrik. Zaman kegelapan sebelum datangnya zaman pencerahan. Perghhhh..Ayat.

Ada juga orang guna lampu yang lebih best sikit daripada pelita ayam ni. Aku tak pasti nama apa yang paling tepat. Cuma aku panggil lampu tu… lampu Gasolin. Kiranya lampu ni la yang paling Ek..masa tu. (Kampong brader, kampong. Memang aku budak tak bandor…)

Lampu jenis tu saja la yang paling best pada masa tu. Betul-betul mengembalikan nostalgia aku la…Mungkin korang pernah tengok atau guna masa kecik-kecik dulu. Ni bagi korang yang baya-baya aku la. Yang muda-muda, atau org bandor…mungkin tak merasa lampu nih.

Lampu yang ada piring macam topi. Nak bagi cahaya dia tak memecah menyuluh tak ketahuan hala. Ada topi tu, cahaya dia menghala ke bawah ja la…kalu kok belah Kelantan dorang guna masa nak buat wayang kulit. Dulu la. Sekarang ni dorang guna lampu letrik dah.

Aku pernah sembang dengan sorang budak. Bekas anak murid aku. Pasal lampu gasolin ni. Terasa betul betapa luasnya generation gap antara aku dan dia..ha ha. Dia tak tahu apa tu lampu gasolin. Macam mana nak guna. Macam mana bentuk. Macam mana rupa. Bila aku cerita, sembang, bertukar soalan dan jawapan, barulah dia tahu. Dan dia pernah Nampak benda tu tergantung kat rumah mak dia. Sampai sekarang dia tak tahu macam mana nak guna natang tu. He he he. Kira bapak dia bagus la dok simpan lagi benda klasik macam tu. Kat rumah mak aku sendiri pun dah tak ada dah lampu gasolin nih. Dimakan karat, atau pun dah masuk dalam lori Chala Taman Hijrah a.k.a Si pencari besi buruk.

Aku suka lampu ni sebab kalu kita nak guna dia kena pam dulu. Org kariah aku kata kena pong. Ceronggg..ceronggg…mula-mula dia longgar.Makin lama makin ketat..maknanya dah nak buleh guna la. Mentol dia jenis kain..cap rama-rama yang top masa tu. Bila dah kita guna..tak buleh nak tekoh..kalu tekoh dia jadi becelerai…putus dua. Dan takleh nak guna dah.

Satu lagi dia guna minyak apa aku lupa dah…kalu kena tangan …sejukkkkkkkk ja. Org kariah aku panggil minyak sperekk..Ntah betul ke dak tak tahu la. Di situ la kita boh api. Menyambar…

Bila lampu tu dah makin malap…kita kena pong lagi…kaedah nak pong dia pun ada nilai seni dan estetika. Kita kena turunkan lampu tu, jika di gantung la. Kemudian rapatkan ke dinding. Nak bagi dia tak bergerak, kita kena duduk dan tolak dengan kuat menggunakan kedua dua tapak kaki.Tahan. Lepas tu baru boleh pong. Ceronggg..cerongggg sampai dia jadi ketat dan rasa sendat. Nyalaan lampu jadi makin terang.

Nak control terang gelap, ada satu benda bulat kat tepi balang lampu.. kena pulas ikut arah jam…pastu pulas balik….ada sound effect.. lap PO..lap..PO…bab ni yang aku cukup suka.. Dulu-dulu, masa arwah ayah pong lampu, aku la tukang pulas benda ni..aku suka bunyi dia…. lap PO..lap PO….


gambaq lampu gasolin, aku cilok dari blog CikguZue...

Semua ni aku cerita balik kat anak2. Biar dorang tahu. Kehidupan aku dulu-dulu. Akar umbi aku. Asal usul aku…. Zaman mereka bukan lagi zaman macam aku dulu. Dan cara hidup dorang tak sama macam aku dulu. Untuk apa aku cakap perkara ni pada dorang…..

Supaya mereka tidak lupa, mereka adalah bangsa mim lam alif ya wau……


23 comments:

Nad Eusoff said...

bab mengaji mmg byk nostalgianye bro..
ingat dulu, mengaji seblah umah je..
buleh pulak bila nak ponteng buat2 sakit la, ape la..
pada hal jln kaki tak smpai sepuluh langkah pun..
hiks

Cikgooden said...

lo...kau komen tepat jam 1:35 pagi.. tak tido ka dik?.

ckLah @xiiinam said...

Pernah cerita pasal pelita ayan...dan cara hidup masa dulu kepada anak bujang ckLah, dengan harapan dia insaf dan bersyukur serta berjimat cermat....Masa tu dia di umur 6 tahun.


Dia jawab:

"Isk..isk..isk...kesian ibu, jadi anak orang miskin ek! Nasib baik Kita anak orang kaya"...Hampes!

azza_irah said...

salam...
adehh..syahdu jap teringat kisah dulu2..
rindu kenangan kecik2...

huhuu..lama btapa baru nak update..

tasekM said...

aku dulu, mengaji malam hari... setiap kali nak balik rumah, berterabur lari lintang pukang. sampai rumah termengah2. mangkuk mana ntah yg selalu menyakat kata ada hantu dekat pokok tanjung tu .... ades.


.

julietchun said...

Skang ni bleh jumpa lampu gasolin ni kat restoran, dorang gantung wat hiasan. "TEKOH" tu ape maksudnyer?

Unknown said...

mengaji depan pelita minyak tanah tu... tak sedar hidung berjelaga!

aku hidup dengan pelita sekian lama... pasal kat kg aku yg tersangat la ulunye tu... hanya thn 1987 baru masuk 'api' (letrik)... la ni kg aku tu pun dah tak de... semua dah dipindahkan ke kg baru...

huh... nostalgia je hari ni.... baca azza punya pun bab gini gak.... entah macam mana hari ni pun aku cadang nak entry citer ala2 gini gak!

Nisyah said...

ye....satu lagi lampu pelita yang ada gambo pompuan cina tu ihihihi......

raiHan KauThar said...

macam perNah ku keNal sapa anak muRid cikgu tu..tapi di Mana ya???
Lapu gasolin tu, layak masuk muzium dah...aNtik tuu

cikgu deng,
budak2 lo ni..hebat....belaja guna iQra sat jha buLih...adik amba hat bosu tu, mengaji guna iqra..derjah satu dah buLih ikuk ayah baca yasin masa malan jumaat...
amba duLu, sama macan cikgu gak...mengaji ngan ayah..kena besik ngan rotan..tiyak tesedu2...mengada beto...pahtu, ayah hata ke orang leng, nak bagi senang dapat mengaji....
Nostalgia...nostalgia...

Ungku Nor said...

cikguuu..saya takut bila ada org pam lampu gasolin tu.

sbb dulu ada kes lampu tu malatoppp!!

hehe ngeri.
saya ni dah la memang spesis penakot..;p

Cikgooden said...

ckLah:
respek anak hang..dia tahu mak dia kaya..ha ha ha.

azza:
aku syahdu ja..sejak akhir2 ni..ntah.

tasikmerah:
mesti masa tu hang lari selak kain kan.. ha ha ha.

julietchun:
TEKOH sama makna sentuh. Tu bahse org kariah aku.

shifu:
tu la..kita org kapong ulu deh...aku pernah jadi anak seluang di lautan luas...Fail. hanyut.
tapi bab idung berjelaga, memang nostalgia..ha ha ha.

nen:
yang tu lampu bilik tido..ha ha ha. Tempat aku panggil lampu "cemeni"..ntah betul ke tak..

Yong:
Ni pasal cikgu dok sembang dengan
hang la...teringat kesah aku kecik2 dulu..ha ha ha.

ungkuNor:
tak bahaya. jarang meletop sebenarnya. mungkin dia yang pam tu terlebih ghairah pam..ha ha ha.

ASH said...

Cikgooden,
ada satu lampu lagi..nama dia lampu pelita kabat.

Boh kabat, bau tengik ya rabbi!
( kabat tu apa?...had dok boh dalam meriam buluh tu..

cara nak pasang lampu pelita ni..hmm aku tak berapa ingat. tapi dok rasa macam kena campork ngan ayark dalam tempat lampu tu,pastu keluag gas dia yang busuk, pastu cucuh api..
menyala la..
geng yang dok menjual kat pasar malam dulu dulu ada guna pelita ni.

lampu gasolin tu kira canggih habis la zaman tu..orang ada duit ja guna tuuu..spirit tu mahel (ada alkohol sebab tu sejukkkk)

rumah tok aku guna time kenduri jerr dulu..

azza_irah said...

syahdu awat...jangan leee..
sahur awl dah..takkan nk syahdu lagi..

Anonymous said...

Salam Cikgooden,
Sampai ke sini dari blog Yunus. Tertarik dengan cerita ngaji tu. Saya dulu pun ngaji dirumah sendiri, tapi bapa yang ajar, dan ramai kawan sekampong yang belajar bersama. Kita guna lampu Gas(olin) untuk menerangkan kawasan beranda (verendah) rumah saya tu. Bapa takda kenakan apa-apa bayaran. Cuma mereka akan bawa sebotol minyak tanah setiap keluarga, sebulan sekali, untuk digunakan dalam lampu Gas tersebut. Tiap2 malam ngaji kecuali malam Jumaat.

KTS said...

bila baca entri yg satu ni, tetiba aku terasa yg ko dan aku sgt jauh berbeza...

paling ketara, usia... ih ih ih...

ZulDeanz said...

lampu gasolin... kat kampung aku dulu lampu ni dipasang pada masa ada kenduri aruah ajer....

ceklala said...

suka dak kalo kena TAG?
hehehhe... jom jawab...
mai blog cek lala tau!

iina said...

Salam cikgu,

bagus juga tu cikgu bgtau anak-anak pasal cerita dulu.. tapi yelah kan susah kita dgn susah mereka skrg nie dah tak sama.. namun pada saya susah anak-anak skrg dizaman teknologi nie pun ada juga ceritanya..

Unknown said...

aku penah gak citer kat anak2 pasal bab gini... masa dulu pegi sekolah.. tak leh pakai kasut pasal jln selut sampai lutut (ala camel tropy)... kasut lak, kasut plastik je, itu pun mujur ada kasut pasal yg lain2 kasut pun tak de... huhuhu! Anak aku dengar je... kesimpulan diorang lebih kurang macam jawapan anak xiiinam751 tu.

budak2 skrg ni tak faham dan tak leh gambarkan pun apa yg kite citer tu... tak de dlm minda diorang. Dan kita pun sebenarnya tak nak anak2 kita rasa cam tu!

Tiniedia said...

Perhhh...memang syahdu sungguh riwayat hidup cikgu ni..tapi saya pun guna gak pelita ayam ni..yang ramping tue, sekang mane ada dah...

Bab ngaji pun teringat pulak time kecik2 dulu, mak saya pun ajar org ngaji so pas magrib jer berserebu dorang datang, tapi yang kelakar nya ada yang sampai depan pintu nya baca "Bismillah" tapi dengan alunan memberi salam..heheheh, tapi kecik2 dulu ade baca "Qulhuallah huahad" tu jadi "Kumpulan Jahat" heheheheht

azlin hashim said...

best kan ingat balik cite lama2, mlm ni ingat nak tidur pakai lampu gasolin lah.. huhu

if only... said...

teringat kena rotan dgn pak imam yang ajar ngaji sebab main anta2 surat cinta...hahahaha...dasss..sedapppp

CikguZue said...

salam,
macam kukenal je gambo lampu gas(olin) tu...hehehe...

memang nostalgia sungguh.