Jom...

Tuesday, October 21, 2008

MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITRI NORADZ HOLDING'S

Function malam tu sempoi habis. Kami henjut rilek sambil mata menjeling awek dua tiga orang pakai kebaya ketat. Kami main di majlis yang dianjurkan oleh Kumpulan Noradz sempena majlis Ramah Mesra dan Jamuan Aidil Fitri.

Bila sebut kumpulan Noradz, mungkin ada di antara kita akan perasan, sepanjang minggu lepas, heboh sikit pasal syarikat-syarikat skim cepat kaya. Ada syarikat yang diserbu Bank Negara, kerana didakwa terlibat dalam skim cepat kaya. Termasuk dalam ramai-ramai syarikat tu, kumpulan noradz ni la.

Situasi kumpulan Noradz pada masa ini, amat kritikal. Kawan aku ajak main untuk majlis ni. Aku no hal. Hantam saja. Cuma rasa sedikit cuak dan gusar tentang kedudukan kumpulan Syarikat ni. Majlis ni pun sendiri hampir-hampir dibatalkan saat-saat akhir disebabkan kes serbuan tu. Bagi aku, tak kisah lah, siapa yang serbu siapa. Jangan masa kami main, kami yang kena serbu, sudahlah.

Katanya, syarikat ni lepasss…, tadak kena mengena dengan syarikat skim cepat kaya, dan majlis tu berjalan lancar seperti yang diharapkan. Cuma wakil daripada pengerusi Kumpulan Noradz sahaja yg berucap. Pengerusinya, Dato’ Adzhar Sulaiman tak dapat hadir. Aku lihat ramai jugak tetamu yg datang. Kesemua yang hadir adalah di kalangan ahli-ahli Kumpulan Noradz.

Aku tak de kuasa nak menjatuhkan hukuman, adakah benar kumpulan ni skim cepat kaya atau, apa. Grup kami Cuma diminta untuk main lagu, sambil-sambil mengiringi tetamu makan. Saja nak wujudkan suasana meriah ala ala kampung gitu. Disulami dengan lagu-lagu raya walaupun telinga ni dak cukup tepu nak terima lagu lagu raya. Pada aku, mood raya dah lama habis….

Oleh sebab nak meraikan majlis kawan-kawan, Grup kami hantam saja.






pada sahabat aku yang dok kat manjung, ni la gambaq tu..he he he. Aku belasah ja.. Jusnizan. Tak best la hang tak dak. Wbp, perjuangan kita dalam pergendangan masih belum selesai. Harap kita terus dan tetap istiqamah dalam hasrat dan perjuangan kita yo...

nampaknya ilmu aku dalam perbloggan ni belum cukup. Cadang nak up-load video clip lagu ni. Tak pandai. Kalau tak, boleh la kita sama-sama angguk angguk, geleng-geleng layan lagu2 camni.. ha ha ha.. dan boleh jugak layan lagu guling-guling 'Mohabbbattein'...tak pun gedik2 kaki layan lagu mak inang ka, dangdut ka..ha ha ha. tapi lagu hip-hop tak dapat la aku nak tarik...so, takleh nak buat tarian 'patah-patah pinggang' tu...

20 comments:

julietchun said...

Ni main lagu raja berangkat ke atau pok amai jek? :D

ckLah @xiiinam said...

Amboi...buat concert ya!
Errr....Siti Norhaliza ada tak? Hi..Hi...Hi..

tasekM said...

laaaaaa...... aku baru nk joget lambak..

ha ha.

KTS said...

testing 1,2,3...

ni cobaan kali ke 3...
klu takleh lagi, akanku bakar opis streamyx... hehehehe..

amboi cikgoo... lepas angin nmpk... tak ingat dunia la tu :D

Unknown said...

sapa nak bakat opis streamyx tu?.... aku sokong! bakar... bakar.. bakar.. (sokong tahap batu api.... hehehe)

COden... kena upload video konsert tu, aku tunggu dlm blog

Cikgooden said...

julietchun:
lagu dangdut pun aku hantam.. hahaha

ckLah:
Siti call last minute...tak jadi datang. ha ha ha

tasik:
joget...jgn tak joget.

kutaksempurna:
betulll.baik punya layannnnnnnnnnnnz.

shifu:
nak upload tak reti...ajaq sat.

Mak Su said...

tak main lagu meet uncle hussain ker?

Unknown said...

abang yang tiup seruling tue mesti banyak angin dalam badan.... harg harg harg.....tue yang comel semacam......harg harg harg....

aku yang kembali berdosa... harg harg harg

;-)

Ungku Nor said...

cikgu..lagu november rain ada??
dekat nak masuk bulan nov. ni, memang kena dengan tema dah ni..hehehe

cheryna zamrinor said...

macam konsert plak nampaknye:D

* tumpang lompat dlm blog nieh ek:D

Lily Abdullah said...

Lagu November Rain? ada ka..tak penah dengaq..nanti p jumpa pakcik gugel.

Lily Abdullah said...

ada..ada..hehehe..camne la peminat gun N roses boleh tak tau huhuhu..

Yunus Badawi said...

cikgooden,
Kami nak buat hari keluarga di Banting minggu depan boleh dtg buat show tak? Tapi bajet kitaorg ada lari sikitla.

Cikgooden said...

maksu:
boleh no hal....ha ha ha

pendekar:
hangin satu badan..

ungku nor:
sori...tadak lagu tu..he he he.tatau nak guna note apa?..f major ka d#minor?.

cyrenna:
selamat berlompat blog ni..

waterlily:
minat gun n roses?..fuyyyyo..caya lah kak.

en.YB:
huiyoooo..jauh tu. taiping nak pi banting.

if only... said...

tak main drum dah ka?

Cikgooden said...

if only:
dah kembali ke akar umbi...cari tradisi pulak..macam umno jugak la..dok cari akar umbi skang ni.

Kaktiny said...

sama ler ktia cikgooeden oii.. bab IT nih.. tiny pun baru pandai 'upload' gambaq.. tu yang ada seketui dua gambaq kat blog tuh.. hahahhah

ceri masam said...

best tengok gambar2!

:)

nordee said...

sekarang banyak betul perniagaan jenis skim cepat kaya ni...

AL-BIMA SAKTI said...

salam,

pasal skim cepat kaya ni,
dengarnya ramai yg terkena,
tp tk habis-habis juga yg terpedaya,
akai ada ka...?