Kerja memerlukan tenaga. Tenaga memerlukan sumber. Sumber tenaga untuk menjadi bertenaga adalah nasi, bagi kebanyakan rakyat Malaysia, termasuk aku. Nak masak nasi, perlukan beras. Nak beras perlukan duit. Nak kan duit, perlu bekerja.Dan, berbalik semula seperti tadi. Kerja memerlukan tenaga. Tenaga memerlukan sumber...
Nak aku ulang semula.?, ok. Tak perlulah. Semua dah faham.
Fokus utama kitaran di atas, adalah kerja. Dan, sekarang ini kerja aku sudah mula setel. Kerja-kerja duniawi yang satu itu juga sudah setel. Heh!!
Tesis aku sudah diserahkan ke semua pejabat-pejabat yang memerlukannya. Pejabat Fakulti, Pejabat Pusat Pengurusan Siswazah dan Pejabat Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan.
Kondisi aku sekarang, seperti P.Ramlee ketika dia menyanyikan lagu dalam filem Madu Tiga.
"Heiii..Senangnya dalam hatiiii......"
Dalam senang senang hati, sebenarnya secara ikhlkas aku mengaku. Bahawa hati aku masih lagi tidak dapat menyembunyikan rasa gundahnya. Masih lagi tidak dapat me'muted'kan suara Buk Bak Buk Bak.. beliau.
Kenapa?....
.
.
.
.
.
Ada laaaaaaaaaa..takkan semua nak cerita, ye dak?..
hehehe...
Aisey..lupa nak beritahu. Tadi masa tidur sebelah petang, dekat dekat nak senja datang satu mimpi. Dalam mimpi itu, aku jumpa duit. Sebijik macam dalam gambar di bawah.
8 comments:
yg ko tak nk cerita tu la yg aku nk tau sgt...
:p
.
banyak cerita, tasek ...semua menghala ke arah kesedihan dan huru hara.
teman tengah memikiorkan ape kaitan buk bak buk bak dengan lagu madu tiga tu...
hmmm.... tak jumpe le
Nizam:
ada laaaaaaaaaaaaaa..takkan nak cerita semua, ye dak?..hehehe
ko nk kawen sorang lagi eh...?
:p
.
hah!... tasek yg cakap.. bukan aku..
BUKAN AKU...
Hahahaa....
Salam Cikgudeen,
Pegang duit sebanyak dalam foto tu perkara lain, dapat membelanjakannya pun perkara lain. Macam kerani akaun di bank, dapat pegang duit banyak, tapi bukan milik sendiri.
Bersyukurlah dgn apa yang ada. Kalau jadi hamba duit, akhirnya kita terpaksa lepaskan beberapa perkara yang kita miliki. Istilah ekonominya, 'kos melepas'..
Nak mewah, kena banyak usaha dan kurangkan masa untuk keluarga. Saya pernah dengar dalam satu ceramah, CEO dunia yang hebat-hebat, tidak mempunyai kehidupan keluarga yang mendamaikan.. Wallahua'lam
Hep..patut la hang senang hati. study dah abbih. Kak hang jugak susah hati, F dan sangkut panjang.
Sejak kerja ni,huru hara study aku. tak larat nak ligan.
pst..betoi ka nak kawen.
Bukan aku cakap, tasek yang cakap haha
Post a Comment