Dalam kesempurnaan ada jugak ketidaksempurnaannya...
Begitu juga Ali Indon. Dua tiga hari ni aku memuji beliau dan kapitan-kapitannya bekerja. Tapi hari ini aku sedikit terkilan....
Porch rumah aku gila bapak tinggi dia buat...tidak balance dengan rumah yang ada..serupa kemah kenduri kawin di depan rumah!!Gila bapak cepat dorang buat kerja....pagi aku pergi, petang siap pediri kuda kuda..dua hari tak pergi, siap pasang syiling...Tegur pun tak guna dah...
Memang. Aku buat rumah tak ikut Pelan. Aku ikut dan. Padan muka aku (dan keluarga aku).
hmmm...boleh ternak zirafah di situ...
maka,
Aku mencipta satu ayat bagi memujuk diri sendiri....terlajak kereta ada gear gostan. Terlajak kentut, merasalah baunya. Dan. Aku merasa bauannya yang sedikit menyenakkan kepala.
maka (lagi sekali),
Aku cipta satu lagi ayat. Dalam ketidaksempurnaan itu ada keindahannya.
maka (lagi lagi sekali),
Aku redho dengan ujian tuhan terhadap aku. Mungkin Dia mahu melihat setebal dan senipis mana iman aku terhadapNya.
Malas sudah aku menulis tentang Ali Indon ini.
Noktah.
.
Update:
...dapat teguran dari kawan (yang tidak la berapa kawan sangat)..katanya, "blog hang ngarut..kosong ja..tulis ntah apa-apa..cikgu apa tulisan kosong". Dan dia menyambung..."buatlah tulisan yang berilmiah". kata dia. Dan aku menjawabnya di sini...
"Kawan, ....nasihat aku cuma satu. jika mahu sesuatu yang berilmu,berilmiah, berguna untuk korang...pergi cari kat tempat lain..kat sini mmg tiada yang ilmiah pun..."
Maaf.
.
5 comments:
cakap jer kat dia, buat blog sendiri lah baru boleh ikut citarasa sendiri..blog kita, suka hati kita lah kan nak tulis pebenda pun..
Bro, hang tak dapat petunjuk lagi ka tu? ishh.... memang hang mungkin ditakdirkan jadi towkeh zirafah tu....
hah... apa lagi, cepat cari induk...
den.
tu petanda hang bakal beli bas ok.
.
salam cikgu
zam dan tasek dah bagi jalan
dari segi pengudaraan, kata orang lebih baik...zam pakar expllain perolakan udara...
Hani:..
betull..kita punya suka la kannn..
Zam:
belum dapat petunjuk...muka masih belum mencerminkan orang yang dapat hidayah..
Tasek:
hahahaha..ok, boss..boleh joi hang bisnes rombongan sekolah.
Azani:..salammm...nizam amat pakar dalam segala bidang...respek aku.
Post a Comment