Jom...

Sunday, June 19, 2011

::Hari Bapa::

Di Facebook, Blog tak terpermanai banyaknya nukilan yang aku jumpa menyentuh pasal hari bapa. Ada yang berkata, hari bapa adalah setiap hari. Bapa perlu disanjung setiap masa. Bukan hanya sehari dalam setahun. Malah ada juga yang berkata sambutan hari bapa bukan amalan budaya kita.

Walau apa sekalipun yang diperkata orang, dalam diam tak diam itu, sedikit sebanyak hati aku tersentuh jua. Tiba -tiba tadi, aku jadi melampau teringat sangat ke arwah ayahanda.

Tambahan pula diri aku sekarang dilanda gundah dek terbayangkan 'tempat bela zirafah' aku itu. Jika dulu, apa apa keputusan yang aku nak buat, wajib dirujuk dulu kepada ayah. hatta, untuk pernikahan aku sendiri, ayahanda yang tetapkan. Kerjaya aku sebagai guru, juga adalah kerana menuruti kehendak dia. Aku banyak mengikut kata dia.

Apa kata dia, dia kata aku. Jika sekarang ini dia masih hidup, pasti aku tidak dilanda gundah dek 'tempat bela zirafah' itu. Sesungguhnya hati aku jadi tidak sedap. Tidak senang. Tidak ketahuan punca. Hilang punca. Berkarut marut.

Lantas, secara spontan di status FB aku menulis " Hati digamit rindu...pada siapa ingin mengadu...pergh!!"

Teringat saat ayah sakit. D waktu ini juga aku akan bersama-sama dia. Mengurut kaki dan peha kurusnya yang sakit. Aku tanya dia, sakit sangat ke ayah?.

"macam kena hiris, din". Kata ayah. Saat itu terbayang sebilah pisau yang tajam di tekan perlahan-lahan ke daging peha. menghiris sikit demi sedikit. sehingga keluar darah meleleh...dan diulang lagi hirisan pisau. isk...

Juga terkenang di saat ini, ayahanda terketar-ketar tangannya menyambut tudung botol berisi morfin yang aku sua padanya. Makan ubat ni ayah. Selalu ayat itu aku sebut.

"Bukan ubat, din..ni dadah".

Dia tahu itu bukan ubat yang menyembuhkan sakitnya. Morfin itu cuma untuk mengurangkan sakit dan tekanan yang ditanggungnya. Sekurang-kurangnya kesan Morfin itu membantu dia melawan rasa sakit...Bila habis kesannya..

Ayah pasti mengerang. Ya Allah...dari suara dan nadanya itu, aku tahu ia amat seksa. Sungguh!

Ketika aku menaip ini, tidak sedar air mata mengalir...

Sejak ayah tiada ini, banyak keputusan yang aku buat adalah silap. Sebabnya aku tiada tempat untuk aku bertanya dah luahkan isi hati. Jika ada, tak sama. Orang sebelah juga tidak mampu memahami.

...

8 comments:

tasekM said...

sakit apa yg bulih rasa mcm kena hiris tu den..?

selamat hari bapa.
buat kamu...



.

Nizam.Ariff said...

selamat hari bapa... sabarlah.

tak boleh potong sikit tiang tu kasi rendah? Tiang konkrit ek?

Cikgooden said...

Tasek:.

kanser paru-paru...


zam:..konkrit.

julietchun said...

hilang dimata dihati jangan :P

iina said...

Cikgu Den.. selamat hari bapa ;) kena cari kawan baik tuh untuk luahkan rasa hati ;)

Nizam.Ariff said...

bro.. jom cuba lagi kurangkan rokok nak? bukan berhenti terus, kurangkan je..

baca cerita lu ni gua naik semangat nih...

ASH said...

cikgoodeen n AKU,
komer berhenti la merokok..
.
.
.
sian kat anak anak wehh.
.
.
.
selamat hari bapa!

Cikgooden said...

Julietchun:
tek pernah hilang walau seinci


iina:
mmg kena mencari...dapat dah sorang..


Zam:

dah kurang banyak dah....tapi kata nak berenti tu..payah skit la...tegar dah

Kak hida:
sayang anak..mmg sayang...tak buleh berenti lagi...