Jom...

Friday, March 18, 2011

hikayat merong mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa...

Menjadi topik perbualan, perbincangan malah perdebatan dalam kalangan masyarakat yang sememangnya dahagakan hiburan berstatus tinggi setinggi Hollywood.

heh!!..Penanda aras aku, pastinya Hollywood.

Cakap banyak pun tak guna. Nak tahu, kalian pergi tengok sendiri. Aku tak reti nak preview-preview filem nih....

Cuma boleh aku cakap filem ini memang best. Dari sudut filem, maksud aku. Tahniah, kepada KRU sebab dapat membuat aku terbuai dengan angle shootnya..sekejap datar, kejap dari bawah..kejap terasa macam terbang tinggi tengok bawah...

Cuma babak bergaduh parang parang itu saja yang nampak kelam kabut...tersekat-sekat.

Lagi satu, aku musykil kenapa tajuk itu yang dipilih. "Hikayat Merong Mahawangsa"..kenapa tidak "Merong Mahawangsa" sahaja. Fokus kepada Merong itu sendiri...Sebagaimana filem PGL, atau Asoka (SRK)...Tidak perlu guna Hikayat...

sebab, jika disebut hikayat...cuba kita rujuk apa yang ditulis oleh Profesor pada tulisan di bawah;

Sinopsis Hikayat Merong Mahawangsa

oleh: Dato' Profesor Dr. Siti Hawa Hj Salleh


Hikayat Merong Mahawangsa tergolong dalam genre kesusasteraan sejarah Melayu tradisional dan tertulis dengan mematuhi struktur penulisan pensejarahan tradisional seperti yang dapat dikesan pada penulisan Hikayat Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sulalat al - Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Banjar dan pelbagai hasil penulisan sejarah tradisional Melayu yang lain.

Hikayat ini mengambil judulnya daripada nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan.

Penulisan hikayat ini menggemblengkan ketiga-tiga unsur tempatan, unsur Hindu dan Islam dan ternyata cerita asal usul negeri Kedah ini dikarang selepas negeri itu memeluk agama Islam. Pengarangnya, seorang pujangga istana Kedah, amat setia pada struktur pensejarahan tradisional Melayu kerana memulakan ceritanya dengan mengemukaka asal usul rajanya, peristiwa yang menyebabkan raja itu memulakan pelayarannya, pembukaan negeri, jurai keturunan daripada raja yang pertama kepada yang terakhir (semasa penyalinan terakhir dilaksanakan), kisah pengislaman dan beberapa peristiwa yang ingin disampaikan oleh pengarang berkaitan sejarah negeri Kedah mengikut penilaian dan kacamata masyarakat sezaman.

Walaupun tidak semua hasil penulisan sejarah tradisional ditulis berdasarkan ciri-ciri penulisan sejarah tetapi hanya sebahagian daripada ciri-ciri tersebut, Hikayat Merong Mahawangsa tertulis dengan berpandukan kelima-lima ciri penulisan sejarah yang memaparkan konsep sejarah masyarakat zaman silam.

Bahagian awal cerita mengemukakan kisah-kisah raja dan pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang dipercayai masyarakatnya, sama ada bersifat tempatan, bersifat Hindu ataupun cerita-cerita yang berasal dari pengaruh Islam. Dalam bahagian inilah hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaannya. Dalam pelayaran menuju ke Negeri China, angkatan yang mengiringi Putera Raja Rom diserang dan dimusnahkan oleh geroda yang telah bersumpah di hadapan Nabi Allah Sulaiman bahawa ia akan menghalang Raja Rom daripada memperlihatkan kebesarannya dengan berbesan dengan Raja China. Sementara Putera Raja Rom dipertemukan dengan puteri China di Pulau Langkapuri melalui usaha geroda sendiri, Raja Merong Mahawangsa diterima sebagai Raja Langkasuka. Baginda hanya meninggalkan negeri itu kepada puteranya, Raja Merong Mahapudisat, setelah puteranya dewasa dan layak memerintah negeri. Raja Merong Mahadipusat memenuhi pesanan ayahandanya dengan mengarahkan putera sulungnya membuka negeri Siam; putera kedua membuka negeri Perak; anakandanya yang ketiga, seorang puteri membuka negeri Patani sementara putera yang bongsu tinggal bersamanya di Kedah dan menggantikan ayahandanya bila baginda mangkat dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa.

SUMBER:. Dari SINI.

Hikayat amat luas skopnya..tak tercekau sebuah filem nak garap semua sekali....

Apa apa hal pun, filem ni best berbanding filem filem keluaran tempatan yang lain...

Cuma tak jelas, Bagaimana Merong boleh dapat zuriat...bila masa embok (embok ke nama budak yang dijaga pakcik Kesum tu?) dipermengandungkan!!...kahwin?..tiada babak mereka berkahwin pun....

Lagi satu, tiada gambaran tentang sebuah kerajaan..(Langkasuka) digambarkan. Sedangkan di dalam dialog menegaskan Merong itu adalah raja Langkasuka setelah diberikan sebilah keris yang diperbuat daripada tahi besi yang jatuh dari langit..(fuhh..)


Atau aku terlepas tengok, masa aku keluar sekejap untuk melepas hajat...(sejuk ya amat panggung wayang di Taiping Sentral. Terkucil aku..)

****

11 comments:

tasekM said...

aku plak kejap hidup.
kekejap terlelap.
gatal benar tgk wayang memalam hari...

tapi betul la den.
kalau nk cerita habis HMM tu mau 4 jam pun tak sudah.




.

AZANI said...

cikgu...
kadang kadang kalau kita baca
hikyat atau novel..lepas tu tengok filemnya...macammtak cukup je....

julietchun said...

kalau nak tengok filem, saya tengok dulu sapa pengarah dan pelakonnya sebab filem kita sekarang teruk sangat.

Kaktiny said...

apabila cikgu mula berhujah.. kehkehkeh...

(tetiba aku rindu kelas sastera tingkatan 4, 5 dan 6 aku duluuuu... hihihi).

Aku said...

Betul tu. Tu sebab blog aku satu lagi cuma Merong Mahawangsa jer... yang berhikayat gila kena cerita dari datuk sampai cicit...

Cikgooden said...

Tasek:
best kan, tgk wayang malam malam....hahahaha


Azani:
Betul la ...hikayat yg difilemkam, nak bg padat tu...pening jugak dorang memikior..kalau aku...idak mampu.


Julietchun:
siapa pengarah dan pelakon yang masuk dalam pertimbangan hang?..

KakTiny:
weiii...hujah apa...meng tala ja....pa pa hal...selamat buat permanent head damage la na..hehehehe


Nizam:
Hang dah pegi tgk belum cerita ni?...best wooo..

Aku said...

blom lagi.

tapi kawan kata ceritanya lompat-lompat, tak macam hikayat pun. merong tu raja tapi suasananya tak macam raja pun, pastu lawan pedang macam main konda-kondi... penceritaan hancusss...

tu dia kata. aku nak tunggu anak aku balik cuti dulu baru tgk sama2.

kalau payah sangat, aku lepak kat kedai mamak, jap lagi ada la yg hulur dvd...

AZANI said...

salam cikgu
salam zam
betul kata kawan kau tu
aku tengok sedutan kat astro haritu..memang lompat lompat ceritanya..

AZANI said...

salam cikgu
salam zam
kenapa panggil sedutan, patut loncatan, kita meloncat dari satu frame ke frame yang lain yang bukan ikut turutan

Cikgooden said...

Nizam dan Azani:

betul..ceritanya lompat2..itu pasal aku tegur..kenapa lah tajuk filem diberi Hikayat ..sepatutnya digugurkan hikayat tu..
lagi satu...Langkasuka tidak digambarkan sebuah kerajaan..jika betulpun dia adalah pengasas kepada jurai keturunan raja kedah yang asalnya dari kerjajaan Rom (yg sebetulnya pun adalah Mitos..)..gambarkan sedikit tantang suasana perkampungan suku yang menjadi naungan kerajaan tersebut..tapi bayang rupa rakyat suku pun tiada...

lagi satu tidak jelas tentang keagamaan masyarakat pada masa itu...kalau tak detail pun, selit2kan supaya nampak..mmg aku akui ini filem..tapi jgn jadikan aspek filem untuk mengcincaikan perkara yang budak budak pun boleh nilai...
filem ni bukan pasal hikayat siput Babi..tapi Merong Mahawangsa..betul tak kan?...org ramai baca hikayat ni..

lagi satu tak jelas tentang Markus, anak raja Rom yang di tikam...terjatuh kedalam laut dari kapal...tiba tiba muncul kembali..sampai anak aku tanya, macam mana dia boleh hidup balik?..aku pulak blur nak jawab..dejei..

azza_irah said...

..bila cikgu sejarah mula berkisah..
hehe..dalam entry kata tak reti nk preview filem...dalam komen..tudiaa...berjela komentar dr penulis...hehee..

baru terserlah bakat sbnr nya kan..