Jom...

Thursday, March 17, 2011

aktiviti di kala cuti...


Entri sebelum ini aku buat siang tadi...Spontan tertulis begitu apabila melihat kedua paru-paru aku berkelahi sesama sendiri. Bergaduh. Memekik-mekik.

Bukan bergaduh betul-betul pun. Lebih ke bergurau tak ketahuan hala. Bila ditanya,

"boringgg la baba..." jawab mereka serentak.

Aku faham. Cuti-cuti sekolah untuk pelajar sekolah. Bukan untuk guru. Aku ada kerja nak dikerjakan sepanjang cuti. Sedangkan anak-anak bercuti. Nak tak nak, hujung minggu ini aku kena bawak mereka berjalan-jalan jugak. Bawa lah kemana pun, asal keluar sekejap dari rumah ini. Jika tidak, mahu jadi tongkang pecah rumah aku...

Ok, Itu lain...Cerita yang lain,

Aku dengan kumpulan Selumbar Emas berjamming dua kenduri berturut hari minggu lepas. Cerita selanjutnya aku muatkan di dalam blog aku yang satu lagi...Jika sudi, sila lah ke sana.

2 comments:

iina said...

Biasalah bila tak dapat cuti.. ingat nak cuti jek.. dah cuti.. tak nak cuti.. apa lagik keje jelah hehehe ;)

Cikgooden said...

IIna:

tu la pasal...bila nak balik mesia weiii...