Jom...

Friday, February 4, 2011

Petua ilmiah daripada jantan budiman...

Korang pernah rasa tension akibat singki tersumbat?

Ya!!..aku pernah. Dah dua hari singki rumah aku tersumbat. Air yang mengalir keluar, slow nak mampus. Ibarat banjir di musim hujan. Lambat benar nak surutnya. Tapi tadi aku menjadi lapang dada. Masalah singki tersumbat selesai...

Selalunya dapur menjadi kawasan puak-puak bini. Selalunya juga, puak laki jarang di beri peluang untuk campur tangan dalam hal hal perdapuran. Segala susun atur, deko, peralatan, dan hal ehwal dapur di tangan mereka. Tapi.....bila singki tersumbat, puak laki la kena tala. Kena setel....(tak pulak nak setel sendiri..hahahaha)

Seperti golongan puak laki yang lain, aku tidak terkecuali. Kena jugak setel masalah itu.

Tapi aku ada satu petua. Kata orang, untuk melancarkan semula air di singki yang tersumbat, perlu jirus dengan air panas. Aku dah buat. Selalunya berjaya. Tapi kali ini tak berjaya pulak. Air memang keluar. Tapi slow serupa kencing bewak. Lamaaaaaaaaa baru habis.

Ada seorang sahabat aku bagi satu lagi petua. Katanya, sebelum dijirus dengan air panas, perlu diletakkan garam. Petua yang dibaginya tidak lengkap aku rasa. Tak pulak dikabornya garam kasar atau garam halus?.

Sudahnya tadi aku dah keliru samada nak guna yang kasar atau halus. Jalan penyelesaian, aku guna yang kasar. Beli sekati tadi. Ok. Berjaya melawaskan saluran singki. (nasib baik ok. Jika tidak aku dah nak beli lagi 5 kati)

Di sini, aku perturunkan cara-cara untuk menyelesaikan masalah puak-puak laki ini.

Bahan yang diperlukan;

Garam kasar sekati
Periuk satu
Air paip
Dapur gas

Cara-cara:
1. panaskan air dalam periuk. Sementara air itu cukup panas, bahagikan garam kasar tadi kepada tiga bahagian.

2. Bila air panas, jirus habis air panas seperiuk tadi. Kali pertama tanpa bubuh garam. Tujuannya untuk memberi kejutan pertama kepada lemak-lemak dan minyak yang menjadi punca kepada kesesakan di saluran singki.

3. Seperti langkah pertama, jerang lagi sekali air seperiuk. Sementara menanti air panas, seeloknya tuang garam tadi, sehingga menutupi lubang singki tadi. Biar nampak membusut pun tak apa.

4. Bila air dah menggelegak, tuang air panas seperiuk itu di atas busutan garam tadi. Bruhhhhh!!!...Biar dia situ.

5. Ulangi langkah pertama tadi...Takung lagi air seperiuk dan panaskan. Ulangi langkah 4, sehingga habis 3 bahagian garam tadi.

6. Setakat ini, sebenarnya saluran singki sudah lancar. Minyak dan lemak garenti cair dan aliran air keluar dari singki laju macam air terjun.

7. Jerang lagi satu periuk air. Dan kali ini diijirus tanpa bergaram. Peringkat ini terpulanglah kepada kalian nak buat ke tak. Tapi, aku buat. Sekadar nak pelepas geram tension. (ikut hati, aku masak lagi air panas..jirus lagi. Tapi dah tak larat nak tunggu air masak..hehehe)


Sekian, entri ilmiah aku..Hahahahaha...(banyak lah kau punya ilmiah)

*

8 comments:

AZANI said...

salam cikgu
thabks for the tip.biasa sodok pakai pum vakum gertah

Aku said...

Cara murah tu...
Apa kaitan garam dgn lelemak pejal tu?

Cikgooden said...

AZANI:..ntah..aku try, mmg berhasil


Nizam:...ntah...tak tahu lansung kaitannya lagu mana..tapi bila try..mmg berhasil..

Mak Su said...

bagus gaks petua ni , boleh ler saya terai2 di masa depan :)

tasekM said...

yg letih sekali nk jerang ayaq sampai 3 periuk. he he.

cuti hang merambu mana den...?

:)



.

Cikgooden said...

Maksu:..sebelum terei petua ni...bagi la singki tersumbat dulu..hehehe


Tasek:..Jerang ayaq lima kali..hahaha

cuti?..tak kemana..asek asek kenduri kawennn ja, aku pegi

Twinkle said...

banyak kali i dah bagi tau u kan, guna kaedah garam gan air panas mendidih....baru sekarang u nak buat (dah tak sanggup la tu....asyik tersumbat je..)...dah ok tu, next time segala sampah sarap, sila tapis dahulu gan besen jarang.....supaya tak tersumbek lagiiiii...pesan kat buah hati pengarang jantung u dan jugak paru2 u...jaga sinki..

ashley said...

Wah..kalau jadi lagi sila rujuk kakpah. pakar UNTUK clear sinki especially kat tadika!