Jom...

Sunday, January 30, 2011

cerita diri sendiri

Sessi sekolah dah masuk ke minggu ke lima. Aku rasa macam semalam ja bukak sekolah. Masa rasa cukup singkat. Cepat. Sesak nafas.

Dalam masa yang sama, macam-macam benda nak dibuat. Dengan terlantik secara paksa jadi guru jadual waktu buat jiwa raga aku sengsara. Manakan tidak, tak pernah seumur aku kerja buat jadual. Kena pulak program yang baru aku dapat. Satu hal nak explore, satu hal nak agih-agih subjek untuk dibahagikan kepada guru-guru. Tapi akhirnya, setel jugak kerja. Dari sudut yang lain, aku bersyukur diamanahkan kerja puaka itu.

Sekurang-kurangnya, aku belajar sesuatu.

Urusan 'duniawi yang satu itu' dah sampai ke penghujung dah...Lepas raya cina, aku mungkin viva. Harap-harap selesai dengan jaya. Jika tidak, mungkin aku ke Putrajaya untuk minta ehsan kurangkan bayaran balik biasiswa yang aku dah pidyah habis, sebulan 900.00 selama dua tahun itu.

Terbaru, kumpulan aku [KGSE] dipelawa untuk bergendang mengiringi anak-anak Gayong buat demonstrasi. Bertempat di Taman Tasik Taiping. Sempena program Le Tour de Langkawi atau juga dikenali sebagai "orang kayuh basikal berlumba-lumba jelajah Malaysia dari Langkawi, tengok siapa sampai dulu dan masing-masing cuba mendapatkan gelaran raja bukit, raja pecut atau raja buah<---opss, ini durian sudah booked, ok.








Cerita selanjutnya, di SINI.


Cerita lain. Juga berkisar kepada usaha nak mengkelamkabutkan tuan dia. Rumah yang nak diduduki itu perlu diubahsuai. Kasi lebar sikit. Supaya senang nak letak sudut IT di ruangan rumah.


"Ini bilik adik, aaaa"

Dia sudah booking. Kakak punya bilik di sebelah. Nah. Ambik sorang satu. Puas hati.


Cerita yang lain. Gigi gua dah tak diselamatkan lagi. Perlu dicabut. Bermakna, 1.5% kehenseman aku sudah hilang akibat ghoghak...Tidak mengapa. Ini kerana masih ada 98.5% yang berbaki. Masih banyak lagi untuk menyedapkan hati tuan dia.

Friday, January 21, 2011


tika ku renung
bibir itu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
seperti berkata
padaku
.
.
.
.
i love you
.
.
.
.
dan dan, hati ku bersuara

me too..



Sunday, January 16, 2011

ini sebenarnya entri aku untuk petang yang cukup kalut...dah pedih berair mata tengok skrin. Melayan huruf dan angka....

Deganggggg!!!

Jantan Budiman menghempas fail. Nampak macam marah benar.

"Haram jadah..."

"Orang lain pergi cari kerja...cari duit. Dah dapat duit, beli motor. "

"Tapi dia... pergi beli motor, nak guna buat cari kerja"

"Dah tu...duit beli motor tu dapat mana pulak?.

"Jual tanah orang tua!!".

Huh..!!! cerdik macam Justin bibir....

No Komen...

Jangan Komen tau...


Hang buat hal di Bali, Indonesia atau di Ceruk Tok kun, Malaysia,,,kesannya sama aduhai Fansha Sandha woooo...impaknya besar.

Aku pun malas nak komen panjang-panjang. Cukuplah sekadar merenung gambar yang tertera.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Lain kali, nak buat apa apa tanya abg dulu, ok!

keh keh keh...

*

Thursday, January 13, 2011

tak buleh ciku....

Minggu pertama persekolahan di sekolah baru ini cukup memberi aku kesedaran bahawa, bangsa lain sudah berjaya menanam semangat jati diri dalam kalangan anak-anak mereka. Sedangkan bangsa Melayu, masih kekal begitu.

ceritanya begini

Sebelum ini, aku mengajar di sekolah kampung. Seratus peratus berbangsa Melayu. Bangsa lain yang ada hanyalah beberapa orang guru berbangsa Cina dan India. Cukup tidak 1Malaysia, bukan?

Kemudiannya, aku ke Universiti tepi bukit, di Bangi. Selesai belajar [baca: tak pergi kerja, tapi dapat gaji] aku ditempatkan semula di sekolah. Bukan di sekolah lama dulu. Tapi sekolah baru. Penempatan semula.

Sekolah baru, suasana baru malahan murid-muridnya juga berbeza berbanding sekolah dulu. Pening juga lah kepala nak sesuaikan diri. Jika mula kaki melangkah masuk, aku sudah kena penyakit jantung, kemungkinan saat ini, aku dah ke alam barzakh. Nasib baik aku belum berpenyakit jantung. Cuma kencing tu agak manis manis buah. Itu pun tahu sebab kawan aku, Dr. Mat Top mengecek darah. Hmmmm..Border, katanya. Tahap hidung....

Tension beb...sekolah baru ni..

"Tak buleh ciku!!". Kata seorang murid aku minggu lepas. Aku suruh murid tersebut menanggalkan gelang yang di pakai. Menurut buku disiplin, pelajar lelaki tak boleh pakai gelang bagai...Apa cerita, berbenggel-benggel ke sekolah. Cuma jika dia berbangsa jenis singh-singh, ok. No hal..pakai la gelang besar rel keretapi pun aku tak kesah. Sebabnya, agama dia membenarkan. Bila masuk bab bab agama, cikgu-cikgu kena peka..

Yang nak dijadikan cerita ini bukan murid berbangsa jenis singh-singh....
Aku amati raut mukanya. Sebijik muka Melayu. Hidung penyek, kulit sawo matang. Rambut kerinting. Konfem!. Melayu.

Rupanya aku silap.ha ha ha...bila dia kata tak boleh bukak gelang, terus aku tanya "Kenapa tak boleh bukak?"

: Tak buleh, ciku. Ini toq-kong punya".

Hah?..tokong?..terus tanya nama..Mak Aai...Anak Siam rupanya. Orang Cina bela. Tapi, sebijik Melayu woo...Naseb baik, cakap dia masih pelat cina campur siam..keh keh keh..



Gelang dia lawa wooo....ada corak-corak ukiran.

Sunday, January 9, 2011

pelawat blog...

Sambil-sambil buat kerja malam kelmarin, aku jengah jengah sebentar ke Blog kesayangan. Sekali terperasan pulak ke angka pelawat blog...69. terus tekan button [PRTSC SYSRQ]<--aku tak tahu apa jadah cara nak nak sebut..keh,keh,keh.

Cukup seksi nombor ini..

keh keh keh...

*cepling*

(Aku diibaratkan seperti terlepas mulut buaya, masuk mulut naga!!!)

*

Saturday, January 8, 2011

Interlok

Perdebatan hangat di luar sana mengenai buku yang menjadi teks Komponen Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu (Komsas) ...

Dah paria tu paria jugak lah....apa masalahnya sekarang?...

Yang aku nampak sekarang ini, keadaan seperti menjirus minyak di api yang marak. Tapi jika minyak itu juga paria....tak perlu risau....

...sedang meneliti perkembangan cerita di sebalik interlok, walaupun buku yang punca kontroversinya adalah berkisar daripada watak keluarga maniam ini belum sempat aku baca..

Dapatkan gambaran sedikit-sebanyak anda di Sini.

Sunday, January 2, 2011

tarikh dah cantik, tapi masih nak cantik lagi..

Masuk dah hari yang bertarikh...

2.1.2011
(212011)

atau diterbalikkan

menjadi

2011.1.02

(2011102)

Pedulikan tentang nombor-nombor.

Yang penting, siang nanti aku dah berada di tempat kerja,

yang baharu!!!!

Saturday, January 1, 2011

Tarikh cantik.

sempena tarikh yang cantik, alaf ini, yakni, 1.1.11, aku nak post satu entri.


Selamat tahun baru. Semoga segalanya serba baru. Tapi harus diingat, walaupun semua baru, yang lama dilupa jangan. Jadikanlah ia sejarah. Dan, setiap sejarah itu mempunyai iktibar dan pengajaran.

Renungkan sejenak apa yang sudah berlaku. Dan jadikan ia sebagai panduan dan pedoman untuk menghadapi masa hadapan.


perghhh.....nasehattt kunun...

keh keh keh...