Jom...

Sunday, January 30, 2011

cerita diri sendiri

Sessi sekolah dah masuk ke minggu ke lima. Aku rasa macam semalam ja bukak sekolah. Masa rasa cukup singkat. Cepat. Sesak nafas.

Dalam masa yang sama, macam-macam benda nak dibuat. Dengan terlantik secara paksa jadi guru jadual waktu buat jiwa raga aku sengsara. Manakan tidak, tak pernah seumur aku kerja buat jadual. Kena pulak program yang baru aku dapat. Satu hal nak explore, satu hal nak agih-agih subjek untuk dibahagikan kepada guru-guru. Tapi akhirnya, setel jugak kerja. Dari sudut yang lain, aku bersyukur diamanahkan kerja puaka itu.

Sekurang-kurangnya, aku belajar sesuatu.

Urusan 'duniawi yang satu itu' dah sampai ke penghujung dah...Lepas raya cina, aku mungkin viva. Harap-harap selesai dengan jaya. Jika tidak, mungkin aku ke Putrajaya untuk minta ehsan kurangkan bayaran balik biasiswa yang aku dah pidyah habis, sebulan 900.00 selama dua tahun itu.

Terbaru, kumpulan aku [KGSE] dipelawa untuk bergendang mengiringi anak-anak Gayong buat demonstrasi. Bertempat di Taman Tasik Taiping. Sempena program Le Tour de Langkawi atau juga dikenali sebagai "orang kayuh basikal berlumba-lumba jelajah Malaysia dari Langkawi, tengok siapa sampai dulu dan masing-masing cuba mendapatkan gelaran raja bukit, raja pecut atau raja buah<---opss, ini durian sudah booked, ok.








Cerita selanjutnya, di SINI.


Cerita lain. Juga berkisar kepada usaha nak mengkelamkabutkan tuan dia. Rumah yang nak diduduki itu perlu diubahsuai. Kasi lebar sikit. Supaya senang nak letak sudut IT di ruangan rumah.


"Ini bilik adik, aaaa"

Dia sudah booking. Kakak punya bilik di sebelah. Nah. Ambik sorang satu. Puas hati.


Cerita yang lain. Gigi gua dah tak diselamatkan lagi. Perlu dicabut. Bermakna, 1.5% kehenseman aku sudah hilang akibat ghoghak...Tidak mengapa. Ini kerana masih ada 98.5% yang berbaki. Masih banyak lagi untuk menyedapkan hati tuan dia.

9 comments:

Aku said...

Bro, bergendang bernafiri tengah musim hujan ni...

cerita 2, ghongak takpa, masih hensem 100%. Pantang dia hang jangan ketawa... hilang separuh hensem.

Cikgooden said...

Nizam:

wei...itu bukan nafiri. Itu serunai.

sebenaqnya, hensem tak hensem,aku dah tak kesah, bro..hahahaha

a.samad jaafar said...

hebat jugak kwn aku yg sorang ni.. tiup bagi rock bulih dok din ??

tasekM said...

beli rumah baru yek den...?

wit... pasai pa nampak berisi dah la nih... senang hati kot no..




.

nordee said...

SELAMAT MENGAJAR SEMULA CIKGOODEN...dan Selamat Menjadi Guru Jadual Waktu...Ahaks..

Cikgooden said...

Samad:

hahahaha...lagu rock metal...tak buleh la......lagi joget joget ok, samad..

Cikgooden said...

Tasek:

umah lama...gua renovate kasi lebar skit...umah kecik, camu la...bila nak mai tepeng?..
berisi?...hahahaha...mana ada weii..

Cikgooden said...

Nordee:

selamat kembali...(tension laaa..jd cikgu JW)

hafiz said...

Tu dia zul pilus, Pak su Rani