Salah satu sebab aku meng'de-active'kan akaun Facebook adalah masa. Aku pernah berkata yang kerja-kerja aku banyak tertangguh kerana Facebook. Hujah aku, gara gara berFacebook, banyak masa aku terbuang begitu sahaja. Ia banyak mencuri masa hingga terleka untuk segera menyudahkan kerja-kerja aku. Ternyata aku silap.
Sebabnya tadi, Jantan budiman berupaya mematahkan hujah aku. Katanya, jika banyak kerja kita tertangguh, bukan sebab kita tidak cukup masa untuk berbuat kerja itu. Katanya lagi, jangan sering memberi alasan 'sebab tidak cukup masa' atau 'takdak masa!'. Sebab katanya...
"kalau kita hendak tunggu cukup masa, sampai bila pun kita akan ternganga" ujar dia. Pandai-pandai lah kita menguruskan masa. Dengan bijaksananya lagi dia menambah...
"hanya ada satu tempat sahaja di mana orang mempunyai 'lebih masa' dan tempat itu tidak lain tidak bukan ialah di Penjara!"
Balik, aku berfikir. Ya..bukan salah lantai jika kita tidak pandai menari. Dan bukan salah periuk jika masakan kita tidak sedap. Pokok pangkalnya diri kita. Yang perlu diperbetulkan, kita.
Yang mengawal keadaan kita sendiri. Apa sahaja perkara yang kita buat, pokok pangkalnya kita sendiri yang mengawal. Ibarat refree di tengah padang. lambat, cepat atau berhentinya permainan bola sepak bergantung pada tiupan wisel di mulut dia.
Maka, aku pun meng'aktif'kan semula FB...tengok, tengok...badge disebelah sudah muncul gambar aku semula..
****
Up-date...
esok bermula peperiksaan SPM...semoga berjaya, anak didik ku...moga tenang menjawab soalan. Dan moga juga kalian mendapat keputusan cemerlang seperti kehendaknya kedua ibu bapa kalian.
******
7 comments:
aku percaya yang itu bukan alasan semata-mata untuk cikgu aktifkan semula FB. Aku percaya sungguh-sungguh.
sekarang ni kena cepat, pantas dan tangkas :D
Nizam:
hahahaha..
julietchun:
sungguh..
welcome back hehehe
iina:
hehehehe....tahu tahu dah la..
aku pulak tak aktif FB sebab blog.. Din woo..aku tlalu byk mase.. nak sikit ke ??
hmmm..wah kau sudah benar benar bertukar menjadi LELAKI BUDIMAN...
.
.
saya kagum dengan perubahan itu.
hahaha
Post a Comment