Lain Padang lain Belalang. Lain Orang Lain Ragam. Ada macam itu, ada macam ini. Jadi lah Camtu-Camni......HITAM PUTIH KEHIDUPAN...(kekadang menjadi MERAH..)
Jom...
Monday, November 22, 2010
Hidup jangan menyeksa diri...
Cuba lihat gambar di atas. [Dan sekarang ini amba sedang berfikir tentang apa yang terlintas di benak tuan hamba]
Seksa!!?
Ya!..Sama seperti apa yang amba fikirkan. Nampak terseksa dan tidak selesa. Itu pandangan amba dan tuan hamba. Pandangan kita. Tapi bagaimana dengan pandangan mamat itu?
Jika ditanya pada dia, pasti jawapannya berbeza dengan jawapan kita. Mungkin sebaliknya.
Maknanya, setiap orang mempunyai pandangan dan persepsi yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Kita tidak boleh samakan kita dengan orang lain. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Ada hujah., Ada alasan. Tambah-tambah lagi bab memberi alasan dan dalih. Memang kaum kita yang paling hebat. Tak terlawan kaum-kaum lain.
Berbalik pada gambar di atas. Mamat itu mungkin selesa dan berbahagia menunggang motorsikal yang sekali tengok macam beruk sakit ketiak. Sedangkan pada pandangan amba, ianya sangat menyeksakan. Bayangkan, jika dia hendak ke Kuala Perlis sedangkan rumahnya di Kuala Pilah menunggang motorsikal ini menggunakan lebuhraya. Mau krem tangan. Habis tercabut bulu ketiak ditebak angin!.
Amba pasti tuan hamba bersetuju dengan pandangan amba. Tapi itu pandangan kita. Bagaimana dengan pandangan beruk sakit ketiak itu? Apa yang pasti dia sangat-sangat enjoy dan suka. Dia puas. Dia seronok. Dia bahagia. Kalau tidak, takkan gamak dia nak menunggang motor handle tegak itu jika dia tidak suka, bukan?.
Ini kerana kepuasan, keseronokkan dan kebahagian dia diukur mengikut kepala hotak dia. Dia bahagia sebab kepala hotak dia berkata begitu. Dia tidak menggunakan kepala hotak orang lain. Dalam ertikata, dia buat mengikut kehendak dia sendiri. Dia mengukur kebahagian dia mengikut kayu ukuran dia sendiri.
dari pada gambar ini aku dapat satu point!. Point aku sekarang ialah jika kita buat sesuatu perkara, kita tidak boleh samakan level orang lain dengan level kita. Kayu pengukur orang lain tidak boleh kita samakan dengan kayu pengukur kita. Dalam ertikata lain, apa saja yang kita buat jangan pedulikan orang lain. Lantak korang lah!. Aku punya pasal. Aku punya hal...apa lu sebok!!?. Begitulah jika secara bunyi kasarnya. (maaf: Bunyi halusnya tidak pula aku terfikir setakat ini)
*******
Pada orang, ukuran kekayaan seseorang individu dilihat pada berapa banyak kereta, rumah, wang yang dimiliki. Lagi banyak kereta, lagi kaya lah orang itu. Lagi banyak rumah lagi kaya makhluk itu. Tapi ada pula sesetengah orang berpendapat itu bukan penunjuk kepada sesebuah kekayaan.
Ada yang melihat kekayaan itu berdasarkan bilangan anak. Lagi ramai anak, maka lagi kaya lah dia. Pada mereka, tiada guna rumah besar tersergam indah tujuh atau lapan bilik, sedangkan tuan rumah hanya menggunakan satu bilik tidur utama sahaja. Bilik-bilik yang lain dihuni orang gaji dan pekerja bercap indon atau filipina. Apa guna kereta berderet di garaj, sedangkan yang diguna setiap hari hanya sebiji. Yang lain sekadar memenuhi ruang simpan kereta.
Itu pendapat sesetengah orang. Ada juga sesetengah daripada sesetengah orang tadi melihat kekayaan individu dari aspek kesihatan. Individu itu adalah seorang yang kaya, jika sihat tubuh badan. Bagi mereka, apa guna duit melambak dalam bank, bawah tilam, dalam almari tetapi kaki kudung kena potong akibat diabetes?.
Apa guna rumah besar indah tetapi masa banyak dihabiskan di dalam ward akibat sakit jantung, darah tinggi. Atau paling koman pun kena masuk ward seminggu sebab demam denggi?. Sebab itu, kekayaan yang sebenar terletak pada sihat tubuh badan.
Bila badan sihat, semua beres. Seperti kata Jantan Budiman, siang tadi "Ibarat straw tercacak tegak di celahan ketul ais dalam gelas teh o Ais limau". Dan dia menyambung kata-katanya "Tak guna beristeri cantik bak miss Universe, tapi yang si laki tidak sihat 'jantan'nya. Lemah. Tidak setegak straw tercacak tegak!. ".hehehe...
.
..
**********
Anak aku, (adik)...demam sekarang ini...tidurnya mengigau-ngigau....aku gundah!...
Sambil-sambil meneman dia, aku menaip karangan diatas!...Ayat jadi macam syilakerrr..berselerak tabak point!..
$$$$$$$$$<-------mana nak cekau?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
penah nampak moto tu kat hway. ntah. rasa cam bodoh je. tak lenguh ke kan?
ni kalo eksiden langgar belakang bas mampos melekat buntut bas...mmg ada style camni group diorang team monkey..
aku rasa dia sudah exercise kat gym ari2 ler angkat berat hehehe.. takpe janji dia xkacau org.. dan mahu ambil angin lepas bebas ;)
ttg gambar tu.. aku rasa dia dan biasa diikat kat tiang rumah dia masa keicik dulu..ngapa aku kata gitu .. pikir sendiri.. tp din aku suka catatan ni.. matang ! tahniah.. bagi aku kekayaan terletak pada rasa 'cukup'.. byk duit tp rasa tak cukup buat apa..penyakit pula adalah salah satu cara tuhan nak ambil duit kita..krn bukan semua yg kita miliki adalah milik kita.. sebab itulah antara fadhilat sedekah ialah menjaga kesihatan dan memanjangkan umur.. aku pernah menulis ttg ini..
Post a Comment